Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI MENGENAI KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pada tarikh 3/12/2011 bersamaan dengan hari sabtu, telah diadakan satu
program iaitu Kem Pembangunan Sahsiah yang bertempat di DewanKolej
Zaba.Saya adalah salah seorang pelajar yang mengikuti program tersebut dari
kumpulan T.Salah seorang pensyarah kos Pembangunan Sahsiah iaitu Puan
Junainah bt Mohd Isa juga turut mengikuti program tersebut.Permulaan dari Kem
Pembangunan Sahsiah iaitu pada pukul 8 pagi ,peserta untuk kem tersebut mula
mendaftar kedatangan mereka disamping menunggu peserta lain untuk program
tersebut.Selepas sesi pendaftaran tamat, pelajar mendengar beberapa taklimat
dan dibahagikan kumpulan.Semasa pembahagian kumpulan, para peserta di
kehendaki membahagikan kumpulan .Setiap kumpulan perlu mempunyai 20
orang ahli iaitu 8 orang lelaki dan 12 orang perempuan.Setiap kumpulan perlu
ada satu bangsa yang berlainan. Ini bertujuan untuk para peserta mengenali
sesama mereka.Pelbagai program telah di lakukan seperti mengenai sahsiah
guru,rahsia tarikh lahir,aktiviti membuat puisi dan sebagainya.Semasa kem itu
juga terdapat kata-kata semangat yang di ungkapkan seperti yes!yes!yes! yang
boleh memberikan semangat dan inspirasi apabila menjadi guru nanti.Kem
tersebut diadakan selama 9 jam termasuk dengan waktu makan dan apa yang
menggembirakan,saya berjaya mengikuti kem tersebut hingga ke
penghujungnya.Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah Pembangunan Sahsiah yang dihormati iaitu Puan Junainah bt Mohd Isa
kerana melalui kem tersebut kami dapat memperoleh banyak manfaat iaitu
dapat menambahkan pengetahuan dan kesedaran keatas diri kami.Penghujung
kem tersebut iaitu pada pukul 5.20 petang.

Berdasarkan kem tersebut, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan


kelemahan diri saya semasa mengikuti kem tersebut.

Antara kekuatan yang terdapat pada diri saya semasa mengikuti kem
tersebut ialah seorang yang mudah bergaul dengan orang lain walaupun orang
tersebut merupakan orang yang tidak dikenali.Saya mengakui bahawa saya
seorang yang suka bercakap dan bertegur sapa walaupun dengan orang yang
tidak dikenali.Semasa pembahagian kumpulan di dalam kem tersebut saya
mudah bergaul dengan mereka terutamanya dengan abang dan kakak senior
yang lebih tua dari saya.Apabila sudah dapat berkenalan dengan mereka, saya

merasakan diri saya mudah menyesuaikan diri dengan orang di


sekeliling.Walaupun perbezaan bahasa, namun ia bukan penghalang untuk kami
berkomunikasi yang dapat mengeratkan hubungan saya dengan mereka bukan
semasa di dalam kem tersebut ,tetapi dimana-mana tempat sahaja apabila kami
bertemu.Saya mengharapkan agar sikap begitu dapat dikekalkan selamalamanya kerana melalui sikap tersebut memudahkan saya dikenali dan
memudahkan diri saya untuk berkomunikasi.Kebaikan dari sikap tersebut ialah
dapat melatih saya cara untuk berkomunikasi di samping dapat memperbaiki
kelemahan diri semasa percakapan dan dapat mengetahui cara berkomunikasi
dengan betul.Ini disebabkan setiap manusia adalah berbeza dan saya perlu
memilih kaedah berkomunikasi dengan seseoran bagi mengelak salah faham.

Selain itu juga,kekuatan diri saya yang dapat dikenalpasti ialah seorang
yang berani.Ini disebabkan saya berani bercakap di hadapan di dalam khalayak
ramai tanpa perasaan gemuruh.Bagi saya semasa kem tersebut
berlangsung,ianya telah memberi peluang terhadap diri saya untuk menambah
keyakinan supaya perasaan gemuruh dapat dikurangkan ketika bercakap di
hadapan.Ianya telah engajar saya agar sentiasa kreatif ketika bercakap yang
mampu menarik perhatian pendengar agar mereka tidak bosan.

Disamping itu juga kekuatan yang terdapat di dalam diri saya ialah
seorang yang ceria walaupun mempunyai masalah.Semasa mengikuti kem
tersebut saya dapat memberi perhatian dengan baik tanpa memikirkan
masalah.Daripada kem tersebut juga,saya dapat mengenalpasti yang saya
seorang yang berdisiplin samada dari perspektif masa,pakaian dan tingkah
laku.Ini kerana saya berjaya mengikuti kem tersebut sehingga ke penghujungnya.
Antara lain ialah saya seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.Ini
disebabkan semasa aktiviti yang terakhir,peserta perlu mencari pasangan.Salah
seorang pasangan perlu menutup mata dengan kain agar tidak dapat melihat
semasa melakukan aktiviti tersebut.Melalui aktiviti tersebut,mata saya telah
ditutup dengan kain dan saya perlu mencari barang-barang yang diberitahu oleh
penceramah dengan adanya juru pandu arah dari pasangan saya.Apa yang saya
dapat ialah saya seorang yang yang percaya pada diri sendiri dan pasangan
saya agar dapat mencari barang-barang tersebut tanpa dapat melihat setiap
barang dan tempat yang dilalui oleh kami berdua.

Selain dari itu,saya seorang yang mudah simpati.Semasa mengikuti kem


tersebut, penceramah ada menayangkan sebuah video pendek iaitu seorang
perempuan yang dipukul beramai-ramai sehingga kepala perempuan itu pecah
dan bayak darah mengalir keluar.Selepas menonton tayangan filem pendek
itu,saya terus memikirkan wanita itu samada masih hidup ataupun sebaliknya
dan memikirkan kekejaman masyarakat sekarang.

Malah disamping itu, kekuatan diri saya ialah sentiasa bersikap terbuka.Ini
disebabkan sentiasa bersikap terbuka sesama ahli kumpulan.Saya lebih bersikap
terbuka terhadap kawan-kawan yang baru dikenali walaupun di tanya pelbagai
soalan.Malah semasa kem tersebut berlangsung saya tetap dengan pendirian
saya untuk terus memberi perhatin terhadap penceramah walaupun tidak dapat
memahami sepenuhnya.

Kelemahan saya semasa kem sahsiah tersebut ialah suka membuat


tanggapan terhadap seseorang yang tidak dikenali.Ini kerana semasa
pembahagian kumpulan saya sering membuat tanggapan kepada seseorang
samada dari wajahnya dan melalui komunikasinya.Ini adalah disebabkan saya
menganggap orang yang baru dikenali tidak boleh dipercayai

Disamping itu juga,kelemahan diri saya ialah boros.Semasa kem itu


berlangsung makanan telah disediakan tetapi saya mengambil inisiatif makan di
luar.Dengan sikap ini sudah jadi seperti kebiasaan yang susah diubah.
Selain itu juga, kelemahan diri saya ialah bercakap tanpa memikirkan
perasaan orang lain.Ini disebabkan apabila saya bercakap,saya hanya
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain yang
mendengarnya.Oleh itu,saya harus mengubah diri saya agar berfikir dahulu
sebelum bercakap.
Antara lain,iaitu kelemahan diri saya ialah terlalu memilih kawan apabila
pembahagian kumpulan untuk kem tersebut.Saya akan memilih kawan dari
negeri yang sama untuk pembahagian kumpulan.Malah saya mempunyai
perasaan ego yang tinggi terutamanya ketika melakukan aktiviti yang
mengharapkan orang lain untuk melakukan pembentangan mahupun di dalam
perbincangan ketika melakukan program tersebut.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMPERBAIKI


KELEMAHAN SAYA

1-Perlu berfikir dahulu sebelum bercakap.Ini disebabkan setiap kata yang kita
keluarkan mungkin akan melukai hati seseorang tersebut.
2-Mengelakkan diri dari mengikut hawa nafsu yang mengakibatkan saya
lalai.Nafsu terutamanya memboros harus saya elakkan supaya perkara tersebut
tidak berlaku lagi.
3-Jangan memilih dan mudah beranggapan kepada seseorang walaupun orang
tersebut baru kita kenali.Saya akan cuba membuatkan diri saya menerima kawan
seadanya.
4-Perlu banyak membaca bahan ilmiah dan isu terkini agar mudah untuk
memulakan komunikasi dan dapat mempelbagaikan teknik samada membuat
microteching dan pembentangan.

Anda mungkin juga menyukai