Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH RENANG DI DUNIA DAN DI MALAYSIA

Aktiviti renang telah dikenal sejak masa prasejarah. Lukisan dari zaman
Batu telah ditemukan di dalam gua para perenang dekat Wadi Sora (atau Sura) di
bahagian barat-daya Mesir. Renang telah menjadi sebahagian daripada latihan
tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada Zaman Gelap
di Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana boleh dikatakan
kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam renang pertama dibuka di
Liverpool, England pada tahun 1828. London pula merupakan kota pertama
memperkenalkan sukan renang untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837, kota
London mempunyai enam buah kolam renang.
Pada zaman dahulu, sukan renang dihargai sebagai satu pertandingan
untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan kecepatan (races against
time). Cabaran pada zaman itu ialah untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri
dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris. Pada 1986, hanya acara gaya
bebas (free style) ditandingkan di Sukan Olimpik. Ini bermakna, para perenang
dibenarkan menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada
tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak lentang
(backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast-
stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita diberi peluang untuk bertanding dalam
acara renang gaya bebas sahaja. Renang merupakan salah satu acara dalam
Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens. Pada tahun 1900, gaya kuak lentang
dimasukkan ke dalam sukan Olimpik sebagai suatu acara. Persatuan renang dunia
yang pertama, Federation Internationale de Natation, dibentuk pada tahun 1908.
Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu kelainan gaya
dada diterima sebagai suatu gaya tersendiri pada tahun 1952.
Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah acara gaya bebas, acara
gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya kuak kupu-kupu, acara gaya
medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-
ganti, acara junam dan acara renang segerak dipertandingkan dalam Sukan
Olimpik dan juga sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan
SEA dan SUKMA.

Pada abad ini , ramai rakyat di semenanjung Malaysia menunjukkan minat
dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang ( organized swimming activities ) .
Oleh kerana minat rakyat terhadap renang terancang begitu besar maka beberapa
buah kelab renang ditubuhkan tidak lama kemudian, antaranya Penang Swimming
Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928,
European Swimming Club pada tahun-tahun 1930-an di Ipoh, Taiping dan Kuala
Lumpur serta Kinta Swimming Club di Ipoh pada tahun 1936.
Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang dinaikkan
pada tahun 1931 dengan pengelolaan The Malayan Chinese Olympiad. Sukan ini
diteruskan setiap tahun sehingga 1937, dengan penyertaan kelab-kelab renang
dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka. Selepas perang dunia kedua minat
sukan renang giat dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara
kelab kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang , Ipoh dan Kuala
Lumpur.
Pada tahun 1955, The Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan.
Dengan pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara kelab renang digantikan
dengan pertandingan antara negeri. Pada tahun 1956, Malaya menyertai dalam 5
jenis acara sukan, iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki. Untuk
sukan renang hanya dua perenang lelaki dihantar. Mereka ialah Fong Seow Hor
dan Lim Heng Chek. Sekarang persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur
Swimming Union, Malaysia (ASUM) . Presidennya Ghazali Bujang dan setiausaha
Kehormat Allan Hoh. Alamat ASUM ialah 1049, jalan 17/42, 46400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan. ASUM sekarang adalah ahli gabungan badan renang dunia
, Federation Internationale de Nation Amateur (FINA). Mulai tahun 1956 Malaysia
ikut serta dalam beberapa pertandingan renang antarabangsa, termasuklah sukan
Olimpik , sukan Komanwel, sukan Asia , sukan SEAP/SEA dan kejohanan Asia.

Anda mungkin juga menyukai