Anda di halaman 1dari 3

PKBM-19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
Bilangan Jurnal

Ke - 3

Minggu Praktikum

Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian

1 Febuari 5 Febuari 2016

Tajuk Jurnal

Masalah Pengurusan Kelas Pendidikan


Jasmani

1. MASALAH / PERISTIWA
Masalah yang saya hadapi kali ini ialah hilang kawalan terhadap murid semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya mengendalikan kelas bagi
kumpulan murid murid Tahun 2 Cemerlang ( Tahap 1 ) dan murid murid Tahun 4
Cemerlang ( Tahap 2 ) bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani dan murid murid
Tahun 5 Cemerlang ( Tahap 2 ) bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Kumpulan murid
murid ini terdiri daripada kesemua tahap pandai, sederhana dan lemah. Malah,
sebahagian besar daripada kumpulan ini adalah terdiri daripada kumpulan murid yang
hyperaktif. Saya hilang kawalan dalam mengawal kelas apabila murid murid bertindak
luar dari kawalan yang sepatutnya dan sukar mematuhi arahan. Akibatnya, proses
pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan sedikit terganggu dan saya
memerlukan masa yang lama untuk menjalankan aktiviti.

2. ANALISIS MASALAH
Antara faktor berlakunya masalah ini termasuklah kekurangan pengetahuan dan
pengalaman saya sendiri dalam menguruskan kelas khususnya murid murid sekolah
rendah. Pendekatan mengurus kelas pelajar sekolah rendah jauh berbeza dengan cara
mengurus pelajar sekolah menengah. Pandangan ini saya kemukakan berdasarkan
pengalaman saya sebelum ini di mana saya pernah bekerja sebagai seorang Guru

PKBM-19

Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan ditempatkan di sekolah menengah. Secara


jujurnya, saya tidak begitu mahir dalam mengendalikan murid murid yang berada di
dalam peringkat umur 7 sehingga 9 tahun. Selain itu, masalah ini juga mungkin berlaku
disebabkan Bahan Bantu Mengajar yang saya gunakan tidak begitu sesuai dan kurang
menarik minat murid untuk menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara aktif
sepanjang saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan saya
dalam menghayati dan memahami standard kurikulum yang diberikan juga sedikit
sebanyak mengganggu proses perancangan pengajaran dan pembelajaran khususnya
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Penyelesaian masalah yang saya cadangkan termasuklah mengenali latar belakang
murid murid saya. Hal ini bertepatan dengan ilmu yang saya peroleh melalui kursus
Pengurusan Bilik Darjah di mana setiap guru hendaklah mengenali murid muridnya
dengan baik iaitu dari segala aspek termasuklah latar belakang sosial, latar belakang
ekonomi dan rakan rakan yang terdekat. Unsur unsur ini amat membantu saya
dalam mengenali murid dan seterusnya akan membantu saya dalam mencari cara
untuk menarik minat dan fokus murid di dalam bilik darjah. Saya sedar, ilmu pedagogi
yang digunakan untuk mengajar murid murid sekolah rendah dan sekolah menengah
adalah berbeza sama sekali. Oleh itu, saya hendaklah mempersiapkan diri dengan
segala kemungkinan termasuklah berhadapan dengan kumpulan kanak kanak yang
suka bermain di dalam bilik darjah. Saya juga akan mencari cara untuk mengatasi dan
mengawal kumpulan murid seperti ini agar perhatian dan fokus mereka tidak terjejas
sepanjang saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang lebih menarik secara tidak langsung akan
membantu saya dalam menarik minat murid kepada pembelajaran di dalam bilik darjah.
Saya hendaklah bijak memilih Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan kemahiran
yang hendak diajar. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani contohnya, saya
hendaklah kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti dan menggunakan sebanyak mana
peralatan yang dirasakan sesuai bagi pengajaran sesuatu kemahiran. Saya juga harus

PKBM-19

mengubah tanggapan murid yang beranggapan bahawa Pendidikan Jasmani adalah


merupakan mata pelajaran yang mewajibkan semua murid untuk bermain bola sahaja.
Penelitian dan pemahaman terhadap standard kandungan akan saya lakukan dari
semasa ke semasa. Hal ini bagi membolehkan saya untuk merancang proses
pengajaran dan pembelajaran yang akan memenuhi objektif pembelajaran KSSR.

4. TEMPOH MASA TINDAKAN SUSULAN


Tempoh masa yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah selama seminggu.
Dalam tempoh ini, saya akan berusaha untuk mencari cara untuk mengawal murid
murid di dalam bilik darjah dan di padang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

:
:

Anda mungkin juga menyukai