Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2.

Role model atau idola merupakan satu mekanisme untuk seseorang individu itu mencontohi
kejayaan mereka. Ia boleh dilakukan melalui kajian dan meneliti rahsia seseorang dalam bidang
tertentu dan mengetahui apa yang dia lakukan dan bagaimana dia melakukannya. Jika boleh,
bertemu dengan beliau secara peribadi dan meminta rahsia kejayaan. Anda boleh menemubual
orang yang berjaya ini dan belajar apa yang dia lakukan. Kemudian hanya mengikut jejak
langkah mereka.
Mencari role model yang baik perlu melalui beberapa peringkat. Maksudnya lihat dari cara
mereka berusaha, berfikir, cara mereka menyelesaikan masalah, adab mereka, dan lagi satu sifat
mereka. Ada setengah orang yang hanya dengan berkata kata boleh menaikkan semangat orang
lain yang sedang jatuh motivasinya. Ada setengah orang yang bijak menjadi pemimpin. Ada
setengah orang yang rajin menelaah 'dunia' ni ada setengah orang yang berlainan sikapnya.
Orang yang hebat adalah orang yang lain sifatnya dari orang disekelilingnya. Lain daripada yang
lain. Mereka yang menjadi role model ini sudah semestinya mempunyai daya tarikan yang kuat.
Kalau tak macam mana dia boleh jadi role model untuk masyarakat sekeliling mereka.
Ada kelebihan bila kita jadikan orang sekeliling kita sebagai role model. Kelebihannya? Kita
akan sentiasa berjumpa dengan mereka ni. Bila kita dah lama dengan mereka, automatik kita
akan berubah sikap kerana sifat kita yang terlalu ingin menjadikan mereka contoh dan perbaiki
diri kita. Contoh yang paling mudah ialah ibu bapa kita sendiri. Bagaimana ibu dan ayah kita
mencari duit siang malam untuk sara kita? Macam mana mereka bersusah payah mendidik kita?
Menatang kita seperti minyak yang penuh. Kesabaran mereka mendidik kita. Sifat sifat ini bila
kita dah selalu nampak secara automatiknya kita akan terikut ikut mereka. Kelebihan disitu amat
lah banyak. Selain itu juga, agama juga adalah aspek penting dalam kehidupan. Agama juga
mengajar kita erti kehidupan. Sebelum menjadikan seseorang itu role model, kita lihat
kepercayaan mereka. Tidak salah kalau idola kita berlainan agama. Kita bukan ikut agama
mereka tetapi kita cuma perlu ikut cara mereka. Maksudnya cara yang baik untuk diikuti. Cuma
konotasinya terpulang pada diri kita sendiri. Role model juga penting Menjadi contoh kepada
kita bagaimana cara untuk berjaya dan sebagainya.

Kesimpulannya, mencari Role Model yang baik biasanya lebih kepada melalui pembacaan,
penilaian orang sekeliling, kejayaan yang dicapai serta cara mereka berinteraksi dengan
masyarakat. Maka, contohilah individu Berjaya yang boleh memberikan inspirasi kepada kita
semua.

Rujukan
Maxweel. 2009. "Role model". Dictionary.com. Random House, Inc. 2013. Retrieved 25 January
2014.
Kaufman, Michael T. "Robert K. Merton, Versatile Sociologist and Father of the Focus Group,
New York Times (New York Times, 2003.). Retrieved 25 January 2014.
Calhoun, Craig J., (ed.) (2010). Robert K. Merton: Sociology of Science and Sociology as
Science. New York: Columbia UP. ISBN 978-0-231-15112-2.
Gerald Holton (4 December 2004). "Robert K. Merton - Biographical Memoirs" (PDF).
Proceedings of the American Philosophical Society 148 (4): 506517. Archived from the original
(PDF) on 2007-08-11.
Laird, Pamela Walker (2006). Pull: Networking and Success since Benjamin Franklin.
Cambridge: Harvard University Press. ISBN 9780674025530.
Whannel, Garry (2013). Media Sport Stars: Masculinities and Moralities. London: Routledge.
ISBN 9781134698714.

Anda mungkin juga menyukai