Anda di halaman 1dari 7

Fenomena cuaca berjerebu merupakan duri dalam daging kepada pihak kerajaan dan

rakyat. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana
acap kali melanda negara. Realitinya, keadaan negara yang berjerebu ini amat
membahayakan kesihatan rakyat. Keadaan berjerebu ini seolah-olah tiada noktah akhirnya.
Bagaimana jerebu berlaku? Apakah punca-puncanya ? Persoalan inilah yang akan
dirungkaikan di bawah ini.
Punca utama fenomena jerebu melanda negara ialah pembebasan asap daripada
kenderaan. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan yang semakin meningkat bak
cendawan tumbuh selepas hujan. Masyarakat tidak suka berkongsi kenderaan hingga
menyebabkan kenderaan terlalu banyak di atas jalan raya. Kenderaan seperti lori, trelar, bas
dan banyak lagi mengeluarkan asap karbon monoksida sehingga mencemarkan
udara.Keadaan menjadi lebih parah jika kenderaan tidak di servis mengikut jadual hingga
mengeluarkan asap yang terlalu tebal dan melebihi had yang sepatutnya.
Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka juga menyebabkan
keadaan jerebu terjadi-jadi. Pembakaran secara terbuka di lakuakan untuk membersihkan
kawasan pertanian atau membersihkan kawasan persekitaran rumah. Sampah sarap dibakar
sesuka hati dan sisa hasil pertanian dibakar menyebabkan asap memenuhi ruang udara.
Sikap masyarakat yang dikatakan bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing sangat membahayakan persekitaran kita. Natijahnya, jika perkara ini berterusan,
maka rakyat akan diserang sesak nafas dan penyakit asma.
Sebagai sebuah negara perindustrian, pengeluaran asap kotor dari kilang juga dikenal pasti
sebagai punca fenomena jerebu berlaku. Situasi ini bertambah buruk terutamanya di
kawasan perindustrian kerana pihak pengilang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Kesan langsung apabila situasi ini berlaku,
makan akan turun hujan asid dan penyakit kulit pasti menyerang kita.
Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat
sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan
global. Oleh itu, sudah sampai masanya kita menyelamatkan bumi.
Selain faktor cuaca, kegiatan penebangan hutan yang berlaku dengan leluasa juga
menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Pembalak di kawasan hutan membuka hutan
dengan jalan mudah ini. Mereka bersikap tidak bertangungjawab sehingga menyebabkan
negara-negara jika terpaksa menerima padahnya.
Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan
keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya
mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini
menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam soal
penjagaan alam sekitar. Kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan
penduduk di rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap perbuatan yang melibatkan
pembakaran supaya dapat mengelakkan fenomena jerebu.

Bahasa Melayu- Karangan Ulasan "Kesan-kesan Jerebu"Tingkatan 1


Kesan-kesan Jerebu
1. Menyebabkan masalah penglihatan
2. Mengehadkan jarak penglihatan
3. Mengganggu aktiviti harian
4. Menjejaskan kualiti udara
5. Meningkatkan risiko kemalangan
6. Membentuk hujan asid yang bahaya
Sejak kebelakangan ini, negara kita sering dilanda jerebu. Jerebu mungkin
datang dari kilang yang mengeluarkan asap kotor yang tidak ditapis. Jerebu
banyak membawa kesan yang buruk terhadap manusia yang hidup di bumi.
Selain itu jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti masalah
pernafasan. Antara penyakit yang berkaitan dengan masalah pernafasan
adalah batuk dan asma. Jerebu boleh menyebabkan penyakit itu berlarutan.
Asap jerebu akan mengehadkan jarak penglihatan dan menyebabkan
pandangan menjadi kabur. Berkemungkinan ianya boleh membuatkan kita
menghadapi sakit mata. Sehubungan itu, jerebu akan mengganggu aktiviti
harian. Penduduk setempat juga tidak digalakkan keluar dari rumah masingmasing jika asap jerebu itu tebal. Jerebu juga banyak menyumbang
berlakunya risiko kemalangan di jalan raya. Ia juga menyebabkan hujan asid
yang bahaya. Akhir sekali, kita perlu mengelakkan diri daripada keadaan
jerebu yang melanda di negara kita dan kita mestilah menjaga kesihatan
badan.

FAKTOR JEREBU
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari
ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang
tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah
termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita.
Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu
yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu,
Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun
2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang
kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua ,
jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang .
Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan

secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika


memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan
sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan
global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran
hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu
seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara
berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa
jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan
pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu,
pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar
berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.
Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa
kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini
dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah
rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka
sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan
sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah
dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran
terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah
petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum
melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak
akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat
luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan
jerebu.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat
9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah
pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida
dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang
memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan
sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai
selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara
kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak
terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada
bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara.
Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara
telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang
banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari
kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan

nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk
apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan
tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk
kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah
menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti
manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkahlangkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata
orang tua-tua, sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya masalah jerebu tidak
mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan
alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkahlangkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu
ada berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Jerebu
Apakah

Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang
tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin
berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikelpartikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran
cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata
kasar.
Punca

Punca

Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

Pembakaran Secara Terbuka

Asap Dari Kilang

Asap Dari Kenderaan

HINDARI
Indeks

DARIPADA

PERBUATAN
Pencemaran

YANG

BOLEH

MENYEBABKAN
Udara

JEREBU.
(IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis
gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida

dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya
terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU

Status

0 50

Baik

51 100

Sederhana

101 200

Tidak Sihat

201 300

Sangat Tidak Sihat

301 500

Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan
radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah Iangkah
JEREBU

pencegahan.
MENGANCAM

KESIHATAN

ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang
terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :1. Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang mengalami penyakit
asma
bronkitis
radang paru-paru

penyakit paru-paru yang kronik


jantung
alahan
4. Perokok
5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.


Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
Mata terasa pedih dan berair.
Hidung berair dan kerap bersin.
Kulit badan terasa gatal-gatal.
Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tandatanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata,
sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan
segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat
seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang
motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk
dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau
rumah.

Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurangkurangnya 8 gelas sehari)

Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi
dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai