Anda di halaman 1dari 6

i.

Tanggung jawab terhadap diri sendiri

Manusia bertanggung jawab terhadap diri sendiri iaitu memperlengkapkan diri dengan pelbagai
keperluan yang diperlukan untuk menjalankan tanggung jawab sebagai khalifah. Antara yang
paling utama ialah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya dapat memiliki iman
yang mantap dan akhlak yang terpuji yang amat diperlukan bagi seorang yang diamanahkan
oleh Allah sebagai khalifah.
a)

Menuntut ilmu

Manusia mempunyai tanggung jawab dan hak terhadap dirinya sendiri. Antara tanggung jawab
utama ialah menuntut ilmu kerana ia merupakan satu persediaan bagi menjalankan tanggung
jawab khalifah fi al-ard bagi memakmurkan ala mini. Ilmu merupakan satu alat yang penting
untuk menjalankan tanggung jawab khalifah bagi membina dan membangun tamadun. Tanpa
ilmu, seseorang itu tidak dapat memahami tentang sesuatu, tidak dapat membezakan mana
yang baik dan mana yang buruk. Kata-kata hikmah daripada ulama:
Sesiapa yang mengkehendaki dunia maka ia hendaklah mempunyai ilmu dan
barangsiapa yang menhkehendaki akhirat ia juga hendaklah mempunyai ilmu, barang
siapa yang mang mengkehendaki kedua-duanya, maka wajiblah juga dengan ilmu.

Kewajipan dan kelebihan menuntut ilmu


Terdapat dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith menggesa umat Islam supaya menuntut ilmu
antaranya seperti firman Allah SWT maksudnya:
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya(ke medan
perang).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang
untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi
peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka
itu dapat menjaga dirinya
(Surah al-Taubah 9:122)

Oleh itu bertanyalah kamu ( wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang
berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Nahl 16:43)
maka bertanyalah kamu kepada alhudzikri jika kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Anbiya 21:7)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Menuntut ilmu adalah fardu bagi setiap muslim
(Riwayat Ibn Majah)
Betapa pentingnya manusia mempunyai ilmu pengetahuan kerana hanya orang yang berilmu
sahaja mampu melakukan sesuatu perkara dengan baik dan sempurna. Mereka yang berilmu
pula akan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud:
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang
diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.
(Surah al-Mujadalah 58:11)

Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang


tidak mengetahui.
(Surah al-Zumar 39:9)
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama.
(Surah Fatir 35:28)

Kepentingan ilmu
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk menuntu ilmu nescaya Allah
memudahkannya menuju jalan-jalan ke syurga-Nya dan sesungguhnya para malaikat
rahmat akan meletakkan sayap-sayapnya sebagai tanda keredaan mereka terhadap
penuntut ilmu.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah dan Darimi)
Daripada Abu Umamah r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Sesungguhnya Luqman pernah berkata kepada anaknya: Wahai anakku,
sentiasalahkamu mendampingi ulama dan dengarlah perkataan orang-orang ahli hikmah
(kebijaksanaan), kerana sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati orang yang mati
dengan cahaya hikmah itu sepertimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan
curahan air hujan.
(Riwayat al-Tabrani)
Oleh itu manusia sebagai khalifah mesti mempelajari berbagai bidang ilmu terutamanya ilmu
fardu ain. Ilmu fardu ain merupakan ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu mengenal Allah dan
Rasul-Nya. Manakala imu fardu kifayah merupakan ilmu yang dituntut kepada segolongan umat
Islam dan ia tidak boleh diabaikan. Pada asa kini tuntutan mempelajari ilmu fardu kifayah amat
penting untuk pembangunan umat Islam, kerana umat Islam tidak boleh ketinggalan dalam
mengejar kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai bidang terutama dalam sains dan
teknologi. Kedua-dua ilmu tersebut adalah penting demi memperolehi kebahagiaan di dunia dan
di akhirat. Manusia sering kali berdoa kepada Allah SWT untuk kesejahteraan kedua-duanya
seperti yang terdapat dalam firman Allah SWT yang telah dinyatakan di atas.
Berdasarkan beberapa petunjuk dari al-Quran dan al-Hadis serta pesanan para ulama, maka
jelaslah bahawa persoalan ilmu pengetahuan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Bermula dengan ibu bapa memberi ilmu pengetahuan dan mendidik anak sejak dari kecil lagi,
seterusnya disambung oleh para pendidik yang terdiri daripada guru, ulama dan masyarakat.
Sebagai khalifah, ilmu sama sekali tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan alat bagi
membina tamadun dan melakukan pembangunan.

b) Memelihara hak-hak diri:agama, jiwa, maruah,akal dan harta


Seseorang individu itu mestilah melaksanakan segala suruhan Allah SWT dan menjauhi
larangan-Nya dengan memelihara hak-hak diri seperti hak dalam agama, jiwa, maruah, akal
dan harta. Dari sudut agama, seseorang individu mesti memelihara diri supaya tidak
mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu yang lain atau tidak melakukan perkara-perkara yang
boleh membawa kepada syirik kerana ia merupakan satu kezaliman yang amat besar dosanya
sepeti firman Allah SWT bermaksud:
Sesungguhnya syirik merupakan suatu dosa yang besar.
(Surah Luqman 31:13)
Dari sudut jiwa, setiap individu mesti menjaga diri dari melakukan sesuatu yang boleh
merosakkan jiwanya atau merosakkan jiwa orang lain. Menurut Islam, Allah SWT mengurniakan
hidup bagi tiap-tiap manusia, maka hak ini tidak boleh dinodai dan dicabar kecuali dengan
kebenaran. Oleh itu, perbuatan membunuh diri, melakukan sesuatu yang boleh mengancam
nyawa atau membunuh orang lain adalah larangan Allah dan merupakan suatu dosa besar.
Firman Allah SWT bermaksud:
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya)
melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.
(Surah al-AnAm 6:151)

Namun begitu, Islam mengharuskan hukum membunuh jika mempunya sebab-sebab tertentu
seperti hukum qisas (bunuh balas).
Islam juga amat mengambil berat tentang menjaga maruah. Oleh itu orang-orang yang beriman
dari melakukan sebarang tindakan yang boleh menjatuhkan maruah diri atau menjatuhkan
nama baik orang lain. Umat Islam diminta agar sentiasa menjaga maruah dirinya supaya tidak
terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan seperti melakukan zina. Firman Allah SWT
bermaksud:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
(Surah al-Israa; 17:32)

Demikian juga perbuatan menjatuhkan maruah orang lain dengan menghina, mengejek,
mengumpat dan menuduh orang baik melakukan zina (qazaf).
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki )
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesuatu puak dari kaum
perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah
kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah kamu memanggilmanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan
tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka ) amatlah
buruknya sebutan nama yang fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan
(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah
orang-orang yang zalim.
(Surah al-Hujarat 49:11)
Dari sudut memelihara akal, manusai bertanggung jawab memelihara akal daripada sebarang
perkara yang boleh membawa kepada kerosakan dan kewarasan. Dengan akal dan ilmu yang
ada pada manusia , manusia dapat membezakan mana yang baik dan buruk, dapat
menjalankan tanggung jawab sebagai khalifah fi al-ard oleh Allah SWT adalah kerana kelebihan
akal fikiran dan ilmu pengetahuan. Oleh itu Islam melarang umatnya dari mengambil sesuatu
perkara yang boleh merosakkan mental atau melemahkannya seperti mabuk, meminum arak,
dan menyalah gunakan dadah dan sebagainya. Firman Allah SWT bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya (meminum) khamar,berjudi (berkorban
untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji yang termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungannya.
(Surah al-Maidah 5:90)
Dari sudut memelihara harta , manusia dilarang mendapatkannya dengan cara yang tidak halal
seperti menipu, mencuri, merompak, rasuah melakukan riba dan sebagainya. Islam tidak
pernah melarang umatnya mencari harta sebanyak mungkin, malah menggalakkan mereka
mencari harta halal demi kesejahteraan, kerana dengan harta juga umat Islam boleh

mengeluarkan zakat dan membelanjakan harta ke jalan Allah dan ini pastinya dapat
meningkatkan taraf hidup masyarakt serta mampu melakukan pembangunan negar.
Selain daripada itu, individu muslim juga sepatutnya menjaga kebersihan sama ada dari sudut
lahiriah, rohaniah, mental, akhlak / adab mahupun keperluan naluri. Islam menekankan
kebersihan diri secara lahiriah agar manusia memperolehi kesihatan dan kecergasan,
kebersihan rohaniah dari sebarang bentuk syirik dan pengotoran jiwa agar dapat mengenal
Allah SWT dan tunduk patuh hanya kepada-Nya dengan pentunjuk Ilahi. Di samping itu
kebersihan mental agar dapat memikir, merancang dan melakukan tindakan dengan bijaksana ,
tidak mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang boleh merosakkan akal. Kebersihan
akhlak juga penting agar menjadi mukmin yang sejahtera dan sentiasa menjaga maruah diri ,
menjaga adab-adab dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruahnya.Sekiranya manusia tidak memelihara kebersihan dan kesucian diri dari aspek
tersebut, maka mereka akan berhadapan dengan masalah, boleh membawa mudarat kepada
diri sendiri dan mengundang kemurkaan Allah SWT. Oleh itu, jika benar manusia sayang
kepada dirinya, maka hendaklah mereka memelihara hak-hak diri yang telah digariskan oleh
Islam.

Anda mungkin juga menyukai