Anda di halaman 1dari 2

Pengertian Wacana dan Ciri - ciri Wacana

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada
kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi
komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap,
tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan
kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan
secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan
yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam
pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang
digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat
berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan
dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi
secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara
penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana
terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang
mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan
suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah,
baik dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan
bahasa. Selain itu, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu
kalimat. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat/ klausa. Wacana
menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan mempunyai
pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren.
Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan secara lisan
atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.

CIRI- CIRI WACANA

Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat
sekitarnya. Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh
kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya
bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang
digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras bahasa ) dalam
pertuturan.

Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan
penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat

tanya. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan


hasil bacaan dengan pembaca.

Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar.
Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala
wacana tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.

Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya :


Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.

Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab,
akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai
urutan yang berkait rapat. Penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur
penghasilan penulisan. Ayat- ayat yang dihubungkan dengan menggunakan
penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna tautan ) dan
koherens ( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak
perlu diulang.

Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana
digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya
satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian
dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.

Wacana hendaklah ada maklumat baru. Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran
ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan
hendaklah bersifat kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu
semata- mata.

Anda mungkin juga menyukai