Anda di halaman 1dari 1

Berikan pendapat anda tentang perbezaan pemikiran Melayu sebelum merdeka

dan kini (tahun 2000)?


panjang tidak lebih 50 perkataan.
Pemikiran Melayu sebelum merdeka dan kini mempunyai perbezaan yang ketara.
Pemikiran Melayu sebelum merdeka lebih kepada pengunaannya dalam aktiviti
komunikasi,

kesusasteraan

Melayu,

falsafah,

alat

untuk

menuju

ke

arah

kemerdekaan dan mencapai keadilan sosal. Contohnya, masyarakat sebelum


merdeka seperti Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) telah menggunakan bahasa
Melayu bagi menghasilkan sajak dan cerpen untuk mengkritik golongan atasan yang
menidas kaum buruh, petani dan nelayan. Namun, pada masa kini, pemikiran
Bahasa Melayu telah berubah. Pada masa kini, bahasa melayu telah berubah
menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden telah meresap ke dalam
bahasa Melayu. Pemikiran Melayu tidak hanya terbatas dalam bidang kesusasteraan
semata-mata, sebaliknya telah berkembang dalam bidang sains dan teknologi
terutamanya untuk memenuhi keperluan hidup manusia zaman moden dalam
pelbagai bidang dan jurusan. Misalnya, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
mengemaskini tatabahasa Melayu dengan menggubal istilah-istilah dalam pelbagai
bidang sesuai dengan pemikiran masyarakat moden hari ini.

Anda mungkin juga menyukai