Anda di halaman 1dari 31

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

___________________________________________________________________________________________________________
_

TATABAHASA
(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

PANDUAN KEPADA GURU


LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.


Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.

2.

Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.

3.

Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

4.

Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.

5.

Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.

2.

Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.

3.

Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.


Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula.
Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.

4.

Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.


Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.

5.

Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.


Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

2.

Ali telah mengambil buku itu semalam.


Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.

3.

Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.


Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.

4.

Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.


Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.

5.

Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.


Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.

LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.

2.

Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

3.

Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.


Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

4.

Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.


Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh beliau.
Jawatan yang sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi tersebut

5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.


Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.

2.

Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.

3.

Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.


Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.

4.

Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.


Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.

5.

Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.


Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.


Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.

2.

Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi
menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.
Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi MaklumatKebangsaan
bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.

3.

Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.

4.

Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.

5.

Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.
Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.

2.

Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.

3.

Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang
cemerlang.
Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada
pelajar yang cemerlang.

4.

Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.


Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.

5.

Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di
Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung
di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

1.

Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2.

Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.

3.

Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A
dalam peperiksaan percubaan SPM.

4.

Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.


Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

5.

Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.


Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.


Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

2.

Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.


Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

3.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

4.

Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.

5.

Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.


Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.

LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.


Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

2.

Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.


Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.

3.

Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.


Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.

4.

Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

5.

Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.


Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

LATIHAN SPM 11
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.


Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.

2.

Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.


Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan.

3.

Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

4.

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.
Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

5.

Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan.
Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.

LATIHAN SPM 12.


Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

2.

Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat
bersaing dengan bangsa lain.
Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan
bangsa lain.

Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum
dihantar ke mahkamah.
Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke mahkamah.

3.

Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.


Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.

4.

Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.


Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.

5.

Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam
sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.
Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang
sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.

LATIHAN SPM 13
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

1.

Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa tidak
mengambil berat terhadap anak mereka.
Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa tidak
mengambil berat terhadap anak mereka.

2.

Shafiq mengajak Wan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.
Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.

3.

Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun.
Seluruh daerah itu diselubungi oleh asap tebal selama beberapa jam akibat kebakaran kilang
mercun.

4.

Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik
pelajar tahun ini.
Program ini kami adakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar
tahun ini.

5.

Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan.


Sokongan terhadap usaha yang kami lakukan sentiasa diberikan sokongan oleh beliau.

LATIHAN SPM 14
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.


Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya.

2.

Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.


Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak.

3.

Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.


Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.

4.

Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura.

5.

Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu.
Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.

LATIHAN SPM 15
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.

Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.

2.

Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.

3.

Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu
melayani pelanggan mereka.
Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa
sewaktu melayani pelanggan mereka.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Semua anak buah beliau diingatkan oleh pengarah syarikat itu agar sentiasa berbudi bahasa
sewaktu melayani pelanggan mereka.

4.

Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas.

5.

Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan negara.
Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan kehendak wawasan negara.

LATIHAN TATABAHASA SPM


( Menyambung Ayat )
PANDUAN KEPADA GURU
1. Perkataan yang dihitamkan, perlu digugurkan dalam jawapan
2. Perkataan yang berhuruf condong merupakan kata hubung yang dimasukkan
dalam ayat.
LATIHAN SPM 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita.


Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama
dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini
berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka.
Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk
membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen
kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita
binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak
beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan
ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu
sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan
pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan
mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan
liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka


untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah
dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen
dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan
terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil
penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam
siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para
penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut.
Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan
yang dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang


televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia
manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan
membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan
terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan
dan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adeganadegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi
masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil
penyelidikan tersebut dan mereka menegaskan bahawa para
penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan
LATIHAN SPM 3
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di


televisyen.
Rancangan-rancangan
tersebut
disiarkan
oleh
RTM.
Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini
penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini
membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur
tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka
tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga
1)

2)

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di


televisyen yang rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh
RTM dan rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3
juga.
Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak
keganasan itu meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa.

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

3)

Mereka
bimbang
kalau-kalau
unsur-unsur
tersebut
mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik
dan mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas


komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah
Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana
langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang
berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.
Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan
peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini
diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer
juga.
1)
2)

3)

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas


komputer. pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara
ini.
Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi
hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi
kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan
tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.
Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini
memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari
komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat
pelajar mendalami bidang komputer juga.

LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. Buku ini tergolong
dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku
ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak
menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan


satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana
akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
1) Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. buku ini tergolong
dalam jenis novel kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh
Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke
Pulau
Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid
bersama-sama
dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup
tetapi tanpa
disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya
menewaskan
kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini


berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia
pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini.
Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf
kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang
disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang
ringan oleh
segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan


ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi
Malaysia pula berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan
mereka adalah untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan walau bagaimanapun keistimewaankeistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

10

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini


mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca
daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenangwenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk mengaut
keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai
fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan
suhu dan penipisan lapisan ozon.
1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini
mencemaskan manusia di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang
manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya
tujuan
mereka berbuat demikian ialah untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena
ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah seperti
peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.
LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha


ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan
dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar
negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini
bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat
meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan
sumber ikan di perairan pantai juga.
1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha
ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan
dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada
nelayan tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan
negara serta usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di
perairan pantai juga.
LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri


daripada pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai.
Kehadiran
mereka
menimbulkan
suatu
keadaan
yang
tidak

11

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan


negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha
tersebut ialah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha
tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan.
negara.
1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri
daripada pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun
pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak
menyenangkan kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai
kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut ialah
untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat
menggalakkan
perkembangan perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan
yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di
Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran
masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil.
Tujuannya ialah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam
sekitar. Antara masalah-masalah alam sekitar itu termasuklah
pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku
daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.
1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan
yang
dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut
diadakan di Rio de
Jenerio pada bulan Jun 1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan
yang
terkawal dan langkah berhati-hati perlu diambil. tujuannya ialah
untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.
3) Antara masalah-masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air,
dan
pencemaran udara dan selain itu pencemaran berlaku daripada
aktiviti

12

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

pembangunan yang tidak terancang.

LATIHAN SPM 11
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan.


Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan
siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam
sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur di kalangan
siswazah. Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem
tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan
semalam. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk keperluan
esok.
1)
2)
3)

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang


dilakukan. perubahan itu bertujuan untuk mengatasi masalah
pengangguran di kalangan siswazah.
Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam
sistem pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur di
kalangan siswazah.
Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem
tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan
semalamtetapi yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih
untuk keperluan esok.

LATIHAN SPM 12
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut


terpaksa dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga
dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu
masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian
bertambah. Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut
peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu
ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat.
Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan
tersebut mewujudkan konflik.

13

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

1)

2)

3)

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah


tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga dan masalah
tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat
juga.
Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah
tersebut begitu rumit dan masalah tersebut kian bertambah
pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku
mengikut peredaran masa.
Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah
sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat
dan perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat
serta perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri.


Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika
perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat
pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam
kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar
negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal
ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.
1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri
perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana
ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.
2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod
penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta
sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara.
3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal
ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan
tersebut
LATIHAN SPM 14
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah
susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu


berlangsung pada Ogos 1971. Penggubalan itu adalah hasil daripada
persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah
dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip
utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah
unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam

14

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan


itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan
kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat
sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu


berlangsung pada Ogos 1971. penggubalan itu adalah hasil
daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu.
2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu
berasaskan tiga prinsip utama
prinsip yang pertama ialah
Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat
asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang
penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan
kaum. rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu
mencatat sejarah hitam negara.

TATABAHASA
( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )

PANDUAN KEPADA GURU


Latihan SPM 1
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara
Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.
Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara
ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang
masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand,

15

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu.


Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi
untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz
bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan
supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi
potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu,
kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
[ 6 markah ]
JAWAPAN :
Kamaria
h

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad

Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan


semula jadi yang indah.

Aziz

Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara


seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara
Eropah.

Samad

Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik


pelancong tempatan melancong di dalam negeri.

Kamaria
h

Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu


memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan
yang mengunjungi pusat percutian mereka.

Samad

Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam


negeri perlu ditanam dalam diri.

Latihan SPM 2
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu
Hassan.

16

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan
Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik,
cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari
yang lepas, Kamarul memberikan alasan.
[ 6 markah ]
JAWAPAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan


Cikgu Hassan sangat rapat.
Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di
halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam
rumah.
Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan
bahawa Redwan berada di dalam rumah.
Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan
mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan
dia datang ke situ.
Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/
tidak teratur.
Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan
mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua
hari sebelumnya.

Latihan SPM 3

17

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan


menggunakan cakap pindah.

Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.

Rancangan apa? jawab Ani.

Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari,
kata Salleh.

Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.

Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !

Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.


[ 6 markah ]
JAWAPAN :
1.

Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya.

2.

Ani meminta kepastian tentang rancangan


Salleh.

3.

Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung


dengan rancangan Ani mendaki gunung seperti yang dinyatakannya
suatu hari dahulu.

4.

Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam


mesyuarat pada hari Sabtu akan datang.

5.

Salleh memuji dan sangat menyokong rancangan Ani.

6.

Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan yang diberi oleh kawan
karibnya .

18

yang dimaksudkan oleh

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Latihan SPM 4
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati
Norasyikin
Norhayati
Norsyikin

:
:

Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
:
Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah,
sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
:
Sebenarnya ibu Syikin sakit.

[ 6 markah ]
JAWAPAN :
1)

Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah


semalam.

2)

Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak


memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di
rumah.

3)

Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan


meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati
berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana
menggangap mereka sudah lama berkawan.

4)

Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Latihan SPM 5
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......
Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti
mata belolok anak itu.
Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.
Ya, Tuk Yahya tahu.........
Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada,
datuk tak ada,jelas anak itu hampir meraung.
Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya

19

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

[ 6 markah)
JAWAPAN :
1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan
keseorangan
2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana
tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai
sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak
mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di
situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada
dia dan Comot

Latihan SPM 6
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI :

Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?

FELIX :

Mi Pedas.

MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?


FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI
: Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi
Pedaslah?
FELIX

: Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.

JAWAPAN :
1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya
namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin
mendapatkan kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah
Mi Pedas.

20

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu
hanya sematamata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk
membelanja Mawi
makan dahulu.
Latihan SPM 7
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.
Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang
masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan
duit tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.
Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang
saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.
Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul
dan jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam.
Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim.

JAWAPAN:
1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.
2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu
Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum
dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa
tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk
perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital barubaru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul
dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya
beliau merupakan seorang yang sangat garang.
Latihan SPM 8
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

21

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu
dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa
dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak
Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk
dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop
memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai
pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak
mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan
bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk
membeli sebuah bas.
JAWAPAN:
Mak Limah
Pak Usop

:
:

Mak Limah

Pak Usop

Mak Limah
Pak Usop

:
:

Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?


Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju.
Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti
lapar.
Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu.
Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

Latihan SPM 9
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
Hassan
Shiela

:
:

Hassan

Shiela

Hassan

Shiela

Hai, Shiela! Tahniah!


Tahniah? Mengapa? Aku belum tahu hujung pangkal
percakapan kamu.
Tahniah kerana awaklah pelajar cemerlang SPM sekolah
kita.
Siapa yang memberitahu kamu? Aku sendiri pun belum
tahu lagi.
Cikgu Halimah yang memberitahu aku semasa aku ambil
slip keputusan peperiksaan tadi.
Nantilah, aku ke sekolah dulu. Aku perlu pastikan dulu

22

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Hassan
Shiela

:
:

Hassan
Shiela

:
:

benar tidaknya kata-kata kamu itu.


Percayalah cakap aku. Aku serius.
Aku kena hati-hati dengan kamu, dulu aku pernah terkena
sekali.
Kali ini aku tak tipu lagi.
Lain kali jangan biasa berbuat sesuatu yang orang tak
percaya. Berita betul sekalipun orang masih sangsi.

JAWAPAN:
1. Sambil menegur Shiela, Hassan mengucapkan tahniah kepadanya
tetapi Shiela berasa hairan dan menyatakan bahawa dia tidak
memahami maksud Hassan itu.
2. Hassan menjelaskan bahawa ucapan tahniah tersebut kerana Shiela
ialah pelajar cemerlang sekolah mereka dalam peperiksaan SPM.
3. Shiela bertanya tentang hal itu kerana dia sendiri belum
mengetahuinya.
4. Hassan menyatakan bahawa perkara itu dijelaskan kepadanya oleh
Cikgu Halimah semasa dia mengambil slip keputusan peperiksaannya
tadi.
5. Walau bagaimanapun, Shiela enggan mempercayainya, sebaliknya dia
hendak ke sekolah lebih dahulu untuk memastikan kebenaran katakata Hassan itu.
6. Hassan meminta Shiela mempercayainya kerana dia serius tentang hal
itu.
7. Shiela menyatakan bahawa dia harus berwaspada terhadap Hassan
kerana Hassan pernah menipunya dahulu.
8. Hassan berjanji bahawa dia tidak menipu Shiela kali ini.
9. Shiela mengingatkan Hassan supaya tidak membuat orang hilang
kepercayaan hingga perkara benar yang dikatakannya pun disangsikan
orang.

Latihan SPM 10

23

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya
hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia
sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi.
Azman cuba
menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya
berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan
hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba
menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja
sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi
Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi
dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah
terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap
berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia
hendak bekerja makan gaji di bandar.
JAWAPAN:
Azman

Yahya
Azman
Yahya
Azman

:
:
:
:

Yahya

Azman

Yahya

Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke


bandar?
Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.
Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?
Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.
Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian?
Jadi,
bertanilah pilihan kita.
Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku
tetap hendak ke bandar.
Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya
lumayan.
Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

24

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

TATABAHASA
(MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF)

PANDUAN KEPADA GURU

LATIHAN SPM I
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

2.

3.

4.

5.

6.

Adik yang sedang bermain di halaman rumah dipanggil kakak.


Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman rumah.
Anak-anak perlu diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam
kegiatan yang tidak bermoral.
Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak
bermoral.
Seutas jam tangan dihadiahkan oleh Puan Sharifah kepada anaknya
setelah lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.
Puan Sharifah menghadiahkan seutas jam tangan kepada anaknya setelah lulus
peperiksaan SPM dengan cemerlang.
Kesalahannya itu disedarinya selepas beberapa ketika.
Dia menyedari kesalahannya itu selepas beberapa ketika.
Tanah itu diserahkan semula oleh kedua-dua belah pihak setelah memahami penerangan
tersebut.
Kedua-dua belah pihak menyerahkan tanah itu semula setelah memahami penerangan
tersebut.
Spesies tumbuhan anak di hutan itu akan dikajinya sekali lagi.
Dia akan mengkaji spesies tumbuhan anak di hutan itu sekali lagi.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

2.

Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
Helen sudah membaca novel berbahasa Inggeris itu bulan lalu.
Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada
murid-murid yang lain.

25

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

3.

Guru disiplin menasihati para pengawas agar menunjukkan contoh yang baik kepada
murid-murid yang lain.

Pemandangan di kampung nelayan itu saya lukis.


Saya melukis pemandangan di kampung nelayan itu.

Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
Si Comot, kucing kesayangan emak telah berjaya menangkap tikus pagi tadi.

Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah.
Ibu bapa haruslah mengawasi tingkah laku anak agar mereka tidak tersalah langkah.

4.
5.

6.

Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan
Lucy.
Puan Lucy menghadiahi Mei Ling sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian
memandu.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

2.

3.

4.

Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada
pelajar yang cemerlang.
Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada
pelajar yang cemerlang.
Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
Kau telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri Istanan Alam Shah, Kelang.

Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23.
Halim menghadiahi Suzi sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23.

Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.


Kami hendak mengemas stor sukan pada petang nanti.

Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.


Anda telah mengambil nota sejarah saya semalam.

5.
6.

LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

26

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

1.

Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.


Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.

Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.


Mereka memegang jawatan yang sangat penting.

Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.


Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.

Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat


ulang kaji.
Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.

Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.
Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.

2.

3.
4.

5.

6.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

2.

3.

4.

Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan
sekolah.
Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan
budak-budak nakal.
Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budakbudak nakal.
Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh
A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.


Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama.

Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.


Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi.

Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.


Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.

5.
6.

27

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

2.

3.

Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.


Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu.
Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di
dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.
Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di
dalamnya memberikan ilmu kepada mereka..

Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.
Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.
Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu.

4.

5.

6.

Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah
tersebut.
Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan
rumah tersebut.
Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka bermingguminggu.
Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta berminggu-minggu.

LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

2.

3.

4.

5.

Segala masalah itu mesti kita hadapi dengan hati tabah.


Kita mesti menghadapi segala masalah itu dengan hati tabah.
Pengalamannya di hutan itu diceritakan oleh Encik Firdaus apabila didesak oleh ahli
keluarganya.
Encik Firdaus menceritakan pengalamannya di hutan itu apabila didesak oleh ahli
keluarganya.
Rotan-rotan itu dijemur oleh mereka berminggu-minggu sebelum dibelah.
Mereka menjemur rotan-rotan itu berminggu-minggu sebelum dibelah.
Simen dari luar negara telah diimport oleh kerajaan untuk mengimbangi kekurangan
simen dalam pasaran tempatan.
Kerajaan telah mengimport simen dari luar negara untuk mengimbangi kekurangan
simen dalam pasaran tempatan.
Semak onak yamg melingkari perdu pokok saya bersihkan.

28

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

Saya membersihkan semak onak yang melingkari perdu pokok.

Bantahan telah dikemukakan oleh penduduk kampung itu kepada wakil rakyat mereka.
Penduduk kampung itu telah mengemukakan bantahan kepada wakil rakyat mereka.

6.

LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

2.

3.

4.

5.

Buah-buah mangga yang belum begitu masak diperam oleh Pak Yusuf dengan cara
membungkusnya.
Pak Yusuf memeram buah-buah mangga yang belum begitu masak dengan cara
membungkusnya.
Semua hasil tanaman mereka diborongkan oleh penanam-penanam sayur di kampung itu
kepada seorang tauke Cina.
Penanam-penanam sayur memborongkan semua hasil tanaman mereka di kampung itu
kepada seorang tauke Cina.
Penanam-penanam sayur di kampung itu memborongkan semua hasil tanaman mereka
kepada seorang tauke Cina.
Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan oleh guru itu kepada pelajar-pelajar selama satu
jam setengah pada setiap minggu.
Guru itu mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar selama
satu jam setengah pada setiap minggu.
Usahawan tempatan dinasihati oleh Perdana Menteri supaya mengambil langkah susulan
yang sewajarnya.
Perdana Menteri menasihati usahawan tempatan supaya mengambil langkah susulan
yang sewajarnya.

Lakaran yang dibuatnya berdasarkan kain yang digunting oleh Puan Lim.
Dia membuat lakaran berdasarkan kain yang digunting oleh Puan Lim.

Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan oleh Tuan Hakim.
Tuan Hakim menjatuhi lelaki itu hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan.

6.

LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

Seekor rusa jantan telah ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
Ayah telah menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.

29

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

2.

3.

4.

Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh adik untuk diberi kepada pak cik
yang datang dari Singapura.
Adik memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada pak cik yang
datang dari Singapura.
Halaman rumah kami disapu oleh kakak setiap hari kerana banyak daun gugur pada
musim panas ini.
Kakak menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun gugur pada
musim panas ini.

Rumah banglo di tepi pantai itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
Saya membeli rumah banglo di tepi pantai itu dengan duit titik peluh saya sendiri.

Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Kalsom sempena hari lahir Kalsom.
Ibu Kalsom membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.

Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
Mereka menyusun kerusi-kerusi di padang sebelum acara sukan bermula.

5.

6.

LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

Bunga telur itu dibuat oleh Rosliza untuk majlis perkahwinannya.


Rosliza membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.

Beg pakaian yang besar dibawa oleh Hazif untuk ke Kuala Lumpur.
Hazif membawa beg pakaian yang besar untuk ke Kuala Lumpur.

Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.


Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.

Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek di Singapura.


Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek di Singapura.

Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.
Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.

Badan peserta gimnastik Rusia digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.
Peserta gimnastik Rusia menggulingkan badan di atas lantai semasa pertandingan itu.

2.

3.
4.

5.
6.

LATIHAN SPM 11
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.

Ceramah tentang bahaya merokok itu disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan.
Pegawai dari Jabatan Kesihatan itu menyampaikan ceramah tentang bahaya merokok.

30

MODUL BAHASA MELAYU CEMERLANG SPM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
___________________________________________________________________________________________________________
_

2.

3.

Para pelajar diingatkan oleh pengetua sekolah itu agar sentiasa berwaspada sewaktu
berulang-alik ke sekolah.
Pengetua sekolah itu mengingatkan para pelajar agar sentiasa berwaspada sewaktu
berulang-alik ke sekolah.

Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.
Encik Halim memperisteri gadis dari Brunei Darussalam itu sebulan yang lalu.

Anak ayam emak saya telah disambar oleh helang pada tengah hari semalam.
Helang menyambar anak ayam emak saya pada tengah hari semalam.

4.

5.

6.

Sampan itu didayungnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
dalam pertandingan itu.
Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat
pertama dalam pertandingan itu.
Penyalahgunaan dan pengedaran dadah telah diharamkan oleh kerajaan di negara ini.
Kerajaan mengharamkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.

31

Anda mungkin juga menyukai