Anda di halaman 1dari 10

Witch Doctor Dani gambar bergerak akan berada di pawagam bermula 28 Julai

2016. Sebuah filem satira diselaraskan isu Sabri Yunus di bawah Astro Shaw Sdn
Bhd. Pengendalian watak-watak pada skrin, sebagai contoh, Fasha Sandha, Amerul
Affandi, Khatijah Tan, Raysha Rizrose dan vokalis dari Singapura, Taufik Batisah.
FILEM : DUKUN DOKTOR DANI
TARIKH TAYANGAN : 28 Julai 2016
GENRE : Komedi
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Astro Shaw Sdn Bhd / Balang Rimbun Produksi Sdn. Bhd
PELAKON : Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Pak Yuss (Jambu),
Raysha Rizroze, Khatijah Ibrahim, Sabri Yunus, Sani Sudin
SINOPSIS DUKUN DOKTOR DANI
Menceritakan kisah Doctor Dani (Taufik Batisah), seorang pakar muda yang baru
sahaja mendarat kedudukan dalam kemudahan doktor. Beliau mengalami pesakit
pembedahan pertamanya teruja dengan pengalaman. Jadi kerana ia boleh, tragedi
operasi hilang begitu saja dan pesakit meninggal dunia. Beliau memilih untuk
meninggalkan tempat pekerjaannya dan tidak benar-benar diperlukan untuk menjadi
pakar. Beliau memberi tumpuan kepada bahawa dia tidak ingin menjadi algojo dan
menyerah diri. Dani kembali ke tempat di mana dia membesar dan tempat yang
benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti (Persatuan Tan) yang berhabis wang
tunai untuk membiayai tumpuan terlebih dahulu. Ibunya begitu marah dan kecewa
dengan Dani dan meminta Doktor Lily (Fasha Sandha) semula pengaruh Dani untuk
menjadi pakar.
Dani pada akhirnya rumah penyembuh Sub Shaman dan lihat kehidupan tidak
terurus. Mereka bersetuju untuk bekerjasama selepas itu. Beliau tidak dapat bekerja
bersama-sama sebelum rumah daripada sub-tawaran itu benda yang dikehendaki
oleh pesakit yang pergi ke rumah. Agak menghairankan, pentadbiran bomoh yang
secara beransur-ansur dicari dan bertambah banyak pelanggan. keadaan mula
berubah apabila Shaman Sudin tiba-tiba menendang baldi. Dani diperlukan untuk
mengambil alih kawalan sebagai bomoh. isu Dani adalah lebih kelam-kabut apabila
ibu beliau, Mak Siti tambahan ternyata menjadi sakit. Sebagai seorang pakar, Dani
tahu penderitaan yang dialami oleh ibunya. Dia tidak akan menggunakan dukun
yang Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan terapeutik,
jelas ibu Dani mengalami pesakit yang sama yang menendang baldi di tangan
terlebih dahulu. Dani perjuangan dengan masalah yang akhir sekali dia bersetuju
untuk melakukan pembedahan kepada ibu sendiri.
http://malaysiabrita.blogspot.my/2016/07/sinopsis-filem-dukun-doktor-dani.html

FILEM: Dukun Doktor Dani


PENGARAH: Sabri Yunus
PELAKON: Taufik Batisah, Fasha Sandha, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Yus Edoo,
Raysha Rizrose, Amirul Affendi
GENRE: Drama
PENGEDAR: Astro Shaw Sdn Bhd
DURASI: 97 minit
TARIKH TAYANGAN: 28 Julai 2016
PELAKON Sabri Yunus telah membuktikan sebelum ini bahawa penglibatannya dalam
bidang pengarahan bukan sekadar untuk melengkapkan profil sebagai anak seni.
Drama arahannya sebelum ini seperti Sanggul Beracun dan Parut Asyikin yang pernah
memenangi beberapa anugerah sebagai contoh telah meletakkan namanya pada
kedudukan tersendiri dalam bidang pengarahan.
Tidak mahu terus berada ditakuk lama, Sabri muncul dengan filem arahan pertamanya
yang berjudul Dukun Doktor Dani yang membariskan barisan pelakon seperti Fasha
Sandha, Amirul Affendi, Khatijah Tan dan Allahyarham Yus Edoo.
Menerusi filem pertama, Sabri turut mengambil risiko besar dengan menampilkan wajah
baharu menghiasi naskah berkenaan iaitu Taufik Batisah dan Raysha Rizrose.
Mungkin ada yang skeptikal dengan pemilihan tersebut namun pelakon yang pernah
popular menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu mempunyai gerak hati yang cukup baik
dan lakonan dua pendatang baharu itu tidak mengecewakan.

Salah satu babak dalam Dukun Doktor Dani.


Menyifatkan kedua-dua mereka sebagai 'barang' yang belum terjual, Sabri berjaya
mencungkil bakat lakonan yang mungkin Taufik atau Raysha sendiri tidak sedar ada
dalam diri mereka.
Lakonan yang ditunjukkan cukup menyakinkan namun masih banyak ruang boleh
diperbaiki jika diberi watak sesuai.
Dukun Doktor Dani mengisahkan tentang Dani (Taufik) yang membuat keputusan untuk
tidak lagi menjadi seorang doktor dan kemudian dia pulang ke kampung dan bekerja
dengan dukun Sudin (Sabri).
Keadaan menjadi kalut apabila dukun Sudin meninggal dunia dan Dani mengambil alih
tempat dukun Sudin dengan caranya sendiri.
Dalam pada itu, dari sudut cerita dan lakon layar yang diketengahkan cukup santai

sungguhpun sebenarnya terdapat maksud mendalam apabila Sabri memilih


mengangkat kisah mengenai dukun dan doktor.

Gandingan Taufik dan Amirul menjadi.


Profesion berkenaan mungkin berbeza pada kita, namun Sabri cuba menjelaskan
dalam perbezaan di antara dukun dan doktor sebenarnya terdapat persamaan di antara
mereka.
Bagi menarik perhatian penonton, Sabri turut menyelitkan sedikit unsur komedi bagi
menyeimbangi Dukun Doktor Dani agar ia tidak terlalu berat buat penonton.
Dari sudut teknikal juga, pemilihan lokasi dan sinematografi yang ditampilkan juga
cukup mengagumkan dan jujurnya filem ini tidak mengecewakan.
Sementara itu, kemunculan Allahyarham Yus Edoo atau Pak Yus cukup meninggalkan
kesan kepada penonton dan ia sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat kepada
lakonannya.

Tags / Kata Kunci:Dukun Doktor Dani , Sabri Yunus , Taufik Batisah

http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2016/08/01/dukun-doktor-dani/

OLEH SYED MUSSADDAD SYED MAHDI

PERTAMA kali mencuba nasib di layar perak bukan satu kerja


mudah. Pastinya tumpuan khalayak lebih terarah kepada nama
besar yang dijaja yang seringkali dianggap mampu menarik minat
penonton ke panggung.
Senario yang sama turut terjadi kepada Taufik Batisah saat dia
muncul dengan naskhah Dukun Doktor Dani bermula Khamis lalu.
Pastinya limpahan cahaya kemilau mula menyinari dirinya dengan
persoalan mampukah dia membawakan watak utama dengan baik.
Apatah lagi naskhah yang digarap oleh Sabri Yunus sentiasa dinanti
ramai, pastinya kredibiliti dan kebolehan Taufik bukan sahaja
menguji dirinya sebaliknya kepada Sabri yang turut bertindak selaku
pengarah filem ini.
Kelebihan Sabri bukan omong kosong. Dia sudah berpengalaman
menghasilkan telefilem seperti Sanggul Berdarah, Parut Asyikin,
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Sorok Bau Budu, Sebuah Piala
Seekor Kambing, Vespa Sharif Dol, Asyura dan Olong.
Setiap karya Sabri bukan sahaja dinantikan ramai tetapi turut
menyuntik kritikan sosial terhadap masyarakat Melayu khususnya.
Menonton buah tangan baharu Sabri ini, dapat dilihat filem ini
seimbang dari segala sudut. Tidak berlebih-lebihan dalam
membangunkan setiap watak, Sabri memberikan kritikan sosial
yang halus selapis demi selapis yang tidak sukar untuk difahami.
Menghidupkan watak Doktor Dani yang gagal menyelamatkan
nyawa pesakit dalam satu pembedahan, watak tersebut mula
berkembang apabila dia meletak jawatan dan pulang ke kampung
halaman.
Kisah Dani bertambah rumit apabila dia terpaksa berhadapan
dengan ibunya Mak Siti (lakonan Khatijah Tan) yang tidak dapat

menerima hal tersebut. Keadaan bertambah buruk apabila orang


kampung mula tahu tentang perkara tersebut.
Plot ceritanya nampak mudah tetapi garapan yang dibuat oleh Sabri
terhadap beberapa watak yang ada di sekeliling Dani begitu
terperinci dan penting.
Stigma masyarakat sendiri yang tidak dapat menerima peletakan
jawatan seorang doktor itu juga sebenarnya ditunjukkan secara
terperinci yang menggambarkan situasi sebenar masyarakat
Melayu.
Selain Taufik, pelakon lain yang turut membintangi filem ini terdiri
daripada Fasha Sandha, Amerul Affendi, Sabri Yunus, Yus Edoo,
Raysha Rizrose, Sani Sudin dan Saidi Sabri.
Seimbang
Perkembangan watak Dani sebenarnya turut menarik sama watakwatak lain dalam filem ini. Tentunya watak Dukun Sudin yang
dilakonkan oleh Sabri dan Lepat (Amerul Affendi) tidak kurang
hebatnya.
Amerul tidak pernah menghampakan. Walaupun sekadar watak
pembantu, yang ditunjukkan oleh pelakon ini menghidupkan lagi
filem Dukun Doktor Dani. Menariknya setiap watak yang
dibangunkan seimbang, tidak berlebihan dan sama penting antara
satu sama lain.
Dukun Doktor Dani mengisahkan tentang Dani yang membuat
keputusan untuk tidak lagi menjadi doktor, pulang ke kampung dan
bekerja dengan dukun Sudin.
Dani memilih untuk bekerjasama dengan Dukun Sudin mengubat
penduduk kampung selepas pulang ke kampung. Perkara tersebut

bukan sahaja dihalang oleh ibunya tetapi juga teman wanitanya Dr.
Lily (Fasha Sandha) yang kurang senang dengan hal tersebut.
Keadaan menjadi kalut apabila Dukun Sudin meninggal dunia dan
Dani mengambil alih tempat Dukun Sudin dengan caranya sendiri.
Menariknya yang dikupas mengenai filem ini adalah meskipun ilmu
kedoktoran dan ilmu dukun bertentangan antara satu sama lain, ada
persamaan yang cuba ditunjukkan oleh Sabri.
Pastinya soal kemuliaan hati dan mahu bantu-membantu menjadi isi
terpenting dalam cerita ini.
Dalam realiti kehidupan seharian sekalipun, perbezaan dan
pertentangan itu tetap ada.
Tetapi tidak ada yang mustahil sekiranya mereka membuang
sengketa dan tidak mendengar hasutan pihak lain yang cuba
merosakkan keharmonian itu.
Paling menyentuh perasaan pastinya melihatkan kelibat arwah Yus
yang memegang watak Chot. Ini merupakan filem terakhir
lakonannya sebelum meninggal dunia penghujung tahun lalu.

http://zabidi-morad.blogspot.my/2016/08/dukun-doktor-dani-sarat-kritikansosial.html

Filem Dukun Doktor Dani akan berada di pawagam bermula 28 Julai 2016.
Sebuah filem komedi arahan Sabri Yunus dibawah terbitan Astro Shaw
Sdn Bhd. Membariskan pelakon seperti Fasha Sandha, Amerul Affendi,
Khatijah Tan, Raysha Rizrose dan penyanyi terkenal dari Singapura, Taufik
Batisah.
FILEM : DUKUN DOKTOR DANI
TARIKH TAYANGAN : 28 Julai 2016
GENRE : Komedi
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Astro Shaw Sdn Bhd / Balang Rimbun Produksi Sdn. Bhd
PELAKON : Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Pak Yuss
(Jambu), Raysha Rizroze, Khatijah Ibrahim, Sabri Yunus, Sani Sudin
SINOPSIS DUKUN DOKTOR DANI
Mengisahkan tentang Doktor Dani (Taufik Batisah), seorang doktor muda
yang baru sahaja mendapat kerja di sebuah hospital. Dia yang menjalani
pembedahan pesakit pertamanya teruja dengan pengalaman tersebut.
Tapi malangnya pembedahan tersebut gagal dan pesakit meninggal
dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi
seorang doktor. Tegasnya dia tak mahu jadi pembunuh dan meletakkan
jawatan. Dani pulang ke kampung halamannya dan keputusan tersebut
benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti (Khatijah Tan) yang berhabis
duit membiayai pembelajarannya dahulu. Ibunya begitu marah dan tidak
setuju dengan tindakan Dani dan meminta Doktor Lily (Fasha Sandha)
memujuk semula Dani untuk menjadi doktor semula.

Dani akhirnya ke rumah Dukun Sudin dan melihat sendiri kehidupan


dukun yang tidak terurus. Mereka sepakat untuk bekerjasama selepas itu.
Dia akhirnya berniaga di hadapan rumah Dukun Sudin menjual barangbarang yang diperlukan pesakit yang datang ke rumah tersebut.
Menariknya, khidmat dukun tersebut semakin laris dan mendapat ramai
pelanggan. Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba
meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih tugas sebagai dukun.
Masalah Dani semakin rumit apabila ibunya, Mak Siti pula jatuh sakit.
Sebagai doktor, Dani tahu sakit yang dideritai ibunya. Dia tidak akan
menggunakan cara dukun Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur.
Selepas pemeriksaan doktor, nyatalah ibu Dani menderita sakit yang
sama seperti pesakit yang meninggal dunia di tangannya dahulu. Dani
berperang dengan dilema dan akhirnya dia bersetuju untuk melakukan
pembedahan kepada ibunya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai