Anda di halaman 1dari 5

BAB 2

PENINJAUAN BAHAN-BAHAN BACAAN


Dalam bab ini perbincangan akan ditumpukan kepada hasil kajian
lalu yang membinecingHan ^engaruh persg^^j terhadap kurikulum.
Persepsi-persepsi yang dibincangka^ termasuklah persepsi murid
terhadap mata pelajara^ matematik, persepsi murid terhadap keadaan
pembela jara,a matematik dan persepsi murid terhadap guru matematlk.
Penaaruh Persepsi Terhadap Kurikulum Beberapa kajian menunjukkan
bahawa tinjauan ke atas persepsi murid terhadap suatu kurikulum
dapat memberikan maklumat balik yang penting bagi perlaksanaan suatu
kurikulum. Menurut Sulaiman Daud (1993), semua Jabatan Pendidikan
Negeri sepatutnya menjalankan kajian terperinci mengenai persepsi
murid terhadap pelajaran di negeri masing-masing. Arahan ini
dikeluarkan setelah satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan
Selangor pada tahun 1992. Kajian itu melibatkan 1,200 orang murid
dari 40 buah sekolah sebagai sampel di negeri Selangor. Hasil kajian
ini menunjukkan kira-kira 96 peratus murid bumlputra di negeri itu
tidak bersemangat dalam pelajaran mereka. Di samping itu, 85 peratus
lagi tidak mempunyai kesedaran untuk belajar. Dengan menjalankan
kajian ke atas persepsi murid terhadap suatu pelajaran, maklumat
balik dapat membantu guru mengenalpastikan masalah yang mungkin
wujud dalam perlaksanaan suatu kurikulum.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini minat penyelidik pendidikan
terhadap pemikiran murid tentang suatu kurikulum semakin meningkat.
Menurut Berliner (1976) dan Doyle (1977), kajian persepsi murid
terhadap suatu kurikulum telah dipentingkan berikutan dengan
pengiktirafan pengaruh persepsi murid terhadap pembelajaran dalam
bidang psikologi. Kajian-kajian Meighan (1978) dan Weinstein (1982)
mengenai persepsi murid tentang pembelajaran suatu kurikulum telah
menyentuh persepsi murid terhadap pembelajaran bahasa di sekolah.
Kajian yang dibuat oleh Weinstein (1983) menunjukkan murid
cuba memahami aspek-aspek sosial dan kognitif tentang pembelajaran
mereka. Beliau telah menegaskan bahava adalah penting bagi para
pendidik
untuk
mengetahui
tentang
keadaan
pengajaran
dan
pembelajaran dari perspektif murid. Guru perlu menyedari bahava
murid adalah pentafsir kepada pengajarannya. Kesedaran ini akan
mendorong guru untuk menllai semula cara pengajarannya dengan
berdasarkan persepsi murid jika didapati persepsi murid dapat
inembekalkan maklumat balik yang menasabah.

Per seos 1_tLujdJ_Terhadap

Mata Pelaiaran Matematik


Sebelum
tahun
1988,
iaitu
sebelum
matematik
KBSM
dilaksanakan, matlamat kurikulum matematik dahulu adalah untuk murid
memperolehi kefahaman yang baik dan mendalam tentang konsep
matematik asas dan juga penggunaannya.
Akan tetapi mengikut Ng (1984), telah vujud bukti-buktl yang tidak
langsung bahava matlamat-matlamat KLSM tidak dicapai. Tambahan pula,
pencapaian murid matematik dalam peringkat sekolah menengah atas
didapati tidak memuaskan.
Salah satu kajian yang memberi maklumat
bersabit dengan mata pelajaran matematik ialah

persepsi

murid

kajian Khoo dan Ng (1982) di mana 379 orang murid Tingkatan 4 dan 6
dari lima buah sekolah bandar dl Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan
Melaka telah dijadikan subjek. Dalam kajian itu, didapati antara
murid-murid yang tidak suka matematik, 24% berpendapat pengajaran
kurang balk, 14% berpendapat matematik sangat kompleks serta
mengecevakan dan 28% berpendapat matematik membosankan.
Kurikulum
matematik
KBSM
yang
telah
dirancang
oleh
Pusat
Perkembangan kurikulum adalah hasil pertimbangan kelemahan-kelemahan
dalam sukatan matematik KLSM. Dalam projek kajian tahun 1989 tentang
perlaksanaan matematik KBSM, Nik Azis (1990) telah mengenalpastlkan
persepsi murid sebagai satu komponen responden yang penting. Dalam kajian
itu, pengetahuan tentang persepsi murid dalam perlaksanaan KBSM dianggap
3angat berfaedah. Pengetahuan itu dapat membantu perancangan kurikulum dan
para pendidik membuat penyelesaian yang sewajarnya.
Persepsi Murid Terhadap Keadaan Pembelajaran Matematik
Kebanyakan kajian-kajian di Barat tentang persepsi murid terhadap
keadaan pembelajaran berfokus kepada suasana psikologi. Dalam kajian Moos
(1979) dan Walberg (1976), telah ditunjukkan bahawa persepsi murid tentang
keadaan pembelajaran dan pengajaran banyak mempengaruhi keberkesanan
pembelajaran. Fraser dan Walberg (1981) telah mencadangkan bahawa penilaian
persepsi murid tentang keadaan pembelajaran boleh mendorong kemajuan dalam
keadaan
pembelajaran
dan
seterusnya
kepada
kemajuan
mereka
dalam
pencapaiannya.
Beck (1967) menganggap persepsi murid terhadap keadaan pembelajaran akan
menghasilkan keadaan yang berkesan untuk membantu murid mencapai objektif
kognitif. Menurut beliau, dengan mempertimbangkan persepsi murid terhadap
suasana pembelajaran, keadaan pengajaran dalam bilik darjah dapat
diperbaiki untuk proses pembelajaran. Pertimbangan terhadap persepsi murid
akan merangsang murid untuk mempelajari mata pelajaran yang diajar dengan

keupayaan maksimum.
Di Malaysia, kurikulum matematik sebelum KBSM telah-pun
diadakan pembaharuan. Menurut Frank (1983), kurikulum matematik KLSM
pada tahun lapan puluhan telah banyak mengurarigkan pendekatan

pembelajaran hafalan rumus dan teorem. Ini adalah diharapkan supaya


pembelajaran matematik boleh menjadi lebih menarik dan motivasi
murid untuk mempelajari matematik dapat dipertingkatkan.
Ng (1984) telah mendapati bahawa murid, guru dan ibu bapa di
Malaysia telah terlampau mementingkan peperiksaan. Kegiatan dan
perhatian hanya ditumpu kepada cara membolehkan murid lulus
peperiksaan SRP dan SPM. Guru terpaksa menghabiskan sukatan
pelajaran dan menunjukkan bagaimana soalan peperiksaan dijavab. Cara
pengajaran begini sudah tentu menekankan kepentingan peperiksaan dan
hafalan. Kajian Lim (1982) atas 770 orang murid di sekolah-sekolah
bandar di Selangor menunjukkan bahawa murid-murid paling "takut
gagal dalam peperiksaan". Leong (1982) mengkaji 540 orang murid di
Kuala
Langat.
Didapati
91%
murid
itu
berpendapat
bahawa
tanggungjawab terbesar sekolah adalah untuk menolong murid lulus
dalam peperiksaan. Dalam kajian Ng (1984), 55.5% daripada murid di
bawah kajian memerihalkan matematik dari segi pembelajaran faktafakta, manakala 20% adalah dari segi taakulan dan penyelesaikan
masalah. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa matlamat dasar
kurikulum Kementerian Pendidikan sentiasa berubah dari semasa ke
semasa
tetapi
persepsi,
sikap,
penagajaran
dan
pembelajaran
matematik masih tidak berubah.

RUJUKAN
BTRLIOGRAf^.
Allen, G. R. (197^;.. 7he students' guide to theses and " d 1 gs^gtatiQHS
San Francisco: Jossey-Bass.
Ansyar , M. (1982 ). A study of teacher_and_students
perception of existing curriculum and recommended
currlcvlun goals and practices_inWest Sumatra.

Indonesia

Ann Arbor: University Microfilms International.

Apstf&flV D. P. (1968). Educational nsvchologv: a


York: Holt, Rinehart and Winston.

cognitive

view. New

Beck, W. R. (1967). Pupil's perceptions of teacher merit: a factor analysis


of five postulated dimensions. Journal of Educational Research. 61: 127128.
Berger, E. H. (1981). Parents as partners In_education;
the school and home working together- st. Louis: The C. V. Mosby.
Berliner, D. C. (1976). Impediments to the study of teacher effectiveness.
Journal of Teacher Education. 27: 5-13.

Bishop, A. J. and Nickson, M. (1983). A review of


research_in_matematical education: reseach_on the
social context of mathematics education. New Jersey: Nfer-Nelson.
Borg, W. R., & Gall, M. D. (1971). Education research: an introduction. New
York: David McKay.
Coleman, J. S. (1982). High school achelvement. New York: Basic Books.
Crow and Crow (1983). Pslkologl pendldlkan. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Doyle (1977). A
Review. Vol. 30.

pupil's

eyeview

of

teaching

performance.

Educational

FeniLem.a, E. (1977 ). Sex-related differences in mathematics achievement,


spatial visualisation and affective factors.
American Educational
Research Journal. 14:
-----Chiu Kam Choon (1994). Persepsi murid Sekolah Menengah Seri Gombak Terhadap
Matematik KBSM. Fakulti Pendidikan university Malaya. 10-14.

Anda mungkin juga menyukai