Anda di halaman 1dari 2

Zaharyl Faizal bin Zainal (SALINAN POLIS /PENGADU)

20 Jalan Tiong Taman Berjaya


14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan. 017-5303487
___________________________________________________________________________________
Ketua Polis Balai Nibong Tebal
14200 Sungai Jawi
Seberang Perai Selatan.

Melalui;
OCPD Tuan Shafie,
IPD Jawi Nibong Tebal 14 APRIL 2020

Tuan OCPD/ OCS,

MEMOHON KEBENARAN BAGI URUSAN PENGAMBILAN DAN SERAHAN ANAK DI LUAR KAWASAN
MELEBIHI 10 KM SEPANJANG TEMPOH PKPD FASA 3.

Saya seperti nama di atas memohon kebenaran daripada pihak polis untuk mengambil anak saya
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dianggarkan sejauh 30KM.

2. Untuk makluman tuan, saya telah mendapat satu perintah mahkamah untuk mengambil anak saya
yang bernama Farzana Haseena binti Zaharyl Faizal pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai seperti
yang termaktub dalam perenggan perintah tersebut. (LAMPIRAN PERINTAH MAHKAMAH DISERTAKAN)

3. Saya juga telah mendapat hak penjagaan sementara ke atas anak tersebut yang beralamat 1716
Permatang Binjai 13100 Penaga dan proses ulang alik melibatkan 3 hari 2 malam untuk dibawa pulang
semula ke rumah saya beralamat 20 Jalan Tiong Taman Berjaya 14300 Nibong Tebal dan seterusnya
diserahkan semula kepada bekas isteri selepas tempoh tersebut.

4. Saya memohon kepada pihak tuan supaya saya diberikan kebenaran pelepasan oleh pihak polis atau
tentera untuk mengambil serta menyerahkan anak tersebut sekiranya terdapat sekatan jalanraya di
mana-mana lokasi yang berkenaan. Sepanjang tempoh tersebut, saya cuma mengambil dan
menurunkan anak saya sahaja ke dalam kereta tanpa singgah ke mana-mana selain dari lokasi dalam
tempoh tersebut untuk mengelakkan wabak coronavirus ini berjangkit dari orang lain serta memakai
penutup muka.

5. Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama pihak tuan dalam tempoh PKPD ini
bagi urusan hak penjagaan sementara anak saya oleh pihak mahkamah.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,


(ZAHARYL FAIZAL BIN ZAINAL ) No. KP 780928-08-5647

Anda mungkin juga menyukai