Anda di halaman 1dari 3

RAMBUT GUGUR

Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya


Sayangi rambut anda, rambut adalah mahkota kepada kita semua. Sekiranya
anda mengalami masalah rambut, dapatkan panduan dan penyelesaian yang
berguna bagi menyelamatkan mahkota anda. Dapatkan tips dan panduan
merawat dan menjaga rambut anda disini.
Ok lah, apa yang saya jumpa nak kongsi kat sini, supaya kakak-kakak dan abangabang selamat daripada gejala keguguran rambut ini.

Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya


Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya
Berikut adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di
kalangan lelaki & wanita:
1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan
rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka.
Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya.
Kesannya, rambut gugur terjadi.
2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita).
Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah
rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku.
Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan
kepada rambut gugur.
3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah

rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan
alami masalah yang sama.
4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah
aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh
menjadi penyebab kepada rambut gugur.
5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.
6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati
ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan
yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang
untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam
badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Cara / Petua Merawat keguguran rambut
Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya
untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan
rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi
mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda.
Perapkan rambut anda dengan tuala untuk jam. Biarkan ia berminyak dan
meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga
bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam.
Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat
semulajadi.
Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil
bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit
kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci
rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak
mengapa. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke
bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Petua 4: Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok
litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian
campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan
bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci.
Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Petua 5: Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah
kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan
tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua
ini 4 kali seminggu.
Petua 6: Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak

secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian,
bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.
Petua 7: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya.
Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas
kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat
dan hitam semulajadi.
Petua 8: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil
airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan
selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.
Petua 9: Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu
madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut.
Balut kepala dengan plastik atau guna shower cap dan biarkan selama 15 minit
dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

Anda mungkin juga menyukai