Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA :

PROJEK BACATHON SMKR 2011


1 FEBRUARI 30 APRIL 2011
Anjuran PIBG SMK Rahmat.
Tema: Bacathon Menjayakan Transformasi Pendidikan.
1. RASIONAL
SMK Rahmat merupakan sebuah sekolah harian luar bandar yang besar dengan kapasiti murid
seramai 1,302 orang sudah tentu memerlukan biaya besar untuk mengupayakannya menjadi salah
sebuah sekolah cemerlang di negeri Melaka menjelang 2013. Sekolah ini harus bersedia dari
pelbagai segi untuk melonjakkan dirinya dalam arus transformasi pendidikan berkualiti. Aspek
kemudahan dan prasarana pengajaran pembelajaran, aspek keilmuan, inovasi, kebajikan dan
keselamatan adalah menjadi fokus utama kami. Murid DiDahulukan, Akademik DiUtamakan
adalah slogan pegangan kami warga SMK Rahmat. Segala persediaan yang dirancang kearah
melahirkan modal insan berkualiti di sekolah ini amat memerlukan sokongan moral dan
sumbangan dana secukupnya . Justeru diilhamkan projek Bacathon ini untuk mengumpul dana
kewangan bagi menjayakan transformasi pendidikan di sekolah ini. Projek ini akan melibatkan
penyertaan semua murid, guru-guru, ibubapa, staf sokongan, masyarakat setempat, pemimpin
politik, orang perseorangan, dermawan, peniaga, agensi swasta, NGO dan agensi kerajaan secara
sukarela.
2. MATLAMAT
Matlamat Projek Bacathon ini untuk mengumpulkan dana kewangan dari pelbagai pihak secara
muafakat dan ikhlas ke arah menjayakan proses transformasi sekolah.
3. OBJEKTIF KHUSUS
3.1 Menambah pelbagai bahan bacaan dan rujukan bercetak atau media elektronik di
perpustakaan sekolah. RM20,000.00
3.2 Membeli buku-buku khusus untuk murid menghadapi peperiksaan dan penilaian
berasaskan sekolah.
3.3 Menaiktaraf tapak perhimpunan dimana program membaca setiap pagi dijalankan.
3.4 Membina balai-balai bacaan yang selesa untuk aktiviti membaca.
3.5 Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid.
4. TEMPOH PROJEK 1 Februari hingga 30 April 2011 (tertakluk kepada pindaan)

5. KUMPULAN SASARAN : 1. Ibubapa


2. Guru-guru
3. Pemimpin politik
4. Masyarakat setempat
5. Orang perseorangan
6. Agensi Kerajaan

7. Agensi swasta / NGO

6. KAEDAH PELAKSANAAN
1. Setiap murid akan diberikan sekeping kad bacathon dan diminta menyerahkan
kepada ibubapa masing-masing untuk mencari sponsor minimum sebanyak RM30.00
dan maksimum tiada had ditetapkan.
2. Guru-guru dan semua AJK PIBG diberi kad bacathon dan diminta mencari sponsor
minimum RM200.00 dan maksimum tiada had ditetapkan.
3. Semua staf sokongan sekolah diberikan kad bacathon dan diminta mencari sponsor
minimum RM100.00 dan maksimum tiada had ditetapkan.
4. Kad-kad bacathon juga akan diedarkan kepada semua sekolah di negeri Melaka sama
ada secara pos (disertakan sampul surat berstem dan beralamat sekolah) atau oleh
jawatankuasa dilantik.
5. Kad-kad bacathon juga akan di edarkan ke agensi-agensi kerajaan dan swasta di
kawasan setempat melalui jawatankuasa dilantik.
6. Kad-kad juga akan diedarkan kepada semua peniaga di kawasan Masjid Tanah dan
Alor Gajah.
7. Kad-kad juga akan diedarkan kepada pemimpin politik, dermawan, JKKK, individu
berpengaruh dan suka menabur bakti.
8. Derma boleh berbentuk wang tunai, kiriman wang atau cek atas nama Bendahari
PIBG SMK Rahmat.
9. Kehilangan kad akan dikenakan denda bayaran sebanyak RM30.00.
7. ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Menambah pelbagai bahan bacaan dan rujukan bercetak atau media elektronik di
perpustakaan sekolah. RM20,000.00
7.2 Membeli buku-buku khusus untuk murid menghadapi peperiksaan dan penilaian
berasaskan sekolah. RM 10,000.00
7.3 Menaiktaraf tapak perhimpunan dimana program membaca setiap pagi dijalankan.
RM 50,000.00
7.4 Membina balai-balai bacaan yang selesa untuk aktiviti membaca. RM 30,000.00
7.5 Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid. RM 20,000.00
8. INSENTIF GALAKAN
Hadiah akan disediakan bagi sesiapa yang berjaya mencari sponsor /kutipan yang tinggi
merangkumi individu, kelas atau kumpulan. Hadiah-hadiah insentif akan diperincikan kemudian
berdasar kutipan terkumpul.
9. SASARAN KUTIPAN DANA BACATHON
Bil
1.
2.
3.

Kumpulan Sasaran
Murid-murid
Guru-guru
Staf sokongan

Pungutan RM
1,300 x RM 40.00
100 x RM 200.00
25 x RM 100.00

Jumlah RM
RM 52,000.00
RM 20,000.00
RM 2,500.00

4
5.
6.
7.
8
9.
10.
11.
12.
13.
14.

AJK PIBG
Sekolah-sekolah
Agensi Kerajaan
Agensi swasta /NGO
Sumbangan YB DUN K Linggi
YB Kawasan
Sumbangan Penaung
Kerajaan Negeri Melaka
Bekas Murid SMKR
JKKK
Lain-lain

8 x RM 100
100 x RM 100.00
20 x RM 100.00
100 x RM 100.00
1 x RM 5,000.00
5 x RM 1,000.00
1 x RM 5,000.00
1 x RM 3,000.00
100 x RM 100.00
25 x RM 100.00
50 x RM 50.00
JUMLAH

RM 800.00
RM 10,000.00
RM 2,000.00
RM 10,000.00
RM 5,000.00
RM 5,000.00
RM 5,000.00
RM 3,000.00
RM 10,000.00
RM 2,500.00
RM 2,500.00
RM 130,300.00

10. MAJLIS PELANCARAN BACATHON


Majlis Pelancaran Bacathon akan dijalankan di sekolah pada 1 Februari 2011 oleh Penaung
Projek Bacathon.
11. PENAUNG
Mesyuarat AJK PIBG mencadangkan KETUA MENTERI MELAKA YAB DATUK SERI ALI
BIN HJ RUSTAM sebagai PENAUNG PERTAMA, dan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri ,
Dato`Abu Seman Bin Yusop merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah sebagai Penaung Kedua,
Projek Bacathon 2011.
12. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung
Pengerusi
Bersama

: YB Dato` Abu Seman Bin Yusop


Timbalan Menteri Dalam Negeri / Ahli Parlimen Masjid Tanah
: YB Datuk Ar. Hj.Ismail Bin Othman
ADUN Kuala Linggi / YDP PIBG SMK Rahmat
: Hj.Zulkapli Bin Othman
Pengetua SMK Rahmat

Timb.Pengerusi : Tn.Hj.Akmal Bin Abdullah Naib YDP PIBG


: En.Azmi Bin Kasim
Naib Pengerusi : Pn.Rahmah Seleman
: En.Hasan Mat Shah
: Pn.Siti Jalilah Sharib
Setiausaha
: En.Mohamad Sukor Yusop
Timb.S/U
: Pn.Salmah Md. Ali
Bendahari

: Pn.Tan Chan Fa
: Pn.Linda Minhat

AJK

: En.Maarop Ithnin
Pn.Fatimah Sidek
Pn.Mazlina Mohamad
En.Abu Zakiah Ab Jaffar
Pn.Norrulhuda Abd Samat
En.Zaidi Hamzah
En.Jamil Hashim
Pn. Asiah binti Ahmad
En.Mustapah Mulop
En.Shukri Idris

13. JURU AUDIT AWAM


Jawatankuasa akan melantik Juruaudit Awam Bertauliah bagi menguruskan akaun Bacathon 2011
nanti.
14. PERMIT / KEBENARAN
Kebenaran permit polis akan dipohon terlebih dahulu di IPD Alor Gajah dan tempoh kebenaran
permit selama 3 bulan. Jika perlu permohon tambahan setiap bulan akan dibuat.
15. PENUTUP
Semoga Projek Bacathon ini mendapat sokongan semua pihak dan dapat dilaksanakan seperti
yang dirancangkan. Dana yang terkumpul akan digunakan sepenuhnya untuk mengupayakan ilmu
pengetahuan murid dan menjayakan program-program kecemerlangan khususnya terhadap usaha
menyuburkan budaya membaca. Setiap pagi, seawal 6.30 pagi murid-murid telah berkumpul di
dataran perhimpunan untuk membaca buku selaras dengan slogan Bangsa Membaca, Bangsa
Berjaya yang diterapkan oleh kepimpinan sekolah ini. Namun dataran ini perlu dinaiktaraf demi
keselesaan murid membaca ; bahan-bahan bacaan berkualiti mesti diperbanyakkan seiring
keperluan semasa ; kemudahan-kemudahan pembelajaran berkualiti perlu ditambah demi
melahirkan murid cemerlang ; program-program untuk mencanai minda kreatif dan inovasi mesti
dijayakan segera semua ini dapat direalisasikan melalui dana Bacathon yang kita sumbangkan
bersama-sama secara ikhlas. Hulurkanlah sumbangan anda sekarang dan marilah kita bersamasama menjayakan niat murni ini.
Disediakan oleh

Disahkan oleh

Disahkan oleh

..................................
Setiausaha PIBG SMKR

.................................
Pengetua SMKR

................................
YDP PIBG SMKR

JADUAL KERJA AWAL PROJEK BACATHON SMKR 2011


TARIKH
Oktober 2010

SKOP KERJA / PEGAWAI


Mengumpul maklumat dan
membuat kertas kerja .
Membentuk JK Pelaksana.
(Cikgu Azmi Kasim)

TUGASANNYA
Mencari contoh kertas kerja dan berbincang
dengan rakan sekolah lain yang pernah
melaksana projek mengumpul dana.
Membuat contoh-contoh surat.
Mengambil borang permit di IPD A.Gajah.
Memahami prosedur berkaitannya.
Menyediakan senarai semak tugasan.

1 Nov.2010

Mesyuarat JK Pelaksana
Bacathon.
(cikgu Azmi Kasim)

Membentangkan kertas kerja/ memurnikan.


Menerangkan prosedur yg perlu dipatuhi.
Membuat agihan tugas awal
Menetapkan tarikh / sasaran/ penaung.
Membentuk JK Kerja Bacathon.
Membincang skim galakan.

Nov.2010

Memohon Permit dan


kebenaran JPM.
(Setiausaha / En.Abu Zakiah/
Pn.Salmah Md.Ali /En.Maarop/
En.Shukri/ Pn.Mazlina/
En.Zaidi)

Surat kepada Pengarah JPM.(Unit


Perhubungan Tn.Hj.Zubir)
Surat kepada IPD A.Gajah untuk mohon
permit dan lampiran 11 perkara iaitu :
1. Borang permohonan lesen
2. Surat rasmi permohonan sekolah
3. Surat kebenaran JPM
4. Sijil Akta Pertubuhan PIBG
5. Satu salinan perlembagaan PIBG
6. Senarai nama AJK PIBG
7. Senarai nama murid pemungut
Bacathon.
8. Senarai nama ibubapa/penjaga murid
bawah 16 tahun
9. Minit Mesyuarat PIBG meluluskan
Bacathon.
10. Contoh kad Bacathon.
11. Kertas Kerja Bacathon SMKR 2011.

Mesyuarat AJK PIBG untuk


Bacathon.
(S/U PIBG)

Membentangkan kertas kerja dan meluluskan


sebulat suara.
Membuat agihan tugas berkaitan.
Meluluskan penaung.
Membincangkan skim galakan.
Membincang majlis pelancaran.

Mencetak kad Bacathon


sebanyak 2000 kad.
(En.Jamil)

Dapatkan makluman drpd IPD A.Gajah iaitu


sebaik dimaklumkan borang permohonan
permit telah dihantar ke Bukit Aman.

11 Nov.2010

Dis.2010

Januari 2011

Mesyuarat JK Kerja Bacathon 1


Mesyuarat JK Kerja Bacathon 2
(Setiausaha dan semua
jawatankuasa kerja)

Membentangkan tugasan setiap jawatankuasa


bersama senarai semak tugasan/ time frame
Menerangkan konsep pelaksanaan.
Membincangkan majlis pelancaran.
Semua urusan surat disiapkan.

Januari 2011

Permit diluluskan.
Memohon ke IPK Melaka
(Bhg.Pelesenan Ting.4) untuk
cop semua kad bacathon.
(En.Jamil, Pn.Huda)

Hubungi IPK - surat permohonan bawa


semua kad bacathon bawa 4 murid untuk
bantu cop di IPK.

Januari 2011

Mesyuarat AJK PIBG Bacathon


(S/U PIBG)

Memantau semua aspek projek Bacathon


sebelum majlis pelancaran.

1 Feb.2011

Majlis Pelancaran Bacathon


2011 di SMKR jam 8.00 pagi.
(Pn.Fatimah Sidek, En.Mustapa
dan semua JK Kerja)

Menguruskan semua aspek majlis pelancaran


Kutipan bacathon spontan drpd warga majlis.
Gimik pelancaran.

Feb, Mac,
April

Kutipan bacathon berjalan 3


bulan.
(semua guru, staf, murid dan JK
Kerja, Bendahari)

JK terlibat bergerak keluar untuk kumpul


sumbangan.
JK Kutipan memantau kutipan bacathon.
Kempen dan publisiti digerakkan berterusan.
Bendahari merekodkan kutipan.
Mempamerkan angka kutipan setiap hari dan
skim galakkan di papan khas seperti kelas
tertinggi kutipan, murid / guru tertinggi
kutipan dll.

Mesyuarat JK Kerja dijalankan


mengikut keperluan/ berfokus.
Memperbaharui permit setiap
bulan.
(Setiausaha)
Mei 2011

Mesyuarat AJK PIBG dan JK


Kerja Terakhir / Post mortem

Membincangkan dana terkumpul .


Membincangkan skim galakkan.
Membuat post mortem laporan.

Mei 2011

Majlis Penutup Bacathon

Menyampaikan skim galakkan.


Surat-surat penghargaan dan terima kasih.

SENARAI SEMAK KERJA


PROJEK BACATHON 2011
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.

PERKARA / TUGASAN JK
Kertas kerja
Mesyuarat JK Pelaksana 1
Mesyuarat JK Pelaksana 2
Borang permit dilengkapkan
Kad Bacathon dicetak
Surat Kebenaran JPM
Surat Penaung
Mesyuarat Ajk PIBG 1
Mesyuarat AJK PIBG 2
Sijil Akta Pertubuhan ( PIBG)
Perlembagaan PIBG
Senarai nama murid dan ibubapa
Mesyuarat JK Kerja 1
Mesyuarat JK Kerja 2
Mesyuarat JK Kerja 3
Cop kad bacathon di IPK Melaka
Surat jemputan pelancaran
Majlis Pelancaran
Surat kebenaran mengutip wang
Borang-borang rekod kutipan bacathon
Publisiti / hebahan
Surat dan borang akuan menerima kad
bacathon oleh ibubapa
Surat penghargaan / terima kasih
Mesyuarat post mortem

TARIKH MULA

TARIKH SIAP

Anda mungkin juga menyukai