Anda di halaman 1dari 2

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Filed under: Hadist-hadist Rasulullah, Islam & Ilmu Pengetahuan 1 Komentar


21 Juni 2010
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, Aku sedang duduk bersila di dalam rumah.
Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera
bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda
masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri,
wahai Ummul Mukminin. Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di
pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka
terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini
sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya. Maka aku
menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, Apakah sebabnya sehingga engkau menangis
wahai Ummul Mukminin? Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W
bertanya, Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat? Kataku, Tunjukkan wahai
Rasulullah!
Rasulullah S.A.W berkata, Engkaulah katakan!, Jawab Aisyah r.a : Tidak ada keadaan lebih
hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama
bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya
pula mengatakan: Aduhai anak!
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat
daripada itu? Jawab Aisyah r.a : Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia
diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya
kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka
menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya. Rasulullah S.A.W
bertanya lagi, Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu? Jawab Aisyah, Hanya Allah dan
Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat
ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah
cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi
para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara
yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata
roh, Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut. Dan apabila

air disiram maka akan berkata mayat, Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah
engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk
kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh, Dan jika merea memandikan, maka berkata
roh: Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat
sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya
sudah diikat, maka mayat memanggil, Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau
kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan
kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku
dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat.
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku
akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan
kembali untuk selama-lamanya.
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, Demi Allah, wahai
jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku
dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga
hari kiamat.

Anda mungkin juga menyukai