Anda di halaman 1dari 4

pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar

mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang
sebegini akan diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan
berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di negara ini. Walaupun cara ini
merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT)
tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi
kesan yang besar kepada IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS).
Para pelajar tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja
mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar negara menjadi
pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga,
IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa
kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPTS yang bersaiz kecil.
Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet.
Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa
Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris
sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga,
sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu
dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa
kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan
bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat
pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi
jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan objektif asal pendidikan
akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan
mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak
diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada
mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan
pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.

utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup
dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara
umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang
lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan
meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para
pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan
melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan
universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan
meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti
bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal
ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan
masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan
bahasa Melayu akan terbantut.
Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat

membuat tanggapan

negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis
pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat
meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja
salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat
pelajar untuk mengikuti PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional
kepada sekolah teknik dan vokasional. Di

mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai


kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan
sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran
mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak
kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah
cerah. (Sufean Hussein (1996).
Menurut Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan negara
lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan
cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan
menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan
cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat,
namun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk
menghadapi situasi ini. Para pelajar sudah tentu akan memilih universiti luar yang
terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal inilah yang berlaku dalam realiti sebenar
apabila graduan IPT diluar negara menjadi graduan kelas kedua. Contoh yang ada
sekarang jelas menunjukkan kemahiran yang ada pada mereka digunakan untuk
tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan duit orang lain ke dalam akaun
sendiri dan berbagai-bagai lagi. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat dalam
konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan
perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa. Penganjakan paradigma ini
berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu sendiri.
Sebagai contoh, di dalam petikan rencana Pendidikan Sebagai Satu Industri dalam
Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, Selepas kemerdekaan sistem
pendidikan negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk
menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita
berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru
dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat.
Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia
dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada
menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita
perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena

globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai


perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Tumpuan yang
keterlaluan pada salah satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika
Malaysia ingin menjadi negara industri yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai
keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas yang kukuh serta pengaliran
pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai