Anda di halaman 1dari 31

PENGURUSAN

PENDIDIKAN

DG NORIZAH AG KIFLEE@DZULKIFLI (PhD)


Fakulti Psikologi Dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah
Lectures, e-learning, Project-based learning, presentation,
assessment of assignment and final examination

Lectures: 7 times of lecture.

Assignment (30%)

Projects (40%)

Examination (30%)
The assessment for this course will be based on the following:
Component Weight

Assignment (Individual) 30%

Project (Group) 30% (10% presentation)

Final Examination 30%

Total 100%
Objektif

• Mentelaah pengurusan pendidikan dilihat dari perspektif


atau isu-isu falsafah, sejarah, teori, model (metodologi).
Perspektif Pengurusan Pendidikan
• Isu Falsafah
• Apakah pengurusan?
• Apakah pendidikan?
• Mengapa pendidikan perlu diurus?
• Isu sejarah
• Mengapa sejarah?
• Isu Teori
• Apakah teori-teori pengurusan?
• Isu Model
• Apakah bentuk model-model pengurusan pendidikan?
• Isu Trend
• Kemanakah halatuju pengurusan pendidikan di Malaysia?
Isu Falsafah

BUT ?
Kita berada di sini Kita hendak berada di sana!
WHAT IS OVER THERE?
WHY WE WANT TO BE THERE?
HOW ARE WE GOING TO BE THERE?
WHEN DO WE WANT TO BE THERE?

Sesuatu yang tidak/ belum diketahui itu adalah


menakutkan/ membimbangkan/ mencemaskan.
WHAT IS OVER THERE?
“There” itu mungkin …
• suatu nilai qualiti (eg., misi, visi atau matlamat
pendidikan negara atau keberkesanan
pengajaran-pembelajaran yang meningkat atau
mendapat ijazah kesarjanaan? dll.)

• Kualiti yang dipiawaikan mengikut citrasa


individu/ masyarakat/ organisasi/ negara/ global.

• Untuk mencapai matlamat diperlukan satu bentuk


pengurusan (again bergantung secara individu/
masyarakat dsb.).
So, apa itu pengurusan pendidikan
• Of course laaa
• Pengurusan campur pendidikan.

• Oleh itu mari kita lihat apa itu pengurusan dan apa pula
pendidikan, dan kita rumuskan apa itu pengurusan
pendidikan.
Dua pandangan mengenai
pengurusan?
• Secara tradisional:
• McNamara (1999), “Refers to the set of activities, and often the
group of people, involved in four general functions (planning,
organizing, leading and coordinating activities)”.

• Secara moden:
• Establishing and communicating the visions and goals, and guiding
others to accomplish them. Therefore the focus or emphasis is
more on leadership skills. Leadership must be more facilitative,
participative and empowering in how visions and goals are
established and carried out (McNamara, 1999).
• The process of optimizing human, material, and financial
contributions for the achievement of organizational goals (Pears &
Robinson, 1989)
Apa itu pendidikan?
• Secara tradisional: sebagai usaha untuk menturun
temurunkan nilai-nilai budaya. Menurut Syed Muhammad
Naquib al-Attas, 1978, “…adab yang dititis dan disemai
secara bertahap dalam diri manusia”

• Secara moden: Menurut Falsafah Pendidikan Negara


(1990) Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berteruskan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Menurut
Longman Dictionary of Contemporary English (1996),
“Education is the process by which a person’s mind and
character are developed through teaching”.
Konsep pendidikan & mengurus

Mengurus P & P
agar pelajar mampu
belajar dgn baik
Mengoptimum pembelajaran
Oleh itu …
• Pengurusan pendidikan
• Kemahiran yang dimiliki oleh pendidik dalam merancang,
menyusun, memimpin dan mengatur pelbagai aktiviti agar
pembelajaran yang optimum tercapai.
Mengapa Pendidikan itu diurus?
• Sistem pendidikan adalah bersifat hirarkikal (multi-aras) dalam
perjawatan baik diperingkat KPM, JPN, PPD dan sekolah.
• Prinsip mengurus melibatkan merancang, mengelola, motivasi dan
pengawasan (Ibrahim, 2001).
• Pelbagai sumber di sekolah dilibatkan dalam proses pengajaran &
pembelajaran.
• Diperingkat kebangsaan, pendidikan mempunyai Misi dan Visi yang
jelas. Misi & Visi perlu ditakrifkan secara operasional oleh Pendidik
dalam bentuk pelbagai aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik
darjah.
• Pelajar adalah pelanggan yang memiliki citarasa yang tersendiri.
• Ibubapa, Majikan dan KPM pula merupakan stakeholders yang
menanamkan modal dalam industri pendidikan.
• Terjadinya ledakan maklumat sehingga ilmu pengetahuan
berkembang dengan cepat, dan mudah dicapai oleh Pelajar.
Pemilihan dan mereka bentuk isi pelajaran perlu disusun, dikelola
dan dinilai secara objektif.
Isu sejarah
• Mengapa sejarah?
• Sejarah senantiasa berulang ….

• tidakkah kita pelajari dari “pengalaman” yang


terakam dalam lipatan sejarah hidup?

• Oleh itu sejarah membolehkan manusia …

• Mentelaah masa silam, memahami masa kini


bagi merancang masa depan!
Rasionalnya…
• Sejarah dilihat dari dua perspektif yang berbeza,
tetapi bertemu pada satu titik dalam ruang masa
yang sama.

• Pertama kita merenung sejenak sejarah


pendidikan di Malaysia. Kedua kita lihat pula
perkembangan sejarah pengurusan. Seterusnya
kita dapat memahami bahawa sistem pendidikan
di Malaysia tidak wujud dalam vakum, tetapi
dipengaruhi oleh berbagai ideologi barat dan
Islam.
Sejarah ringkas pendidikan…
• Banyak catitan sejarah pendidikan di Malaysia dihasilkan
oleh penulis-penulis seperti Shahril @ Charil (1999) dan
Sufean Hussein (2000) dll.
• Lazimnya sejarah pendidikan dibahagikan kepada beberapa
period/ tempoh. Shahril @ Charil, (1999) membahagi kepada
5 period iaitu;
• Period pertama (1784 – 1941) < PD 2
• Period kedua (1946 – 1957) > PD2
• Period ketiga (1957 – 1969) > Merdeka
• Period keempat (1970 – 1979) > Reformasi Pendidikan
• Period kelima (selepas 1979) > Falsafah Pendidikan
Negara
• Setiap period ini mencatat peristiwa penting bersabit dengan
pendidikan di Malaysia.
Sejarah Ringkas … sambung
• Penjajahan British selama kira-kira 300 tahun, berkiblatkan
Barat - lebih kemas dan sistematik sehingga mampu menelan
pendidikan pondok dan madrasah yang wujud jauh sebelum
kedatangan British di Tanah Melayu.
• Penjajah British memperkenalkan sistem pendidikan
vernakular Cina dan Tamil di samping sekolah Melayu dan
Inggeris.
• Sistem pendidikan vernakular sebegini membolehkan British
terus mengekang tahap pemikiran penduduk tanah melayu
melalui dasar divide and rule.
• Sistem pentadbiran pendidikan selama 300 tahun didominasi
oleh prinsip-prinsip pentadbiran British dan sebahagiannya
masih diamalkan sehingga ke hari ini.
• Sebagai contoh, masih wujudnya sekolah-sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina dan Tamil) di samping sistem pentadbiran
pendidikan yang bersifat memusat (centralized).
Sejarah ringkas 3 teori pengurusan
dan peranan mengurus
• 1890 – 1940: Teori Pengurusan Saintifik (TPS)
• 1930 – 1950: Teori Pengurusan Birokratik
• 1930 – hingga kini: Gerakan Hubungan Manusia
(GHM).
Analisis sejarah Pend & Pengurusan di
Malaysia
• Analisis memperlihatkan bahawa pada period kedua (1946 – 1957)
ketika itu British sedang menggubal agenda kemerdekaan bagi
Malaysia, bertembung dengan tahap kematangan amalan
pengurusan Teori Pengurusan Birokrasi/ Pentadbiran di Amerika
Syarikat & Eropah.
• Dalam penggubalan Laporan Penyata Razak (1956) di mana
kerajaan merancang untuk melaksanakan berbagai peruntukan dan
peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran tahun 1957.
• Format tertubuhnya organisasi Kementerian Pelajaran adalah selaras
dengan idea struktur yang bersifat hirarkikal, dan penggubalan Akta
Pelajaran 1961 yang menetapkan peruntukan dan peraturan untuk
mengurus pendidikan di Malaysia di bawah satu kuasa pusat.
• Walau sudah lebih dari 40 tahun model TPB ini masih kukuh bertapak
dalam sistem pendidikan. Namun demikian, terlihat adanya tanda-
tanda GHM mula diterapkan dalam banyak dasar yang dibuat akhir-
akhir ini seperti perubahan sistem gaji dan upah.
Isu apakah teori-teori pengurusan?
• Hannagan (1995) memperincikan teori-teori
pengurusan seperti berikut:
1.Teori Pengurusan Saintifik (1800 – 1914) oleh Adam
Smith, Babbage, Towne, Taylor
2.Teori Pengurusan Pentadbiran/ Birokratik (1900 – 1925)
oleh Fayol, Weber
3.Teori Pengurusan Sistem:
Pengurusan operasi
Pengurusan sistem (1940+)
4.Teori Kontigensi
Teori Pengurusan pragmatik – situasi (1980+)
5.Seni Mengurus
Budaya organisasi – sintesis – integrasi (1980+)
Teori Pengurusan Saintifik
• 1890 – 1940: Teori Pengurusan Saintifik (TPS) yang
diasaskan oleh Frederick Taylor.
• Fokus diberi kepada fungsi & pengurusan organisasi dan
industri yang besar.
• Berpunca dari revolusi industri. Pengkaedahan saintifik
digunakan untuk mengukur spesifikasi tugas organisasi.
Segala tugas dipiawaikan.
• Pekerja diberi ganjaran atau dihukum.
• Pendekatan sebegini sesuai untuk organisasi yang
menghasilkan produk dan aktiviti-aktiviti rutin dan bersifat
mekanistik.
• Pantau, kaji, masa pekerja yang terbaik sebagai piawaian
• Melatih pekerja lain ke tahap yang piawai
• Membawa perubahan2 seperti kadar bayaran yang berbeza
agar produktiviti bertambah
Teori Pengurusan Birokratik/
Pentadbiran (Fayol)
• 1930 – 1950: Teori Pengurusan Birokratik (TPB) yang
diasaskan hampir serentak oleh Henri Fayol di Amerika
Syarikat dan Max Weber di Jerman. Fokus diberi pada
pembahagian organisasi secara hirarki, mengukuhkan
autoriti dan kawalan.
• Fayol membahagi pengoperasian organisasi kepada unit-
unit yg disebut sebagai (i) technical (ii) commercial (iii)
financial (iv) security (v) accounting & (vi) managerial.
• Fokus utama pengurusan tertumpu kepada
(a) Perancangan – tindakan organisasi mencapai matlamat
(b) Pengelolaan – memastikan persediaan dan kordinasi bahan dan
sumber manusia bagi melaksana rancangan
(c) Pengarahan – menyediakan arah hala tuju kepada pekerja
(d) Pengkordinasian dan
(e) Kawalan – memantau rancangan dan memastikan ianya tercapai.
Teori Pengurusan Birokratik/
Pentadbiran (Weber)
• Max Weber pula lebih tertumpu kepada struktur
organisasi, atau birokrasi yang bercirikan:
• a clear definition of authority and responsibilities;
• chain of command;
• selection based on qualifications, training and examination;
• appointed officials working for fixed salaries;
• strict rules, disciplines and controls
• Birokrasi yang dibina bertujuan agar organisasi lebih
mantap dan tekal.
• Model ini banyak mempengaruhi syarikat 2 tempatan dan
multinasional yang besar selama lebih dari 100 tahun.
• Weber mencadangkan agar setiap organisasi membina
prosedur-prosedur pengoperasian yang komprehensif dan
piawai untuk semua bentuk tugas yang rutin.
Gerakan Hubungan Manusia (GHM)
• 1930 – hingga kini: Gerakan Hubungan Manusia (GHM).
Dalam dua teori di atas aspek insan atau manusia
diketepikan.
• Oleh itu persatuan sekerja dan kerajaan menentang
amalan tersebut dan memfokus kepada individu dan
kemampuan mereka yang unik dalam sesebuah
organisasi.
• Fokus bahawa organisasi yang sihat sekiranya
pekerjanya sejahtera.
• Dalam era ini Jabatan Sumber Manusia ditambah dalam
struktur organisasi.
• Sains tingkah laku memain peranan penting dalam
memahami keperluan-keperluan pekerja dan organisasi,
dan keperluan ini dapat disejajarnya.
• Banyak teori-teori baru berkembang yang berasaskan
sains tingkahlaku seperti teori “X”, “Y” dan “Z”.
Teori Pengurusan Sistem
• Pengurus fokus kepada peranan setiap bahagian dalam
organisasi.
• Mengambilkira keperluan berbagai bidang pengurusan (spt.
Pengeluaran, pemasaran dan kewangan).
• Bererti pendekatan sebegini pengurus perlu berbincang
keperluan organisasi secara keseluruhan.
• Interaksi yang cekap diperlukan bagi mengatasi
communication breakdown antara pelbagai bidang
pengurusan.
Penekanan Model Pengurusan Sistem
Istilah lazim dalam Model Pengurusan Sistem:
• Subsistem iaitu bahagian-bahagian tersendiri (unit, bahagian, jabatan, anak
syarikat atau industri kecil) yang bergabung membentuk suatu organisasi
secara menyeluruh.
• Sinergi yang menekankan hubung jalinan antara semua bahagian dalam
suatu organisasi yang mencerminkan bahawa keseluruhan adalah lebih
besar (bermakna?) dibanding dengan bahagian yang berpecah belah. Ini
membawa makna bahawa jabatan-jabatan atau unit-unit yang bergabung
adalah lebih cekap dan produktif.
• Sistem terbuka & tertutup. Sistem terbuka bermakna syarikat
menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Sebaliknya syarikat yang
bernaung di bawah satu organisasi yang lebih besar mungkin bersifat
tertutup, contoh syarikat yang mengeluarkan komponen elektronik.
• Batasan – sistem tertutup lebih tekal, berbanding sistem terbuka
• Pengaliran maklumat, bahan dan tenaga manusia bergerak dalam satu
sistem dan diproses bertukar menjadi pengeluaran atau perkhidmatan.
• Maklumbalas – proses pemantauan maklumat mengenai sistem bagi
membolehkan operasinya di nilai.
• Dalam pengurusan sistem pengurus perlu lebih sensitif dan menerima
sistem yang membolehkan organisasi bergerak secara cekap.
Pendekatan Kontigensi
• Dapat dijelaskan sebagai “pendekatan kelab golf”. Iaitu
memilih kayu golf yang sesuai untuk jenis pukulan
tertentu pada suatu masa tertentu.
• Ini bermakna masalah khusus pengurusan memerlukan
cara dan situasi yang khusus untuk diselesaikan.
• Pendekatan sebegini tertakluk kepada pengalaman
pengurus.
• Risikonya suatu penyelesaian masalah belum tentu dapat
menyelesaikan masalah yang sama pada keadaan yang
berbeza.
• Oleh itu risiko ditanggung bersama antara pengurus dan
pekerja, menyebabkan penyelesaian secara pengagihan
kuasa diperlukan. Sekiranya pekerja kurang
berpengalaman dalam menyelesaikan masalah maka
mereka perlu diberi latihan lanjut.
Model Seni Mengurus
• Lazimnya dilihat dalam organisasi yang terdiri
daripada pekerja-pekerja yang berkelayakan
tinggi.
• Penyelesaian masalah dibuat secara
menganalisis situasi dan menimbangkan
berbagai pandangan/ mazhab pengurusan,
kemudian memilih pandangan yang paling sesuai
untuk menyelesaikan masalah.
• Pendekatan ini membawa pengertian “flexibility
by empowerment”.
Model-model pengurusan
• SWOT Analysis
• Four competencies of Learning Organization
• Kaizen
• EFQM
• Deming cycle
• Covey’s 7 habits effective people model
Persoalannya sekarang …
• Apakah bentuk Model Pengurusan Dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia?

• Sila baca dan buat satu analisis/ sintesis


mengenai model-model yang telah dibincangkan
untuk menjawab persoalan di atas.

#Bergantung pada organisasi pendidikan, kerana


tidak semua model ini dapat digunakan dalam
konteks pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai