Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan kini ianya bertambah mantap

terutama dalam awal abad ke-21 ini. Perubahan ini selaras dengan perkembangan

ekonomi negara yang sedang meningkat dari semasa ke semasa. Pendidikan dan

masyarakat tidak boleh dipisahkan, sama ada di negara maju, negara membangun

mahupun negara mundur. Berdasarkan perkara tersebut maka kerajaan terus

membiayai institusi pendidikan dengan kepercayaan bahawa pendidikan itu ialah alat

untuk membawa kemajuan yang sejajar dengan kehendak dan aspirasi sesuatu

masyarakat mengikut perkembangan semasa. Sebagai sebuah negara ketiga yang

sedang maju, Malaysia perlu menempuhi pelbagai jenis pembangunan termasuk

bidang pendidikan. Walau bagaimanapun mutu pendidikan negara perlu ditentukan

oleh nilai dan kehendak masyarakat itu sendiri.

Bagi masyarakat Malaysia, kriteria bagi mutu pendidikan ialah pendidikan

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) iaitu mampu

menghasilkan masyarakat yang percaya kepada Tuhan, bersatu padu, berktrampilan,

memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, bertanggungjawab, bermotivasi dan

berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang ke arah keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti yang termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Negara (1987). Konsep ini merupakan lanjutan dari Dasar Pelajaran

Kebangsaan. Pihak kerajaan melahirkan hasrat bagaimana individu yang diperlukan

Konsep ini merupakan lanjutan dari Dasar Pelajaran

Kebangsaan. Pihak kerajaan melahirkan hasrat bagaimana individu yang diperlukan

dan mesti dihasilkan. Sekolah pula menyediakan prasarana dan peluang untuk

merealisasikan hasrat tersebut melalui proses pendidikan. Masyarakat pula

menyediakan suatu suasana yang kondusif untuk individu pelajar berkembang.

Manakala ibu bapa mempunyai aspirasi tersendiri terhadap perkembangan anak-anak

mereka dari segi akademik, sosial dan emosi termasuk aspek konsep kendiri dan

motivasi pencapaian. Justeru itu dalam proses pendidikan, keempat-empat komponen

di atas perlu bekerjasama dan saling bantu membantu untuk melahirkan individu

yang seimbang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara yang dinyatakan.

Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja di dorong oleh masyarakat yang


berilmu dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri setiap

individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhalak mulia dan berketerampilan
hasil kecerdikan akalnya, kesedaran dalam dan kesejahteraan

jasmaninya. Para pelajar dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan

kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam

zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam

menguasai ilmu amat diperlukan (Hishammudin Hussein, 2005) dipetik dalam utusan

Malaysia.

Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan selalunya dikatakan pelajar yang

pintar cerdas atau berbakat dan mempunyai kebolehan yang lebih tinggi berbanding

rakan seusia mereka. Walaupun begitu, tiada satupun himpunan sifat yang tetap bagi pelajar yang
pintar cerdas ini, tetapi setiap orang pelajar adalah insan ciptaan tuhan

yang memiliki kekuatan dan kelemahan diri yang tertentu. Kebolehan kognitif

pelajar yang cemerlang ini selalunya di miliki secara bersendirian, tetapi mereka

tetap memerlukan bimbingan orang yang lebih dewasa seperti ibubapa, guru,

pentadbir sekolah dan rakan seperjuangan untuk mengembangkan potensi mereka ke

tahap yang optimum (Nik Aziz, 1990). Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula

menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan

keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES).

Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka.

Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan

yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih

sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

Pada masa ini, kerajaan sentiasa memberi perhatian yang serius kepada

prestasi akademik pelajar samada di sekolah mahupun di Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) awam atau swasta. Ini kerana golongan inilah yang akan menerajui kepimpinan

endahuluan
Kecemerlangan sesebuah sekolah itu akan dikur dari banyak aspek,antaranya kecemerlangan
akademik, ko-kurikulum, pentadbiran, hubungkaitantara guru dan ibu bapa dan sikap dan disiplin
guru. Sementara itu hasratKementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan kualiti pendidikan
ditingkatkan dapat dilihat melalui berbagai-bagai anugerah yang diberikepada sekolah pada
peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.Terdapat anugerah diberi untuk aspek bukan
akademi kepada peringkatnegeri seperti ‘Sekolah Cantik’, ‘Sekolah Dalam Taman’.
‘JohanPertandingan Landskap’ dan sebagainya. Untuk pencapaian akademikpula, ada sekolah
menerima ‘Sijil penghargaan UPSR’, HadiahKecemerlangan Matematik UPSR’ dan sebagainya. Pada
peringkat negerianugerah yang berprestij ialah Sekolah Harap Negeri dan pada peringkatkebangsaan
anugerah yang berpretij ialah Sekolah Harapan Negara danAnugerah Kualiti Kementerian
Pendidikan. Keadaan ini mencerminkanpihak kerajaan amat komited untuk mewujudkan institusi
pendidikansekolah yang berkualiti dan cemerlang. Paling penting di sebalikkecemerlangan itu ialah
seorang ketua pentadbir yang bernama pengetua

Aspek kecemerlangan sekolah juga harus dilihat dari aspekkeberkesanan. Edmonds (1979)
mendefinisikan keberkesanan bukansahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan.
Mengikutbeliau, keberkesanan sekolah di ukur berdasarkan kejayaannyameningkatkan penguasaan
akademik kanak-kanak kurang beruntungsehingganya kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung
yangmenguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengahyang menguasainya.
Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesandan cemerlang jika tidak memberi kesaksamaam
peluang pendidikan.

etiap pelajar ingin mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana keputusan yang
cemerlang dapat menjamin keselesaan hidup pada masa depan. Tanpa pencapaian akademik yang
baik, masa depan seseorang diibaratkan seperti telur di hujung tanjuk. Oleh itu, pelajar-pelajar
digalakkan mengisi masa lapang dengan baik untuk meningkatkan prestasi akademik sendiri sebelum
nasi menjadi bubur. Terdapat beberapa uasaha yang efektif untuk meningkatkan pencapaian
akademik pelajar.

Pdp

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih
hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan
konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi
dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang
baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang
dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian,
berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta
mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah
memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi
secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau
modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :

Kaedah sumbang saran

Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan

Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah

Kaedah oudioligual

Kaedah kodkognetif

Kaedah projek

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan
akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa
kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap
kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru
melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek
yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui
pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain
yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan
secara berkesan.

Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai
sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik
perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan
idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh
dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila
guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk
lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya.
Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

3. Memory

Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what
you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini
kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah.
Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi
fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak
menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada
peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan
daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan ;

a. Kematangan fizikal.

Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu,
perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud
di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan
perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan
akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan
asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu
mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus
mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah.
Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi
pelajar.

b. Kematangan intelek (mental).

Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina
bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang
telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi
daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya.
Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah
bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat
ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan
belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi
perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara
berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang
terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses
kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang
bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-
perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya
melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

c. Kematangan Emosi.

Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara
tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau
berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa
emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan
dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan
peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan,
yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang
bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata.

4. Metacognition

What is your reaction to the video on metacognition? – Explain in your own words three or more
benefits of applying metacognition in your classes AND – How would you apply metagnition in your
classes?

Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran
tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah
merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang
membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah
dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan
tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir
berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap
persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘
Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau
(monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan
“Boyer menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu
sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to
produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control
these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini ini
metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi
yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan
hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya
terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses
merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau
diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.

Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive:

1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak
topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-
topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini
melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti
pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu
perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih
dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada
tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk
membuat ulasan perbincangan.
2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti
empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu
pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re
inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan
menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-
contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi

3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal


dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang
kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap
gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti
ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu
sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran,
ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.

Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan
merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya
dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.

Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan
pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.

Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak
lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu


terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama
kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar
menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu
yang lain dengan lebih mudah.

Kpm

Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk melahirkan modal insanyang baik dan seimbang
dari sudut intelektual, emosi, rohani dan jasmani yangsekaligus akan menjadi anggota masyarakat
dan warganegara yang baik sertaberupaya untuk mendepani cabaran globalisasi masa kini. Mereka
jugadiharapkan akan dapat memenuhi tuntutan pasaran dunia moden yang penuhdengan mehnah
dan tribulasi. Pernyataan ini telah dijelaskan di dalam FalsafahPendidikan Negara :

“Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmoniandan kemakmuran masyarakat dan Negara.” (Falsafah Pendidikan Negara
1988)
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah merangka dan melaksanakanpelbagai usaha seperti
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, TeknologiMaklumat dan Komunikasi (ICT) di dalam
pendidikan dan yang terbaru PetunjukPrestasi Utama atau

Key Performance Indicators

(KPI)

bagi memastikan prosespengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
meninggalkankesan yang optimum ke dalam diri pelajar. Bagi merealisasikan hasrat
murniKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang ingin memartabatkan sistempendidikan negara
sebagai bertaraf dunia maka, ia memerlukan tenagapensyarah yang profesional, kreatif, inovatif,
dinamik dan progresif.

Semua ciriini amat penting bagi seorang pensyarah untuk memastikan proses pengajarandan
pembelajaran memberi impak yang maksimum ke dalam diri pelajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslahdiberi penekanan yang
sewajarnya. Proses yang disinonimkan denganpengajaran dan pembelajaran bilik kuliah melibatkan
pensyarah dan pelajar inisememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah
menyediakanpendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yangdisampaikan.

Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa prosespengajaran dan pembelajaran di sekolah
melibatkan dua pihak iaituguru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawakesan
penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran
yangberkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajarkepada hasil pembelajaran
terakhir yang diinginkannya. Hal inimelibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi
bilikdarjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujukkepada perihal pengajaran
guru yang lebih memusatkan kepada parapelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti
pembelajaran.Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilaiyang berbeza-
beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasildaripada isi pelajaran yang disampaikan.

Oleh sebab saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah KolejMatrikulasi, Kementerian
Pelajaran Malaysia , maka saya akan menghuraikanproses pengajaran dan pembelajaran berkesan
berdasarkan sistem di Kolej

Anda mungkin juga menyukai