Anda di halaman 1dari 9

TP 60104 PENGURUSAN

PENDIDIKAN

DG NORIZAH AG KIFLEE@DZULKIFLI (PhD)


KUALITI KEPIMPINAN YANG
CEMERLANG
Enam Kualiti Kepimpinan
 Menurut Omardin Ashaari terdapat enam
kualiti kepimpinan yang boleh dijadikan
panduan bagi meningkatkan prestasi
pengurus dalam mencapai kejayaan yang
cemerlang. Kuahti-kualiti itu dapat dihuraikan
seperti berikut:-
1. Pengetahuan
2. Disiplin yang Tinggi
3. Bekerja dalam Pasukan
4. Komunikasi
5. Bersemangat Kuat Bekerja
6. Memiliki Daya Pemikiran Kreatif
Pengetahuan

 Pengetahuan dan kemahiran dalam


melaksanakan tugas yang diserahkan
kepadanya itu amat penting sekali.
 Mereka perlu mengetahui dengan terperinci
objektif organisasi itu di samping mengetahui
arah perjalanan yang hendak ditujui dalam
mencapai sesuatu matlamat itu.
 Kualiti itu amat penting terutamanya dalam
memastikan bahawa objektif dan wawasan
sesebuah organisasi itu adalah sejajar dengan
apa yang diusahakannya itu
Disiplin yang Tinggi
 Seseorang pengurus itu mesti berpegang teguh kepada
hakikat bahawa hanya dengan disiplin yang tinggi sahaja
seseorang itu boleh menentukan pencapaian matlamat
yang dihajatinya sama ada disiplin ke atas diri sendiri
ataupun disiplin ke atas setiap pekerja.
 Maksud disiplin dalam konteks ini termasuk juga
ketepatan masa, membuat sesuatu tindakan dengan
cekap dan tepat dan disiplin diri dalam menepati janji.
 Selain itu, seseorang pengurus itu juga harus memahami
bahawa prinsip disiplin dan keikhlasan dalam
menjalankan tugas yang dpertanggungjawab an adalah
berkait rapat dan juga merupakan cm utama dalam
usaha mempertahankan kedudukan organisasi dalam
apa jua bentuk persaingan.
Bekerja dalam Pasukan
 Bekerja dalam sebuah pasukan merupakan intisari
kejayaan sesebuah organisasi itu.
 Bagaimanapun, sebelum seseorang tu boleh
menguruskan orang lain, dia rnesti dapat menguruskan
dirinya sendiri.
 Begitu juga, pengurus yang bijak adalah seseorang yang
melalui corak kepimpinannya berjaya menggabungkan
semua tenaga pekerjanya yang terlibat, tegasnya, mereka
yang kurang berpengalaman dan berpengetahuan
dipimpin oleh mereka yang berpengetahuan.
 Mereka yang kurang berkemampuan dipimpin oleh
mereka yang berkeupayaan.
Bekerja dalam Pasukan
 Kerjasama sebagai suatu pasukan juga boleh menunjukkan
sama ada pengurus itu boleh bekerja dengan orang lain.
 Mereka mungkin mempunyai pendapat yang berbeza dan
keupayaannya untuk menyelesaikan sebarang perselisihan
pendapat dengan bijak.
 Pengurus juga perlu mempunyai keupayaan dalam
melahirkan lebih ramai pengurus yang berkeliber dari
semasa ke semasa.
 Mungkin ada pengurus yang mempunyai kebolehan yang
dapat menandinginya.
 Perkara ini tiada perlu dibimbangkan malah adalah perlu
diberikan semangat untuk terus maju dan berjaya dalam
apa juga yang dilakukannya.
Komunikasi

 Adalah penting untuk mengambil masa bagi


berkomu- nikasi dengan setiap pekerja dan
mengetahui tugas mereka di bawahnya di
semua peringkat dan golongan.
 Ini merupakan kualiti penting dan perlu ada
pada diri pengurus, terutamanya sebagai
usaha untuk meningkatkan perolehan
maklumat yang berkesan.
Bersemangat Kuat Bekerja
 Seorang pengurus yang berkualiti juga harus
berupaya menanamkan sikap dan semangat
kuat bekerja dalam dirinya.
 Ini adalah penting agar mereka sedar bahawa
banyak lagi yang perlu dicapai dan tidak mudah
berpuas hati dengan apa yang telah dicapai itu.
 Pencapaian dalam sesuatu jurusan itu tiada
batasannnya.
 Seseorang itu boleh mencapai lebih daripada
apa yang telah dicapainya sekiranya ia
sentiasa menanamkan semangat kuat bekerja.
Memiliki Daya Pemikiran
Kreatif
 Keupayaan seorang pengurus untuk berfikiran
luas dan memiliki daya pemikiran yang kreatif
adalah perlu.
 Ini penting bagi organisasi yang diurus itu
terutama sekali dalam mengenalpasti peluang
baru yang ada yang diceburi untuk
memantapkan lagi kedudukan organisasi itu.
 Usaha ini perlu ada setiap masa agar segala
usaha itu berkembang dan bertambah dari
masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai