Anda di halaman 1dari 22

Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang

menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai matlamat


yang dikehendaki.

Sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan pekerja, sudah


tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya
dengan berkesan dan sempurna.
Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang
haluan yang tertentu.

Hubungan di kalangan kakitangan dengan pengurus dapat


menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun
dan berkesan.

Kejayaan mengurus sesebuah organisasi dan staf boleh


diukur dari aspek kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan
kualiti produk, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
organisasi.
Tanpa komunikasi •Walau apa jua teknik komunikasi yang anda miliki, anda tidak akan
anda mengembara berjaya sekiranya masih ada sikap sombong dan bongkak dalam diri
keseorangan anda
•Sikap ini mesti diganti dengan sikap rendah diri dan saling hormat-
menghormati.
M
E
MI
M
P
IN
ST
AF •Kepercayaan orang lain kepada anda bukannya dibina dalam masa
sehari sahaja. Ia memerlukan masa dan kegigihan untuk mendapatkan
Mempengaruhi kepercayaan orang.
Orang Lain •Elakkan daripada hipokrit dengan rakan-rakan kerana ini akan memberi
integriti dan kredibiliti kepada anda

•Adanya seni perundingan tidak hanya terhad dalam perniagaan dan


pemasaran, malah aplikasinya sesuai dalam apa jua organisasi.
Seni •Ia memerlukan beberapa peringkat seperti rancangan /taktik,
Perundingan pembentang proposal, rundingann, pendebatan dan simpulkan
persetujuan.
Proses komunikasi merupakan asas pembinaan bagi segala
aktiviti di sesebuah organisasi.

Pemimpin dalam organisasi perlulah memberikan perhatian


terhadap usaha untuk mewujudkan sistem komunikasi yang
berkesan.

Kegagalan aspek komunikasi akan menimbulkan banyak


permasalahan yang akan menjejaskan kecekapan dan
kelicinan perjalanan sesebuah organisasi.
Membina kemahiran komunikasi cemerlang adalah penting
kepada pemimpin yang efektif.

Pemimpin perlulah berkemampuan berkongsi pengetahuan


dan idea untuk menterjemahkan kesedaran dan minat
kepada orang ramai.

Sekiranya seorang pemimpin tidak pandai menyampaikan


suatu mesej dengan jelas dan memotivasikan orang lain untuk
bertindak, maka mudah untuk mewujudkan salah faham dan
kurangnya pemahaman sesebuah pasukan.
Dalam sesebuah organisasi, konflik merupakan perkara
lumrah dan sesuatu yang perlu di atasi, sekiranya fenomena
ini dapat dikurangkan, kemantapan sesebuah organisasi akan
bertambah dan seterusnya boleh mencapai matlamat ke arah
kegemilangan yang diingini.
Konflik boleh berupa pergeseran dan pertentangan di antara
dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan
perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat.

Ia merupakan fenomena biasa apabila wujud interaksi di


antara dua pihak atau lebih manusia dan sentiasa berlaku dari
masa ke semasa.

Dalam sesebuah organisasi pekerjaan, konflik bukan sahaja


berlaku di antara pekerja dengan majikan atau di antara satu
jabatan dengan jabatan lain malah sering juga berlaku konflik
interpersonal dan konflik dalaman.
1. Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu
atau lebih pihak lain merupakan punca utama berlakunya
konflik dalam sesebuah organisasi atau antara individu.

Contohnya, keinginan seorang atau sebuah jabatan untuk


menganjurkan seminar atau majlis untuk kepentingan diri
atau organisasi dihalang oleh pihak lain kerana sebab-
sebab tertentu boleh menimbulkan konflik.
2. Kekurangan sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan
fizikal yang terhad untuk diagihkan dengan adil kepada
semua pihak.

Merujuk kepada contoh di atas, halangan untuk


mengadakan seminar atau majlis tertentu mungkin
disebabkan oleh peruntukan kewangan atau tenaga kerja
yang terhad.
3. Tiadanya koordinasi di antara dua atau beberapa pihak
seperti pergantungan maklumat kepada pihak lain untuk
mencapai sesuatu matlamat.

Contohnya matlamat bahagian personel sesebuah


organisasi untuk membuat pengambilan tenaga kerja baru
telah terhalang kerana tiada maklumat lengkap mengenai
keperluan tenaga kerja daripada ketua jabatan daripada
bahagian-bahagian lain.

Bagi konflik interpersonal ia bolah disebabkan oleh


perasaan iri hati atau cemburu dengan kejayaan orang
lain.
4. Dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh
sesebuah organisasi.

Konflik mungkin berlaku dalam soal struktur gaji.


Contohnya perbezaan gaji yang terlalu jauh di antara
struktur perjawatan atau gaji sama dalam struktur
perjawatan tetapi beban tugas yang berlainan.

Begitu juga dengan dasar sesebuah organisasi yang


terlalu mementingkan keuntungan tanpa
mempertimbangkan keselesaan tempat bekerja dan
kebajikan pekerja.
4. Dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh
sesebuah organisasi.

Konflik mungkin berlaku dalam soal struktur gaji.


Contohnya perbezaan gaji yang terlalu jauh di antara
struktur perjawatan atau gaji sama dalam struktur
perjawatan tetapi beban tugas yang berlainan.

Begitu juga dengan dasar sesebuah organisasi yang


terlalu mementingkan keuntungan tanpa
mempertimbangkan keselesaan tempat bekerja dan
kebajikan pekerja.
1. Mengasingkan pihak yang berkonflik secara fizikal.
Langkah ini akan mengurangkan pergaulan dan ini akan
mengurangkan ketegangan di antara mereka.

Langkah ini mempunyai lebih banyak keburukan dari


kebaikannya. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan
kurangnya interaksi dan pergaulan yang menyebabkan
tiada kerjasama tetapi juga menampilkan sikap negatif
pihak pengurusan yang tidak mahu membaiki keadaan.

Namun begitu langkah ini merupakan langkah yang baik


jika ianya untuk sementara dan bentuk konflik yang serius
seperti tiada peluang untuk memenuhi keperluan kedua-
dua pihak.
2. Kaedah difusi atau penyatuan untuk menerapkan
kesedaran kepada pihak-pihak yang berkonflik.

Melalui teknik ini kaunselor akan menyelesaikan perkara-


perkara kecil yang menyebabkan konflik dan membiarkan
perkara-perkara besar.

Ia bertujuan meredakan konflik yang berlaku atau mencuri


masa untuk membolehkan kedua-dua pihak sedar
mengenai kesilapan masing-masing dan berusaha
memperbaiki punca konflik yang lebih besar.

Keburukan strategi ini adalah punca konflik yang besar jika


dibiarkan akan menyebabkan ia menjadi fokus dan
menyebabkan keadaan yang lebih buruk.
3. Membawa pihak-pihak yang berkonflik ke arah berkerjasa
melalui perundingan.

Langkah ini adalah yang terbaik kerana memalui


rundingan dan kerjasama, kedua-dua pihak boleh melihat
pendirian masing-masing mengenai perkara yang
menimbulkan konflik dan mengenal pasti pilihan yang
paling sesuai untuk menyelesaikannya.

Strategi ini walaupun yang terbaik namun adalah sukar


untuk membawa pihak-pihak yang berkonflik ke meja
rundingan sekiranya nilai dan pendirian yang jauh berbeza
atau punca konflik yang terlalu besar.
4. Penyelesaian melalui tolak ansur. Melalui strategi ini
pihak-pihak yang berkonflik akan bertolak ansur dan sedia
melakukan pengorbanan melalui rundingan.

Contohnya majikan akan menaikkan gaji yang dituntut oleh


pekerja dan pekerja pula memberi jaminan meningkatkan
kualiti dan kuantiti pengeluaran.

Strategi ini hanya sesuai sekiranya pihak yang meminta


dan memberi kuasa atau pengaruh yang seimbang. Ini
bererti andainya pihak yang meminta atau sebaliknya tidak
mempunyai kuasa, penyelesaian sukar dicapai.
5. Strategi perbincangan melalui perwakilan.

Melalui teknik ini pihak-pihak yang berkonflik akan


menghantar wakil masing-masing ke meja rundingan.

Ini akan meningkatkan interaksi dan komunikasi serta


sering berlakunya konfrantasi. Melalui perundingan ini
perbincangan mengenai punca yang menyebabkan konflik
serta tawar menawar akan berlaku.

Biasanya strategi ini digunakan oleh kesatuan sekerja


untuk menuntut sesuatu dari majikan seperti kenaikan gaji
dan keselesaan tempat kerja.
6. Kaedah persaingan.

Melalui kaedah ini salah satu pihak yang berkonflik akan


cuba memenuhi matlamatnya dan tidak memperdulikan
kehendak pihak lawannya.

Melalui strategi ini konfrantasi, bertegang urat, tekanan


akan dilakukan sehinggalah satu pihak lain menyerah
kalah.

Biasanya teknik ini digunakan oleh pihak majikan sesuatu


organisasi dan dalam situasi di mana pengaruh atau kuasa
di antara kedua-dua pihak seimbang.
7. Kaedah penyesuaian.

Melalui kaedah ini satu pihak membiarkan pihak lawannya


melakukan penyelesaian mengikut kehendaknya.

Biasanya kaedah ini dilakukan kerana pihak tersebut


menyedari kesalahan dan kesilapannya, sedar bahawa
pengaruh atau kuasa lawannya terlalu besar,
mementingkan keharmonian atau penyelesaian segera
dan mempunyai matlamat untuk menuntut sesuatu yang
lebih besar pada masa depan.
8. Teknik pemerasan otak (diperkenalkan oleh Dr. Alex
Osborn).

Melalui teknik ini pihak-pihak yang terbabit akan berkumpul


dan setiap ahli akan bersama-sama memikirkan dan
memberi idea ke arah penyelesaian sesuatu konflik.

Setiap ahli bebas mengemukakan idea masing-masing


dan cuma dikritik kemudian.

Biasanya kaedah ini sesuai untuk memperbaiki sesuatu


dasar organisasi. Idea-idea yang dikumpulkan dan
diperbincangkan sehingga cuma idea yang bernas sahaja
dipilih
9. Teknik Gordon. Melalui teknik ini perbincangan diadakan
dalam satu kumpulan dan dipengerusikan oleh seseorang.

Pengerusi tersebut sengaja tidak memahami masalah


yang membawa kepada konflik dan membawa
perbincangan tersebut ke arah pemerahan otak.

Pengerusi akan memulakan perbincangan dengan


perkara-perkara yang menimbulkan konflik.

Tujuan teknik ini adalah untuk mendapat cuma idea yang


bernas sahaja untuk menyelesaikan konflik.

Anda mungkin juga menyukai