Anda di halaman 1dari 7

1.

0 ELEMEN- ELEMEN KURIKULUM


Kurikulum sebagai suatu sistem memiliki komponen-komponen yang saling berkaitan antara
satu dengan yang lainnya seperti materi, metode, media, dan evaluasi. Komponen-komponen tersebut
baik secara sendiri maupun bersama menjadi dasar utama dalam upaya mengembangkan system
pembelajaran. Ada beberapa pendapat yang menegaskan mengenai komponen kurikulum. Ralph W.
Tyler dalam bukunya Basic Principles of CurriculumDevelopment, seperti yang ditulis oleh Nasution,
menyatakan ada empat komponen kurikulum iaitu tujuan, materi atau bahan pelajaran, proses belajar
mengajar, dan evaluasi atau penilaian.
Keempat komponen kurikulum itu,menurut Tyler dapat digambarkan sebagai berikut :
TUJUAN

EVALUASI

BAHAN

PBM
Gambar 1.1
Komponen-komponen kurikulum tersebut saling berhubungan. Setiap komponen bertalian erat dengan
komponen lainnya. Tujuan menentukan bahan apa yang dipelajari, bagaimana proses belajarnya, dan apa
yang harus dinilai. Demikian pula penilaian dapat mempengaruhi komponan lainnya.
Pada dasarnya tujuan pembelajaran merupakan tujuan dari setiap program pendidikan yang akan
diberikan kepada anak didik, dan kurikulum merupakan alat untuk mencapai tujuan pendidikan. Rumusan
tujuan pembelajaran tersebut harus terlebih dahulu ditetapkan. Model Tyler lebih tertumpu kepada hasil
kepada proses pendidikan dan dengan itu tergolong dalam model produk. Sebaliknya model proses lebih
condong kepada kualiti bagaiamana proses pendidikan dikendalikan ( dengan itu dipanggil 'proses').
Berdasarkan kepada Tylers Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangan
kurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah berikut:
Menentukan matlamat dan objektif.
Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan
pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif.
Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran
perlu disusun secara sistematik.
Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi
menentukan pencapaian objektif.
Gambar 1.2

Kekuatan model Tyler terletak pada kejelasan hala tuju pendidikan. Ini dapat dilihat pada
matlamat dan objektif pembelajaran yang ditentukan.Seterusnya diikuti dengan langkah - langkah konkrit
untuk membawa pelajar ke arah pembelajaran.Pada waktu yang sama, model ini membawa idea kepada
pemeringkatan pelajar dan dengan itu seharusnya pengalaman pembelajaran perlulah disediakan menurut
kesesuaian pelajar.
Di Malaysia model yang digunakan adalah merupakan acuan setempat dan bersepadu.Beberapa
unsur terbaik kurikulum telah diambil dengan tidak melupakan beberapa unsur kemalaysiaan.Dalam
model kurikulum kebangsaan, elemen - elemen yang pertimbangkan adalah Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, agenda negara ,perkembangan individu, teori pembelajaran dan empat tonggak pendidikan
UNESCO.
1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPK memperakukan bahawa setiap warga mempunyai potensi untuk belajar.Dalam hal ini
kurikulum sekolah rendah menyediakan ruang kepada murid untuk membuktikan kemampuan
mereka untuk belajar sama ada secara akademik maupun amali.
2. Agenda negara
Model ini menghalakan konteks pendidikan ke arah Malaysia.Beberapa elemen diambil kira iaitu
sosiobudaya,perpaduan,ekonomi,sains dan teknologi dan ict.
3. Perkembangan individu
Malaysia dalam rangka menggemblengkan warganya ke dalam jaringan kenegaraan tidak
mengabaikan kehendak - kehendak peribadi.Salah satu unsur itu ialah nilai - nilai murni yang
diterapkan dalam sukatan pelajaran.
4. Teori pembelajaran
Antara teori kontemporari yang dilibatkan dalam model ini kecerdasan pelbagai yang disarankan
Gardner.Jelas dalam praktisnya, murid diberi ruang yang pelbagai menunjukkan kemampuan belajar
dan memahami.
5. Empat tonggak pendidikan UNESCO
Model kurikulum Malaysia menepati empat tonggak tersebut, iaitu
a.
b.
c.
d.

Belajar untuk mengetahui


Belajar untuk membuat
Belajar untuk hidup bersama
Belajar untuk menjadi insan sempurna

Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu
memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan.Contohnya semasa dalam kelas guru boleh menggunakan teknik
bercerita untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Selain itu, guru juga boleh
menyelitkan pengalamannya semasa sesi bercerita.Kesannya,Dapat memotivasikan murid-murid untuk
minat belajar dalam suasana yang menggembirakan. Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah
lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni ke dalam cerita
tersebut. Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh
menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid.Ia dapat memperluaskan
pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.Ia meningkatkan lagi
kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip ketertiban atau principle of sequence yang
dicadangkan oleh Tyler. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan
dengan berdasarkan pengalaman lalu supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas
dan mendalam.Selain itu, seseorang guru juga haruslah menyusun turutan (sequence) unit-unit pengajaran
secara beransur maju, bersambungan dan berkembang. Contohnya, guru juga boleh menyediakan latihan
yang sesuai dan mencukupi untuk semua murid agar pembelajaran mereka berkesan dan mencapai
objektif..Guru juga boleh membina, memilih dan mengguna alat dan media bantu pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk
menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk
tercapai.Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk
mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. Maklumat
yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan.

Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan
kurikulum kerana; sistematik dan mudah digunakan. Ianya melibatkan empat langkah iaitu penetapan
objektif, pemilihan kandungan, penentuan kaedah penyusunan dan penyampaian, dan menentukan kaedah
penilaian. Selain daripada itu model ini dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif.

2.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai: Universiti Teknologi


Malaysia.
Ahmad, dkk. 1998. Pengembangan Kurikulum. Bandung : CV Pustaka Setia.
Cheong Wooi Chun (2012). Tugas-Tugas Kurikulum. Dicapai daripada
<forum.engkabang.net/index.php?topic=40840.0wap2>
Nasution, Drs. 1988. Asas-asas Kurikulum. Bandung : Jemmars Bandung.
Olive Banks(1987). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Sharifah Alawiyah Alsagoff (1992), Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis
(Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.
Stenhouse, L. (1975). An Introduction to Curriculum Research and Development. London: Heinemannn.
Tyler, E.B.(1949). Basic Principles of Curriculum and Instrusction. Chicago: University Of Chicago.
Zaini B. Abdullah (2002). Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan: Petaling Jaya: Prentice Hall
Zais, R.S. (1976). Curriculum: Principles and Foundations. New York: Thomas Crowell.

Wheeler, D.K. (1967). Curriculum Process. London: University of London..

TEORI ,REKA BENTUK DAN AMALAN


KURIKULUM
(KPF6024)
NANTHINY PANCHACHARAM
NO MATRIK : M20141000248
NO K/P : 880622-08-6274
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENGAJIAN KURIKULUM
TAJUK KERJA KURSUS :
ELEMEN-ELEMEN KURIKULUM
PENSYARAH:
DR.MOHMAD NOOR BIN MOHMAD TAIB

Anda mungkin juga menyukai