Anda di halaman 1dari 4

Model Kurikulum

MODEL
KURIKULUM

Model Tyler Model Stenhouse

Model Taba
Model Tyler
• Ralph Tyler (1949), tujuan sebenar pendidikan adalah untuk
membawa perubahan dalam tingkah laku murid.
• Justeru, adalah amat penting bahawa objektif kurikulum sebuah
sekolah adalah merupakan penyataan perubahan yang berlaku di
kalangan murid.
• Empat soalan mesti dijawab semasa menggubal kurikulum.
1. Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai?
2. Apakah pengalaman pendidikan untuk mencapai tujuan
pendidikan ?
3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan disusun?
4. Adakah tujuan pendidikan telah dicapai?
Model Taba
• Hilda Taba (1966), Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak
• Pendekatan bawah ke atas (bottoms-up) terhadap kurikulum di
mana guru memainkan peranan utama.
• Peraturan tertentu untuk membina kurikulum dan guru harus
membantu dalam proses perkembangannya
• 7 langkah dalam perkembangan kurikulum adalah :
i) mendiagnosis keperluan
ii) pembentukanobjekt if
iii) pemilihan kandungan
iv) pengurusan kandungan
v) pemilihan pengalaman pembelajaran
vi) pengelolaan aktiviti pembelajaran
vii) penilaian
Model Stenhouse
• Stenhouse (1975), kurikulum sebagai satu proses.
• Kurikulum berkaitan dengan interaksi antara guru,
pelajar dan ilmu.
• Kurikulum ialah sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah.
• Digunakan sebagai panduan penyediaan pengajaran.
• Pembelajaran ialah spesifikasi tentang amalan
pengajaran
• Pembelajaran adalah berpusat kepada murid.
• Proses pembelajaran merupakan tugas utama guru.

Anda mungkin juga menyukai