Anda di halaman 1dari 1

1.

Kepentingan Perubahan
Sebagai pemimpin sekolah, melaksanakan perubahan yang telah dijadikan
dasar seperti pelaksanaan KSSR hendaklah diambil berat dan perlu
dilaksanakan. Sebagai pemimpin, ilmu pengetahuan berkaitan KSSR perlu
diketahui dan dikuasai serta difahami terlebih dahulu sebelum menyebarluas
kepada warga sekolah. Setelah pemimpin itu sendiri faham, pemimpin akan
menerangkan dengan sejelas-jelasnya kepada warga sekolah agar perubahan
yang dilakukan dapat difahami dan dihayati oleh para guru. Sekiranya wujud
sebarang masalah berkaitan perubahan ini, maka pemimpinlah yang akan
menjadi sumber rujukan dan secara tidak langsung pemimpin akan dihormati
oleh warga sekolahnya.
Bagi melaksanakan perubahan, setiap pemimpin perlulah membuat analisis
persekitaran terlebih dahulu bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
yang wujud. Matlamat dan objektif perubahan perlu diterangkan dengan
sejelas-jelasnya kepada semua guru agar guru tahu mengapakah perubahan
itu perlu dilaksanakan. Sesi penerangan dan soal jawab juga perlu diadakan
agar guru dapat memahami hasrat pemimpin dan menerimanya secara
terbuka. Ini akan menjadikan perubahan yang akan dilaksanakan ini akan
dihayati bersama oleh semua guru dan pelaksanaan ini akan dilakukan
secara berpasukan untuk menuju ke matlamat perubahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai