Anda di halaman 1dari 6

Prolog Pembukaan :

Alkisah hikayat lagenda lama


Hadir pendidik leluhur pendeta
Laksana seniman molek tuturnya
Bijak memikat rakyat jelata
Gegar buana bunyi rentakan
Sudah berhimpun rakyat jelata
Menanam citra bersyair hukama
Membongkar kisah penilaian tercinta.
Dengarkan kawan buat renungan.

Keranamu Anak Bangsa


Sebagai warga persada tercinta
Kami sentiasa sedia
Mencurah bakti mendidik anak bangsa
Siaga berdiri di medan
Pada garis paling hadapan
Keranamu anak bangsa
Perjuangan ini dipasak pada ilmu
Menilai tahap perkembanganmu
Melihat mu menguasai pelbagai kemahiran
dari kefahaman sehinggalah penilaian
Keranamu anak bangsa
Kami pendidik berjiwa kental
Bukan sekadar melafazkan setia
Malah menyanggupi apa saja
Kendatipun nyawa galang gantinya

Alkisah Pengujian

Tahukah anda? Pengujian merupakan alat ukuran utama dalam proses penilaian. Ini bermakna
keberkesanan dalam penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan
mengikut prinsip-prinsip tertentu berdasarkan peraturan yang sudah ditetapkan. Sesuatu ujian
yang baik dan bermutu harus dipancang pada dasar kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. (Ramlah)
Kesahan dikonotasikan sebagai ujian yang benar dan tepat. Sesuatu ujian yang memiliki kesahan
yang baik haruslah benar-benar dapat mengukur setiap perkara yang hendak diukur. HAH!
Jangan lupa, kesahan juga merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian dapat mencapai
objektifnya. Kesahan ini dapat dicambahkan kepada beberapa jenis iaitu kesahan isi, ramalan,
gagasan, dan serentak. (Keith)
Seterusnya, kebolehpercayaan merupakan pencapaian calon yang tekal apabila mengambil
sesuatu ujian secara berulang kali. Ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian dapat dipertingkatkan
dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Mudah, semakin banyak soalan, semakin
tekal pencapaian murid dalam ujian itu. (Ramlah)
Kebolehtadbiran pula merujuk kepada kelicinan sesuatu proses pengujian dapat dilaksanakan
dalam bilik atau dewan peperiksaan. Yang paling penting, kebolehtadbiran yang tinggi dapat
dilihat apabila proses ujian berjalan lancar dengan kos yang minimum. (Keith)
Manakala, keobjektifan pula merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon.
Prinsip yang harus diingat, keobjektifan yang tinggi terbukti apabila pemeriksa memberi markah
yang sama kepada jawapan yang sama. Ciri keobjektifannya boleh dipertingkatkan dengan
menyediakan suatu skim pemarkahan secara analitik. (Ramlah)
Akhir sekali, kemudahtafsiran. Tahukan cikgu sekalian, kemudahtafsiran merujuk kepada setakat
mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat yang
jelas, mengikut objektif penilaiannya. Tafsiran ini akan membantu memberi gambaran terhadap
pencapaian dan kedudukan calon, kekuatan dan kelemahan calon serta kesesuaian item ujian.
(Keith).

Deklamasi Lakon (DEKON)

Radzwan : Ya! Membina item soalan itu bukan mudah. Baru kini saya sedar, betapa sukarnya
guru saya dulu membina soalan. Ujian dan guru ibarat irama dan lagu, susah, hendak dipisahkan.
Keith: Betul, Betul, Betul. Setiap aras dalam Taksonomi Bloom harus dititikberatkan. Bermula
dari aras pemahaman, pengetahuan, aplikasi dan analisis.
Hendry: HAH! Jangan lupa, aras penilaian dan sintesis juga penting. Semuannya ibarat batangbatang lidi, kalau di satukan, payah nak goyah. Biar susah item soalan, kognitif pelajar pasti
berhubung.
Ramlah: Alamak! JSU. Jadual Speseifikasi Ujian juga penting. Ia dapat memberi gambaran
kepada guru mengenai taburan setiap item soalan yang akan dibina dalam soalan bahagian
Objektif dan Subjektif.
Manan : Eh, lupa la tue, Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi jangan lupa. Kedua-dua
indeks ini penting, soalan diterima, soalan diubahsuai dan soalan dibuang dari bank soalan,
indeks inilah penentunya.
Keith: Apa juga yang direncanakan dalam pembinaan item soalan, jangan pernah gusar, jangan
pernah berputus asa. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Ramlah: Jangan pernah berhenti! Pastikan terus Asa! Cabaran yang mendatang, asam garam
dunia pendidik. Apa yang direncanakan pasti ada hikmahnya.

Keringat Pendidik
Keringat pendidik (Hendry)
Setiap dukanya ada harapan
Setiap sukanya ada jiwa yang rajuk
Lembut katanya menyampai amanah
Terserak dedikasi pendidik cemerlang
Tiada lekang bibirnya menitip senyuman
Keringat pendidik (Manan)
Tidak dapat dibezakan dengan
Mutiara di lautan
Tidak bisa dihitung nilainya
Tidak mungkin dapat
Diganti dengan permata
Keringat pendidik (Wan)
Terima kasih pada jasa kasihmu
Kami terima seadanya
Terima kasih Miss Crispina

Dedikasi Karya Penilai


*******

Monolog: Dialog sebuah perjuangan


Radzwan: Apa yang aku fikirkan? Dia pelajar aku, selalu memberiku buah tangan, aku kenal dia,
mengapa aku tidak boleh memberinya markah yang lebih? Lagipun, tiada siapa yang akan tahu.
Hendry (watak jin): HAHA! Kesian cikgu nie, nak beri markah dengan pelajar sendiripun susah,
nak tambah, tak nak tambah, bagi jealah markah lebih, budak tue pun dia kenal rapat.
Radzwan
: Kadang diri merasa tidak kuat lagi. Aku dihimpit beban amanah dan integriti
dalam memberi markah. Arghhhhh! Aku keliru. Kalau ada yang tahu, aku akan dicaci, aku akan
menjadi bualan mereka yang ingin melihatku jatuh.
Hendry: HAHA, bagi sajalah. Jangan pedulikan kesan Halo dan Horn tue, lagipun siapa yang
tahu, anggap sajalah markah bonus. Biar dia tidak pandai, tapi ingat, dia selalu membantu,
angkat buku, angkai failla, HAH! sampai topupkan.
Radzwan
: Tidak! Tidak! Aku kena adil, aku sayang semua anak muridku, aku tidak boleh
membezakan mereka hanya kerana mereka tidak rapat denganku. Bagaimana kalau aku
dipersoalkan di akhirat kelak?
Hendry
: Tak faham aku pendidik sekarang nie, nak bagi, bagi jeala. Kalau budak tue tak
lulus, padan muka, menangis darah tak sudah. HAHA! Aku Cuma nak bantu, nasihat benda yang
baik tak nak dengar sudah! Buang masa aku jea, but, first! Let me take a selfie. HAHA!

Monolog: Dialog Pendidik

Manan: Hanya semalam bulan datang menjulang senyum, bagai ia tahu apa yang aku rasakan
tika ini.
Ramlah: Wahai pendidik bangsa, jangan pernah bisa menongkah arus. Perjuanganmu masih
meniti tangga ke tangga.
Manan : Kadang diri merasa tidak kuat lagi. Soalan yang ku bina selalu saja tidak menepati
syarat yang ditetapkan. Ada sahaja kurangnya. Siapa tahu apa yang aku rasakan. Aku malu, Aku
segan.
Keith : Jangan bisa berumah ditepian pantai. Pasti ada yang tahu tahu perjuanganmu.
Keluargamu, sahabatmu juga pelajarmu. Usaha yang kau pasak, ketekunanmu dalam membina
item soalan, semua ini akan kekal dalam iltizam perjuanganmu.
Manan: Demi kejayaan anak didikku, aku rela menggadaikan masa, wang ringgit demi mereka.
biar aku orang pertama yang memberi mutiara di lautan, permata di daratan.
Ramlah: Jangan pernah jatuh hanya kerana bualan orang lain. Tapi bangkit dari kegagalan masa
Keith: Ingatlah pendidik, Perjuangan tidak mengenal sempadan. Iltizam sebuah perjuangan.

Deklamasi Lakon : Apresisasi buat Miss Crispina

Hendry : Rakan Pendidik, sedarlah! Penilaian dalam pendidikan bukan mudah. Kekuatan mental
dan fizikal perlu sama seiring.
Keith : Ya betul! Banyak kemahiran yang kita belajar, berguna masa Latihan Mengajar nanti.
Siapalah tahu jadi penggubal item soalan.
Radzwan : Betul tue, kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersusah
dahulu,bersenang kemudian. Yakinlah, kita pasti bersyukur.
Ramlah: Tidak kiralah sesulit mana ujian yang kita rasai semasa mengambil subjek ini, membina
soalan, menganilisis, pasti menjadi pengalaman berharga.
Radzwan : Jangan lupa, pesan Miss Crispina, soalan dibina mesti sesuai dengan tahap pelajar
juga Taksonomi Bloom. Pemahaman terhadap analisis kuantitatif juga jangan lupa. Baru betul.
Hendry : Semua ini berguna bagi kita. Terima kasih Miss Crispina.
Semua: Inilah, Iltizam Perjuangan pendidik.

Anda mungkin juga menyukai