Anda di halaman 1dari 3

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan

kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan
mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan
kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm
dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis
pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang
sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan
pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang


lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke
udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli
pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu
sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain
daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih
pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana
ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena
kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan
melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang
dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain
tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu
jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian
memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika
pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.
Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh

mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata
daripada langkah pertama tadi.
Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain
menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu
dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke
udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke
tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata,
iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti
sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
POSTED BY NORDIN AT 8:28 PM NO COMMENTS:

Galah panjang
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang
yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan
beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat
mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10
orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak
lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan
kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang
mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang
menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan
menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.
CARA BERMAIN
Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran,
kecekapan dan kepantansan setiap pemain.
1 Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar
bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah
panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
2 Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua.
Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan
siapa yang menempuh gelanggang.

3 Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga


gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga
garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
4 Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua
akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari
masuk ke dalam gelanggang.
5 Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan
yang dijaganya.
6 Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh
oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
7 Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang
ingin berhenti.
SYARAT PERMAINAN
8 Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati
atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
9 Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan
tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Anda mungkin juga menyukai