Anda di halaman 1dari 6

Kronologi Kemerdekaan Malaysia

1930 - April Parti pertama di Tanah Melayu ditubuhkan. Parti Komunis Malaya
(PKM)
1936 - PKM menggerak Anti-Japanese China Salvation Movement. PKM penggerak
kepada Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA)
1941 8 Disember - Jepun mulakan kempen ke atas Tanah Melayu.
1942 15 Februari - Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dan Singapura. British
dikalahkan.Sabah dan Sarawak juga dikalahkan dalam tempoh yang sama .
Penduduk Cina menderita. Masalah perkauman tercetus.
1943 - Cadangan menubuhkan Malayan Union oleh British.
1945 6 Ogos - Bom atom 'Little Boy' di gugurkan oleh Presiden USA, Harry S.
Truman dan Hiroshima.
1945 9 Ogos - Bom atom 'Fat Man' di gugurkan oleh Presiden USA, Harry S.
Truman dan Nagasaki.
1945 15 Ogos - Jepun menyerah kalah dari tanah.
1945 4 September Jepun berundur dari Singapura dan Sumatera.
1945 10 Oktober - Parlimen British luluskan Malayan Union.
1945 - PKM dibenarkan untuk bergiat secara terbuka oleh British.
1946 1 Mac - 38 buah Parti Melayu dari seluruh Malaya dan Singapura berhimpun di
Kelab Sultan Sulaiman menentang Malayan Union.
1946 11 Mei - UMNO di tubuhkan di Istana Besar Johor Bahru oleh Dato' Onn
Jaafar.
1948 - PKM memulakan penentangan bersenjata terhadap British. PKM ingin
menubuhkan sebuah negara Komunis.
1948 - Disember Dato' Onn, Presiden UMNO panggil mesyuarat dengan kaum Cina.
1948 12 Januari - Darurat diisytiharkan sebab ancaman PKM.
1948 21 Januari - UMNO dengan kerjasama Raja-raja Melayu menubuhkan
Kerajaan Persekutuan Malaya menggantikan Malayan Union.
1948 1 Februari - British tubuhkan Kerajaan Persekutuan Malaya.
1949 Januari - Pesuruhjaya Tinggi British, Malcolm MacDonald panggil mesyuarat

Melayu dan Cina, tubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities


Liason Committee).
1949 27 Februari - Ketua AMCJA (All Malaya Council of Joint Action), Tan Cheng
Lock tubuhkan MCA, di sokong oleh Leong Yew Koh dan T.H. Tan.
1949 - PKM lempar bom tangan di Dewan MCA Perak. Tan Cheng Lock dan 4 lain
cedera.
1950 - PKM serang Balai Polis Bukit Kepong, semua anggota polis dan keluarga
mereka terbunuh.
1950 25 Februari - Mesyuarat UMNO, mengadakan sembahyang untuk perwira
negara yang terkorban.
1950 - Rusuhan Natrah di Singapura.
1950 - Dato' Onn Jaafar berbalah dengan UMNO.
1951 - Dato' Onn Jaafar meninggalkan UMNO kerana cuba membuka pintu kepada
bangsa-bangsa lain ke dalam UMNO.
1954 - Gerakan menuntut pilihanraya di mulakan.
- Majlis Meja Bulat, UMNO dan MCA di adakan.
- UMNO dan MCA menang bersih pilihanraya tempatan dan bandaran.
- MIC menyertai Parti Perikatan.
1955 31 Julai - Pesuruhjaya Tinggi British tawarkan 10 kerusi kabinet dan 10 kerusi
untuk pegawai kerajaan.
1955 - Pelampau Cina, melalui Persekutuan Guru-guru Sekolah Cina menuntut
supaya bahasa Cina di jadikan sebagai salah satu bahasa rasmi.
1955 - Tunku, Tan Cheng Lock dan wakil Guru, berbincang di rumah TCL.
1955 - Manifesto Perikatan di capai. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa rasmi.
1955 27 Julai - Pilihanraya pertama di Malaya, UMNO menang 51 dari 52 kerusi
yang
dipertandingkan.
1955 7 Oktober - Setelah perikatan menang, ucapan radio mengatakan PKM
bersetuju untuk berjumpa Tunku Abdul Rahman.
1955 28 Disember - Rundingan Tunku Abdul Rahman disertai oleh Dato' Sir Tan
Cheng Lock, David Marshal, Too Joo Hing, T. H. Tan dan setiausaha sulit Tunku,
Shafie Abdullah dengan ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng disertai oleh
Rashid Maidin dan Chien Tien di Baling, Kedah. Chin Peng tidak percaya British
akan memberi kemerdekaan kepada Malaysia. Berjanji untuk berhenti berjuang jika
Malaya merdeka. Chin Peng tidak berbuat demikian setelah Malaya merdeka.

1957 31 Ogos - Malaya mencapai kemerdekaan secara Perlembagaan melalui


perikatan, (UMNO, MCA & MIC) yang diterajui oleh Allahyarham Tunku Abdrul
Rahman."
1957 - Falsafah PKM menyusup di Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya
(masing-masing di Malaya dan Singapura. Mereka bergabung dalam Barisan
Sosialis Rakyat Malaysia.
1958 9 Julai - 118 pengganas komunis menyerah diri di Perak Selatan.
1959 - MCA di susupi golongan muda, pimpinan Dr. Lim Chong Eu mahu
menamatkan apa yang di sangka sebagai penguasaan UMNO kepada Parti
Perikatan.
Menuntut supaya bahasa Cina menjadi bahasa rasmi negara.
1959 12 Julai - Tunku menolak semua tuntutan segelintir dari pemimpin golongan
muda MCA. Tunku tetap menghargai pemimpin-pemimpin Cina lain seperti
Tan Siew Sin, Tun Ong Yok Lin dan T. H. Tan.
1959 - MCA berpecah dua. Pemimpin MCA lama menjadi parti bebas dan MCA baru
diterajui oleh Tun Tan Siew Sin.
1959 - Disebabkan tuntutan MCA itu Tunku mengugut untuk meletak jawatan
sebagai Perdana Menteri untuk di serahkan kepada Tun Abdul Razak sekiranya
MCA baru di bawah pimpinan Tan Siew Sin.
1959 - PAS dan UMNO bertikam lidah. PAS mahukan semua orang Cina di hantar
balik ke negara Cina.
1959 - Yang dipertuan Agong mengeluarkan arahan kepada mereka supaya
peperangan mulut dihentikan kerana khuatir menjadi pergaduhan dan rusuhan.
1959 - Perikatan menang 74 kerusi dari 103 kerusi yang dipertandingkan.(Perikatan
74, PAS 13, Parti Sosialis 8, Parti Progresif Rakyat 4, Parti Negara 1, Parti Malaya 1
dan Bebas 3).
1959 - Dr. Lim Chong Eu meminta maaf kepada Tunku Abdul Rahman dan mengaku
termakan dihasut oleh Persatuan Guru-guru Sekolah Cina.
1959 - Hubungan UMNO, MCA dan MIC menjadi erat.
1959 - Disember "Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan.
Tun Abdul Razak masih lagi menteri pertahanan dan Menteri Dalam Negeri."
1959 - Pada mulanya Tun Tan Siew Sin curiga dengan UMNO kerana melihat Dato'
Onn Jaafar yang mengasaskan UMNO sendiri telah keluar dari UMNO.
Kemudiannya Tun Tan Siew Sin menjadi seorang pemimpin kuat dalam Parti
Perikatan. (Tunku bertanya mengapa perubahan itu berlaku? Tun Tan Siew Sin
kemudiannya menjelaskan melalui surat yang panjang kepada Tunku Abdul Rahman,
antaranya ialah ucapan terima kasih beliau memberikan kerakyatan kepada bangsabangsa lain terutamanya Cina dan India.
1960 - Falsafah yang nasionalis tetapi pro-sosialis, pro-sukarno, pro-komunis telah

menyerap masuk ke dalam akhbar Utusan Melayu. Majoriti pemegang saham


Utusan Melayu ialah ahli UMNO. Utusan Melayu dipulaukan sehingga menjatuhkan
pasaran. Pengurusannya gagal bayar gaji pekerja.
1960 31 Julai - Agong isytiharkan darurat dari ancaman komunis tamat iaitu selepas
12 tahun.
1960 - Pembukaan tanah-tanah di luar bandar oleh Tun Abdul Razak.
1961 - UMNO ambil alih Utusan Melayu. Wartawan-wartawannya mogok dan ia
diketuai oleh wartawan Singapura, Said Zahari yang dikatakan pro-sosialis, prosukarno dan berhaluan kiri. Said Zahari pula mengatakan beliau hanya
mempertahankan kebebasan akhbar.
1961 27 Mei - Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat pergabungan Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei perlu bergabung dengan Malaya.
1961 03 Jun - Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, menyatakan sokongan
kepada Tunku Abdul Rahman. Singapura belum merdeka lagi pada waktu ini.
1961 Oktober - Parlimen Malaya meluluskan sokongan gagasan tersebut.
1961 04 November - UMNO menganggap gagasan tersebut sebagai Melayu Raya.
1962 21 Julai - Sultan Brunei, Sir Omar Saifudin mengumumkan Dewan Undangan
Brunei menerima konsep Malaysia.
1962 - Pemberontakan oleh pergerakan bawah tanah, Tentera Nasional Kalimantan
Utara (TNKU) di bawah Parti Rakyat Brunei di ketuai oleh A.M. Azahari bin Sheikh
Mahmud.
1963 - Brunei membatalkan hasrat menyertai Malaysia kerana syarat-syarat
yang tidak menguntungkan mereka.
1963 16 September - Singapura menyertai Malaysia.
1963 - Lee Kuan Yew mengenakan dasar "Malaysian Malaysia" berdasarkan
meritokrasi.
1963 19 Oktober - Alex Jossey dari 'Buletin Australia' memuji LKY, kaum China dan
Disnasti China dan mengatakan Melayu berketurunan lanun.
1963 Disember - 8 perajurit Malaysia terkorban di bom tangan tentera PKI di
Kelabakan, Tawau, Sabah.
1964 - Sukarno dengan kerjasama PKI melakukan operasi tentera Ganyang
Malaysia.
1964 - Tidak lama selepas operasi Ganyang Malaysia, pemimpin PAS, Dr.
Burhanuddin, pemimpin Parti Rakyat, Ahmad Boestamam dan pemimpin Barisan
Sosialis Rakyat Malaysia, Ishak Haji Mohammad (Pak Sako) telah di tahan bersama
yang lain-lain (Dato' Raja Abu Hanifah, Dato' Kampo Rajo, Aziz Ishak dan Rais
Anuar).

1964 23 April - Dato Dr. Ismail Dato' Abd Rahman, Menteri KDN menandatangani
Kertas Putih Kerajaan Malaysia bertajuk "Hasrat Indonesia Terhadap Malaysia".
1964 - Pilihanraya. Perikatan menang 89 kerusi dari 104 kerusi.
1965 - Malaysia menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
1965 - Sukarno dihancurkan oleh Presiden Suharto melaui pemberontakan Gestapo.
1965 Mei - Ucapan terakhir LKY, mengatakan "hak istimewa orang Melayu dan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah jawapan kepada masalah
ekonomi Melayu.'' Ucapan Mahathir dalam masa yang sama mengatakan ''cara
Kuala Lumpur memerintah orang Cina tidak boleh dilaksanakan di Singapura.
Mereka tidak pernah diperintah orang Melayu dan taktik memulas tangan pastinya
akan menghadapi tentangan yang keras". Mahathir benar-benar rasa tercabar.
1965 01 Jun - LKY mendesak supaya "Malaysian Malaysia" ditentukan oleh
Singapura, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang sendiri menentukannya.
1965 Jun - Tunku berada di London menghadiri Persidangan Perdana Menteri
Komanwel di London tetapi terpaksa berada di hospital kerana diserang penyakit
''Kayap.''
1965 9 Ogos - Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Lee Kuan Yew menangis
disiarkan oleh RTM.
1965 - Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Syed Jaafar Albar meletak
jawatan.
1966 11 Mac - Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno. Konfrantasi Ganyang
Malaysia di tamatkan.
1969 13 Mei - Rusuhan kaum di Malaysia tercetus.
1974 - Tunjuk perasaan oleh pelajar-pelajar kerana mendakwa penduduk di Baling
miskin dan mati kebuluran.
1974 - 20 Komunis keluar hutan kerana menyangka pelajar telah bangkit dan PKM
akan mendapat sokongan rakyat.
1974 14 Disember - Anwar Ibrahim ditahan ISA kerana menghasut pelajar
1975 5 Januari - Tunjuk perasaan tiada asas dan disifatkan sebagai dusta.

1989 - PKM menyerah kalah kepada kerajaan Malaysia melalui satu perjanjian di
Hatyaai.

Anda mungkin juga menyukai