Anda di halaman 1dari 2

SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati tuan pengerusi


majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya hadirin sekalian. Saya
akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Singa yang Sombong”. Yang
terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-
fikirkan.
Dengar dan hayati ya, kawan-kawan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang
besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan
yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah
mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.
Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “Wahai kawan-kawan,
kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai
kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita
sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.
“Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “Siapa ada
cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan
bersuara, “Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.”
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Sang
Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh
kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-
sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan
disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Ya, kawan-kawan, betapa beraninya Sang Tebuan yang kecil itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak
Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri
Singa.
“Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan
denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “Engkau nak berlawan dengan aku?”
Tanya Singa itu sambil ketawa. “Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil,
tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.
“Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan pantas,
Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Sang Singa menjadi
semakin letih.
Kawan-kawan mahu tahu apa yang berlaku seterusnya.
Sang Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke
dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Sang Singa itu dari
lubang hidungnya.
Apa lagi. Sang Singa pun meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali
tetapi tidak berjaya mengeluarkan Sang Tebuan daripada hidungnya. Semakin
lama, semakin kuat sengatan Sang Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Sang
Singa yang sombong itu pun mati kesakitan.
Semua haiwan di hutan itu bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu.
Ingat ya, kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusaha.
3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.
Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak,
besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat
mengalahkan kekuatan fizikal.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai