Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pendahuluan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang sangat penting
seperti, sebagai cahaya yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha
mengembangkan dan memajukan pendidikan, menjadi dasar dan pertimbangan asas
untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Ia sebagai rujukan untuk membantu
para pendidik memahami sistem pendidikan Negara, sebagai bimbingan untuk para
pendidik semasa mereka melaksanakan tugas - tugas pendidikan, sebagai dasar dan
pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi
pengajaran dan pembelajaran, sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan
daripada dasar pendidikan, dan menghilangkan salah faham, keraguan atau
pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
Menurut Froebel (1782-1852), pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan
yang lurus, suci dan mulia. John Stuart Mill (1806-1873) pula mengatakan bahawa
pendidikan adalah berfungsi sebagai suatu proses yang memberikan bantuan untuk
individu supaya hidup dengan penuh kegembiraan.
FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara
iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang
juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
darisegi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan
kepada Tuhan.

Modal insan yg berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu


kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan
juga akan memastikan modal insan negara kekal releven dengan kehendak
industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana
persaingan antarabangsa yg kian meningkat.
(YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,2006)
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan salah satu yang penting
daripada elemen-elemen Falsafah Pendidikan Guru. Ciri itu amat penting bagi individu
memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta
mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani) dapat
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu
intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh,
bersepadu dan dalam tahap optimum. Di samping itu, insan ini juga adalah individu
yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan
negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang
dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang
berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. Keseimbangan antara
keempat-empat aspek ini akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara
harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk
menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah
yang timbul dalam kehidupan mereka.
Bagi melahirkan murid yang harmonis guru juga harus bersedia berkhidmat di
mana jua sekolah sama ada sekolah bandar ataupun sekolah luar bandar . Semua
guru bersedia untuk menerima cabaran cabaran yang menghadapinya. Janganlah
enggan atau ingkar mengajar di sekolah pedalaman mengakibatkan masalah
kekurangan infrastukur.

Menurut kamus dewan edisi ketiga, perkataan pedalaman memberi maksud


daerah yang jauh dan terletak di ceruk pelosok atau hulu negeri. Maka, guru yang
berkhidmat di kawasan pedalaman bermaksud seseorang guru yang berkhidmat di hulu
negeri yang berjauhan dari bandar. Sememangnya, di Malaysia terdapat beberapa
sekolah pedalaman terutamanya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan.
Saya jelas bahawa masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman disebabkan tiada
guru yang sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman merupakan punca utama pihak
Kementerian Pelajaran mengambil langkah sedemikian.

Sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur


di sekolah. Pada tahun 2005, terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah dan 792
(39.0%) buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah
khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan. Terdapat
5,951 (78.3%) sekolah rendah dan 870 (42.9%) sekolah menengah berusia melebihi 30
tahun

dan

memerlukan

penyelenggaraan

tinggi.

(Pelan

Induk

Pembangunan

Pendidikan, 2006-2010).
Saya telah ditempatkan untuk mengajar di sebuah sekolah kurang murid di
kawasan pedalaman. Kawasan tersebut menghadapi masalah air dan eletrik. Air
diperoleh daripada sumber hujan dan perigi digali oleh masyarakat setempat. Bekalan
eletrik hanya ada pada waktu malam selama 6 jam. Bilangan murid bagi setiap bilik
darjah adalah lebih kurang 20 orang.Enrolmen keseluruhan sekolah ialah 200 orang
murid. Kebanyakan murid datang daripada keluara miskin. Saya telah menerima
tawaran tersebut secara hati yang terbuka. Saya juga berasa hendak menghadapi
pengalaman dan cabaran. Saya berfikir bahawa murid-murid sedang tunggu pada saya
untuk mempelajari ataupun dapat sesuatu ilmu. Oleh itu, saya harus meyempurnakan
tanggungjawab saya sebagai guru.

2.0 Cara-cara yang dapat saya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan


Kebangsaan untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

Sebagai

guru

saya

memainkan

peranan

yang

penting

untuk

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan


insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani. Pembinaan modal insan seharusnya bermula dari peringkat awal
lagi, iaitu ketika murid berada di sekolah rendah. Dalam era globalisasi ini
,peranan guru semakin kompleks dan mencabar. Sebagai guru saya akan
lebih mendekatkan diri saya dengan murid-murid dan menjadi pengganti ibu
bapa, bertindak sebagai pembimbing, pembentuk tingkahlaku, agen sosial,
agen perubahan, penyelidik dan seterusnya sebagai pengamal ilmu dan
kemahiran.
Sebagai guru saya akan memahami masalah atau tingkah laku setiap
pelajar. Saya akan memastikan keadaan dan tingkah laku pelajar. Sekolah
pedalaman yang tidak ada eletrik, pastinya di dalam bilik darjah pelajar
merasai panas dan mereka susah mendapatkan udara yang nyaman, kerana
di bilik darjah mempunyai 20 murid dan ini menyebabkan mereka rasa tidak
keselesaan. Sikap tidak keselesaan akan menjejaskan perhatian murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu sebagai guru saya harus
memahami mereka dan membawa mereka keluar dan rancangkan tempat
yang sesuai serta selamat bagi murid. Sebagai guru saya akan memahami
keselesaan murid dan menjamin keselamatan murid.

Sekiranya sekolah

berada di pedalaman murid berjalan kaki ke sekolah dan mereka berasa

terlalu letih. Sebagai guru saya harus tidak mementingkan Pengajaran dan
pembelajaran sahaja untuk mencapai objektif. Sekiranya murid dibawa
persekitaran yang berbeza ini iaitu di luar kelas ia akan menarik perhatian
murid.

Sebagai guru saya

akan memberi perhatian kepada psikologi pelajar.

Pelajar bukanlah robot, mereka mempunyai hati dan perasaan. Sebagai


insan yang sedang menuju kematangan hidup, mereka perlu melalui pelbagai
proses pembinaan jati diri untuk menghadapi cabaran. Sebelum sampai ke
bilik darjah pelajar menempuh pelbagai halangan peristiwa dan kejadian
yang sebahagian besarnya terakam dalam kotak minda. Perkara inilah yang
mengganggu emosi dan persediaan pelajar dan tidak dapat menumpukan
perhatian dalam pelajaran.

Oleh itu, persediaan sebelum mengajar perlu dilakukan. Sebagai


contohnya, saya akan tanya dan keadaan kesihatan pelajar dan memastikan
pelajar makan sarapan pagi. Ini kerana murid murid datang dari keluarga
miskin. Sekiranya murid letih dan tidak makan mereka tidak dapat memberi
tumpuan pada pelajaran. Oleh sebab ini, saya akan memastikannya. Sebagai
guru saya akan mendidikan air perigi dan meletakkan di tempat yang
bersesuaian dengan murid.

Ini kerana air diperoleh daripada sumber hujan

dan perigi digali oleh masyarakat setempat itu tidak air yang bersih. Air yang
tidak memasak

atau tidak bersih ia akan membawa masalah kesihatan.

Kesihatan murid adalah sangat penting dan sebagai guru saya pastikan
murid dalam keadaan yang kesihatan. Ini kerana sekiranya kawasan
pedalaman sukar mendapat rawatan segera kerana hospital berada di
tempat yang jauhnya.

Pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah boleh meningkatkan


tahap prestasi pelajar kepada yang lebih baik bagi setiap mata pelajaran
yang diambil di sekolah. Hal ini disebabkan apabila pelajar itu tertarik dengan
cara pengajaran oleh guru tersebut maka prestasi pelajar itu akan meningkat
dan seterusnya akan mudah difahami oleh pelajar.
Antara faktor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan
adalah guru bijak dalam menggunakan bantuan alat bantu mengajar (ABM).
Alat-alat ini mampu memberikan pelajar rasa minat untuk belajar dan tidak
mudah bosan. Alat bantu mengajar ini memberikan pelajar mudah mengingat
sesuatu subjek yang dipelajari dan mudah untuk difahami. ABM yang biasa
digunakan didalam sesebuah sekolah adalah seperti kad imbasan, gambar,
VCD dan sebagainya.

Disebabkan kurang kemudahan infrastrukkur

di

sekolah pedalaman saya akan menanya soalan mengaitkan dengan unsur


alam sekitar, kehidupan pelajar, minat dan cita-cita mereka atau pengalaman
lampau untuk dapat mereka mengetahui

gambaran yang hendak belajar

pada hari tersebut . Selain itu,saya akan menggunakan cerita, lukisan, atau
gambar. Semangat ingin tahu dapat mendorong mereka mengubah
pandangan dan pemikiran mereka. Tayangan video atau animasi digemar
oleh semua murid tetapi tayangan video atau animasi tidak dapat ditayari
kerana tidak ada kemudahan eletrik. Disebabkan ketiadan eletrik sebagai
guru, saya tidak mendapat peluang menggunakan bahan bantu ICT dalam
P&P hari ini tersebut. Saya akan menggunakan alat bantu mengajar yang
bersesuaian sebagai penggantian penggunaan ICT. Bukan sahaja seorang
guru hanya boleh mencapai objektif melalui penggunaan ICT dalam P&P.
Saya juga sediakan semua alat bantu mengajar dengan menggunakan
tangan sahaja. Contohnya, melukis gambar yang berkaitan dengan
pengajaran.Jika mendapat benda yang dapat ditunjukkan di bilik darjah,saya
juga dapat menggunakan kaedah ini. Contohnya, buah-buahan,bunga, dan
lain-lain. Dengan menunjukkan benda yang biasa murid menghadapi tersebut
itu mencungkil minat pelajar berkomunikasi di bilik darjah.

Pada dunia

globalisasi ini murid mestilah menerokai kemahiran berfikir. Sebagai guru

saya harus merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk


melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. Murid
haruslah berfikir dan guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk
berfikir. Disebabkan kekurangan infrastruktur guru boleh guru boleh memberi
latihan dengan lisan dan tulis. Contohnya kuiz,teka-teki. Sekiranya murid
dapat menjawad saya akan memberi pujian.Sebagai guru bagi mencapai
objektif, saya akan mengadakan kelas tambahan pada waktu malam yang
pada masa ada kemudahan eletrik untuk memberikan visual melalui
tayangan kepada murid.
Saya akan mendedahkan murid-murid kepada ilmu pengetahuan melalui
buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan ilmu
pengetahuan. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai
ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan
budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang
luas dan terbuka. Sebagai guru saya memberi sumbangan cergas untuk
meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
Guru adalah bertanggungjawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan
nilai yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang baik.
Disebabkan tempat pedalaman tidak mempunyai tempat hiburan, murid-murid
dapat mengamalkan amalan yang baik iaitu membaca. Amalan membaca
penting dalam hasrat merealisasikan FPK. Bagi melahirkan modal insan menurut
(PIPP-2006) adalah mengikut

3 aspek utama iaitu,

ilmu ,kemahiran,

dan

penampilan yang unggul

Seterusnya, falsafah pendidikan guru juga turut menyelitkan unsur


kerohanian. Sebagai guru saya akan

menyedarkan kepada murid bahawa

mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti ajaran agama.
Pendidikan

Agama

dan

Pendidikan

Moral

dalam

KBSR

dan

KBSM

mencerminkan ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya

dari segi rohani, emosi dan agama. Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula,
pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan murid. Contohnya, saya sebagai
guru saya ,akan menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni
tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang
dijalankan di bilik darjah. Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi
antara satu sama lain dan banyak pengalaman boleh dipelajari. Contoh nilai
murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat-menghormati, kekitaan dan
perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan. Pendidikan moral
menggunakan

nilai

kepercayaan

kepada

Tuhan

nilai

utama

dalam

pembelajaran. Malah,sistem pendidikan membekalkan bahan-bahan seperti


buku teks di sekolah.

Setiap tajuk dalam buku teks mempunyai nilai

keagamaan yang membawa maanfaat kepada para pelajar.Para pelajar dapat


memahami dengan jelas tentang nilai keagamaan. Kemudahan-kemudahan di
sekolah

diubah

memperkembangkan

dan

ditambah

mereka

dari

supaya
segi

rohani

pelajar
ke

mampu
tahap

untuk

maksimum.

Contohnya,sistem pendidikan menggalakan setiap sekolah untuk mempunyai


sebuah surau. Surau di sekolah menjadi satu sumber untuk menyebarkan nilai
keagamaan. Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di
kalangan pelajar. Sebagai contohnya budaya membaca buku, membaca surat
khabar dan bahan rujukan luar, budaya kaunseling atau budaya sukan, ia dapat
membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu membaca, menulis dan
mengira. Dengan mengamalkan amalan tersebut, mereka akan sering berusaha
untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahannya, mereka
akan sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi
menyebarluaskan ilmu. Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk
berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Budaya sekolah juga dapat
melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai
perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni dan
moral sebagai prinsip hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.
Walaupun sekolah pedalaman tidak mencukupi infrastukur, saya akan
menjalankan aktiviti secara kecil-kecilan bagi melahirkan murid yang harmonis

dengan hasrat FPK. Saya juga akan membawakan mereka ke tempat ibadat
pada waktu malam dengan kebenaran ibubapa untuk murid dapat melihati
kebudayaan yang berlain mengikut agama berlainan dan nilai murni
disekelilingi.Disebabkan murid datang dari keluarga yang miskin,melalui
pengajaran

nilai

murini

ini

murid

dapat

tahu

mengsyukuri

keaadaan

mereka.Sebagai guru saya akan menerangkan nilai kepada murid.


Sifat kepimpinan yang dipupuk di kalangan murid dapat membentuk
pelajar sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Aspek ini adalah
penting untuk mewujudkan seseorang murid yang boleh menggerakkan orang
lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam cara-cara tertentu. Dalam hal ini,
murid sebagai pemimpin bagi suatu aktiviti harus mengetahui keperluan dan
motif orang-orang yang bekerja dengannya, dan harus menitikberatkan
pencapaian matlamat kumpulan. Murid juga harus mengekalkan kekuatan yang
ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat
masa hadapan. Jika berjayanya membentuk sifat kepimpinan seseorang murid
yang berkesan, maka dialah seorang yang boleh dipercayai. Mereka akan
sentiasa menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan
amanah dan harus dilaksanakan dengan baik, amanah, bersih dan cekap.
Mereka juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara sebagai tunggak negara dan pemimpin negara
pada masa depan mewujudkan perpaduan. Selain dari itu, dalam Proses
Pembelajaran dan Pengajaran subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK)
diutamakan.Bukan itu sahaja, dalam GERKO permainan juga diwajibkan
kepada semua pelajar bagi mencergaskan fizikal dan mental dan daya
ketahahan mereka sendiri. Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan
kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat iaitu memperoleh perasaan tenaga
dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki
perasaan kekitaan,muhibbah, kerjasama dan perpaduan dan mempunyai
kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Disebabkan
sekolah pedalaman tiada kemudahan padang, saya sebagai guru saya akan

mengadakan mesyuarat PIBG dan membincangkan tentang pembinaan


padang. Melalui mesyuarat PIBG

dengan kerjasama ibubapa, penduduk

setempat serta guru-guru mencari kawasan yang luas dan lapang

sebagai

penggantian padang bagi murid-murid. Melalui ini murid dapat melibatkan diri
dalam aktiviti jasmani. Sebagai guru saya tidak mengabaikan aktiviti jasmani
disebabkan kawasan pedalaman. Sebagai guru saya akan menjalankan
program program yang berkaitan dengan gerko iaitu permainan, merentas
desa,sukan pertandingan walaupun kekurangan kemudahan. Sebagai guru
saya akan mengenali pasti kemahiran atau kecerdasan murid saya lalu
memberikan peluang untuk mereka melibatkan diri. Sebagai guru saya pastikan
semua ilmu dan kebaikan yang harus diberikan melalui pendidikan, saya pasti
akan memberikan tidak sekali mengabaikan dengan memberikan alasan.
Sekiranya guru mula memberi alasan kehidupan anak murid akan terjejas.
Peranan guru sebagai pembimbing, saya akan menyemai minat motivasi
terhadap

mata pelajaran

agar

dapat meningkatkan

prestasi

murid.

Seterusya saya akan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kekuatan


dan kelemahan diri serta minat terhadap bidang yang diceburi, agar potensi
murid dapat dioptimumkan. Saya akan mengenalpasti dan membantu
pelajar-pelajar yang mengalami masalah pelajaran, sosio emosi dan
kesihatan agar dapat membuat penyesuaian peribadi dalam aspek sosial,
emosi, mental dan fizikal. Sebagai guru saya akan membimbing pelajar
menjadi insan yang positif dan dapat memberi sumbangan kepada
masyarakat.Sebagai guru saya akan membimbing anak murid saya dengan
menyanya masalah secara perbualan. Saya juga pastikan anak murid saya
tidak mengalami sebarang masalah disiplin. Saya memastikannya dari segi
beberapa faktor iaitu

psikologi, fizikal,mental,dan peribadi. Saya akan

memastikan murid saya adakah mengalami masalah emosi seperti fobia,


trauma, benci, takut, penggeli. Saya harus mengetahui kerana di tempat
pedalaman ini murid akan berjalan ke sekolah dan pada masa tersebut
mungkin mereka mengalami masalah kekacauan binatang ataupun mungkin

gaduh dengan kawan. Sekiranya saya dapat selesai masalah murid mereka
akan belajar dengan hati yang gembira dan dapatkan tahu untuk mengatasi
masalah masalah yang akan datang. Perkara ini akan membantu murid
untuk melahirkan insan yang harmonis berhasrat dengan FPK. Seterusnya
saya akan mengetahui mereka dengan aspek fizikal. Saya akan mengenal
pasti adalah pelajar kurang sihat disebabkan kekurangan zat makanan, atau
kekurangan tenaga akibat membantu keluarga mencari nafkah. Sebagai guru
saya harus mengenali tentang latar belakang keluarga anak murid supaya
dapat memahami keadaan murid tersebut di rumah. Ini kerana jika kawasan
pedalaman, kebanyakkan ibu bapa adalah miskin. Saya sebagai guru, saya
akan mengadakan motivasi, seminar, ceramah dan aktiviti yang berlainan
untuk menyedarkan masalah yang dihadpi oleh murid. Emosi murid akan
terganggu kerana mereka datang dari keluarga miskin. Mereka mungkin
merindu ke kasih sayang ibu bapa kerana murid di pedalaman meluangkan
masa dengan guru sahaja kerana jika pedalaman mereka berjalan ke
sekolah.Ia telah mengambil masa yang panjang. Untuk mengatasinya saya
akan mengadakan program bersama murid dengan ibu bapa. Ini dapat murid
berasa gembira. Sebagai guru saya selalu member motivasi kepada murid
supaya berhidup dengan gembira. Sebagai guru saya akan menanyakan
masalah peribadi secara perseorangan dengan murid,ini kerana sekiranya
ditanya di depan semua pelajar dalam lingkungan 20 orang murid, pelajar
tersebut berasa malu ataupun takut. Sebagai guru saya akan memastikan
emosi murid saya tidak terganggu.

3.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, generasi muda merupakan tunggak kepada
negara. Guru memikul tanggungjawab dan amanah untuk mendidik generasi
muda supaya menjadi pewaris negara yang berketrampilan. Oleh itu, guru
harus mendidik anak murid dengan adil dan sakama tanpa mengira kuam,
bangsa serta tidak mengira penempatan. Maka setiap guru perlulah
menerima penempatan berkhidmat di kawasan pedalaman dengan hati
terbuka.

RUJUKAN
BUKU
Dr.Saedah Hj Siraj, Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak,
Lee Pau Wing (1993), Pendidikan Di Malaysia, Utusan
Publications & Distributors Sdn.bhd.
Endang Saifuddin Anshari (1982), Sains Falsafah Dan
Agama, Penerbitan Adabi Sdn.Bhd. Kuala Lumpur
Foo Say Fooi (2005), Etika Perguruan, Haji Jantan Sdn.Bhd.
Halizah,JoyN.Samuel (2009), Perkembangan kanak-kanak,
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
J.S. Farrant (1964), Prinsip Dan Amali Pendidikan, Dewan
Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia
Kuala Lumpur.
NoriatiA.Rashid,LeeKokCheong,ZulkifliMahayudin,
ZakiahNoordin,2012),Falsafah&PendidikandiMalaysia,
Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Samsu Yaacob (1996), Aplikasi Kemahiran Berfikir, Makruf
Publisher & Distributors Sdn.Bhd.
Mel Silberman (2009) ,Pembelajaran Aktif,Attan Press
Sdn.Bhd.

Internet
http://www.slideshare.net/Dr22s/bakat-kemahiran-kreativitiguru
http://www.motivasi-kerja.com/tingkatkan-kemahiran-diri
http://ibnismail.wordpress.com/2010/01/03/antara-cabarandan-pengalaman-guru-guru-di-pedalaman/.
http://www.hmetro.com.my/articles/Cabaranmengajardipedal
aman/Article#sthash.OpJ5nymb.dpuf
http://eprints.utm.my/11803/1/Satu_Kajian_Cabaran_Guru_
Di_Sekolah_Pedalaman_Daerah_Muar.pdf.
http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/05/cabaranmendidik-di-pedalaman.html.

Anda mungkin juga menyukai