Anda di halaman 1dari 1

Pendahuluan

Ketidakstabilan mata wang merupakan salah satu penyumbang utama kepad krisis ekonomi global. Hal ini
dapat dilihat bermula pada zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1933 (The Great Depression),
krisis peso Mexico pada tahun 1995, krisis kejatuhan nilai mata wang Negara-negara Asia pada tahun
1997-1998, krisis rubel di Rusia pada tahun 1998 sehinggalah yang terkini iaitu krisis ekonomi global pada
tahun 2008. Krisis ekonomi ini berlaku kerana wujudnya ketidakstabilan nilai mata wang fiat yang diguna
pakai dalam sistem ekonomi dunia. Oleh itu, timbulnya rentetan cadangan untuk menggunakan kembali
dinar emas sebagai mata wang dalam sistem monetari dunia (Yaacob, 2012).
Dinar emas Islam pertama telah diperkenalkan pada zaman Imam Malik bin Marwan pada tahun
660 dan digunapakai sehingga kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1924 (Salmy Edawati
Yaacob, 2011). Menurut (Endre Stiansen, 1999) dinar emas merupakan mata wang yang berasal dari Rom
dan dirham pula mata wang perak yang berasal dari Parsi. Mata wang ini terdiri daripada syiling emas dan
perak yang telah dikeluarkan dan digunakan di wilayah Empayar Byzantium dan Empayar Sasan.
Penggunaan dinar emas meluas sehingga ke tanah Arab dan digunakan pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w, zaman Khulafa al-Rashidin dan zaman-zaman selepas itu sehingga ke zaman Uthmaniyah. Nama
dinar diambil sempena nama mata wang emas Rom iaitu denarius, orang Arab memanggilnya dinar.
Dinar emas Islam adalah syiling emas berbentuk bulat yang mempunyai berat 4.25 gram dengan
menggunakan emas 917 dan 24 karat. Jenis dan berat ini disebut sebagai timbangan syarak yang telah
disepakati oleh para fuqaha pada masa tersebut. Oleh itu, dinar emas dikaitkan sebagai mata wang umat
Islam sehingga pada hari ini. Namun begitu, penggunaan dinar emas telah berakhir pada tahun 1924
setelah kejatuhan Turki Uthmaniyyah (Yaacob, 2012).
Dinar emas moden pertama telah ditempa dan dilancarkan pada 7 November 2001 oleh Islamic
Mint yang bergabung dengan Thomas Cook Rostamani Exchange Company dan Dubai Islamic Bank di
Emiriah Arab Bersatu (UAE) (Vadillo, 2013). Terdapat lima kilang dinar emas yang terdapat di dunia iaitu
Dubai, Sepanyol, Afrika Selatan, UAE dan Indonesia (Salmy Edawati Yaacob, 2011). Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa penggunaan dinar emas sudah mulai mendapat perhatian pada masa kini. Di samping
itu, kajian ini akan memberitahu pengaplikasian dinar emas sebagai salah satu instrumen dalam sistem
kewangan Islam, kelebihan menggunakan dinar emas dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan instrumen dinar emas dalam sistem ekonomi moden.

Anda mungkin juga menyukai