mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi
ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu
bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh
masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal
cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media
massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang
kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,
masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang
bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang
penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau
memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat
mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat
dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah
seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri
mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi
dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya
dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh
gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran
yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang
melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang
penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada
ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka
mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan
seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan
sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua
amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya
masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia
sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya
hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita
semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
semangat kejiranan
Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak
akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan
semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.
.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat
terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya
semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan
pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.
.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga
di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal
keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan
pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat
kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang
terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis
yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga
mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah
mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya,
semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.
.............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen
kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan
iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu
ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan
berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka.
Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk
semangat mulia ini.
.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah.
Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara
penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam
sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang
baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat
perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan
konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk
daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh
itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.
............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa
kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan
semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua
harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?
ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di
persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse
dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik
Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah
persis peribahasa, yakni tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, bangunan bersejarah
dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
.
.Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda
generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah
negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut
dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya
bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan
perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang
sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah.
Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai
bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang
merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan
tindakan undang-undang.
.
kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita
dapat di akhirat nanti.
oleh keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih.
Di kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti
berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut
berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.
............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut
disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau
yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau
Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi
bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para
pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai syurga dunia dengan
melakukan aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas
sehingga diakui sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan
pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut,
kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya
keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus
dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.
.............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh
wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan
sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik
terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya
meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya
terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan
tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang
dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan
makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan
masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di
Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung
ke negara kita.
.............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan
pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai
contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan
kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai
usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan
sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua
negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama,
kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai
pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional
Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut
memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti ekopelancongan, agrotourism,
pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang
berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.
.............Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk
menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan
agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah
amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta
akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh
penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.
.
.