Anda di halaman 1dari 5

Pada pendapat anda, apakah faktor yang paling berpengaruh dalam

menjalankan usaha dakwah yang berkesan? Sila kemukakan hujah anda.


Dawah merupakan sarana utama yang dapat memperbaiki dan menjaga
seluruh alam dari segala hal yang dapat membinasakannya. Hal itu tidak mungkin
wujud melainkan dengan menjaga aqidah, kepribadian, dan akhlak umat manusia. Ini
hanyalah dapat dicapai dengan adanya prinsip amar makruh nahi mungkar. Allah
sendiri berfirman di dalam Surah al-imran ayat 104; wal takum minkum ummatuy
yaduuna ilal khairi wa yamuruuna bil maruufi wa yanHauna anil munkari wa ulaaika Humul muflihuun. (Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maruf dan mencegah dari yang
munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104).)
Maksud ayat ini, hendaklah ada segolongan dari umat yang

memegang

peranan ini, meskipun hal itu merupakan kewajipan bagi setiap individu bersesuaian
dengan kamampuannya, sebagaimana ditegaskan dalam kitab Shahih Muslim, dari
Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah bersabda: Barangsiapa melihat kemungkaran,
maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka hendaklah
ia mengubah dengan lisannya dan jika tidak mampu juga, maka hendaklah ia
mengubah dengan hatinya dan yang demikian itu merupakan selemah-lemah iman.
(HR. Muslim).
Pertamanya, asas kepada sesebuah dakwah yang berkesan sememangnya
diakui melalui prinsip amar makruf dan nahi mungkar kerana Allah sendiri telah
menegaskannya di dalam ayat quran dan ditegaskan lagi di dalam hadith rasulullah.
Namun, antara faktor dominan berkesannya sesebuah dakwah itu adalah kerana Islam
itu sendiri itu sendiri mudah, sempurna dan komprehensif sifatnya. Islam adalah satusatunya agama yang diredhai Allah SWT. Islam juga adalah agama yang
sempurna. Dikatakan sempurna kerana sememangnya ajaran Islam meliputi seluruh
aspek kehidupan manusia. Islam merangkumi aspek hukum halal-haram, mubahmakruh, fardhu-sunnah dan juga mencakupi masalah akidah, ibadah, politik, ekonomi,
perang, perundangan, dan semua konsep dalam liku hidup manusia.

Islam adalah agama wahyu. Islam datang daripada Allah SWT. Apa-apa yang
ada dalam ajaran Islam wajiblah dikerjakan kerana memang kesemua itu bersumber
dari sang Khalik. Kebenaran Islam yang bersifat Rabbany tidak disangkal lagi
kebenarannya. Hal ini dapat dilihat sendiri di dalam Surah ad-dzaariyat ayat 56;

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
Allah juga bersabda di dalam Surah al-imran ayat 79 berkenaan Rabbaniyun.

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama
dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang
ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan
meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata):
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah
Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi
Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
Selain itu, dawah perlulah dilakukan atas dasar kemanusiaan. Oleh yang
demikianlah, para nabi adalah dari kalangan manusia.

Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya aku ini hanya manusia seperti
kamu, yang diwahyukan kepadaku. (Surah Al Kahfi, 18: 110)

Allah menjadikan Muhammad dari kalangan manusia biasa. Mengapa kalau bukan
untuk memudahkan kita mengikutinya tanpa sebarang alasan. Kalau Allah memilih
Rasul dari kalangan malaikat, manusia akan mempunyai banyak alasan, Dia
malaikat, dia tidak mengantuk, tidak lapar, tidak kahwin, tidak ada nafsu. Kita lain.
Seterusnya, Islam itu mudah. Mudah difahami oleh semua. Sebagai contoh,
Surah Al-maidah ayat 6, Allah bercerita megenai rukhsah di dalam solat, Surah albaqarah ayat 185, bercerita mengenai rukhsah ketika berpuasa. Islam itu
sememangnya mudah dan tidak menyusahkan. Sesebuah dawah itu juga perlulah
dilakukan bersesuaian dengan kemampuan madu kita kerana Nabi Muhammad
sendiri menyatakan, Nabi berkata:Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan,
Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.
Dalam berdakwah terdapat tatacara yang perlu diamalkan agar segala apa yang
disampaikan menjadi ikutan. Antaranya ialah kita dilarag daripada menyukarkan
manusia dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Contohanya ketika kita
menjadi imam di dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana
mungkin makmun yang ada bersama kita terdiri daripada mereka yang lemah dan
sakit, tua dan sebagainya. Nabi juga menyuruh kita mengembirakan manusia bukan
menjadikan mereka merasa benci dengan ajaran yang kita sampaikan. Oleh itu kita
hendaklah

mendahulukan

perkara-perkara

yang

menyedarkan

manusia

dan

membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan. Jangan sekali-kali kita


memberatkan dengan perkara yang berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan
masyarakat dari agama dan kebenaran. Sebalikanya jinakkan hati mereka dengan
bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa
dan melalui peringkat dan tahap tertentu bukan bersifat drastik dan melulu.
Selain itu, kita perlulah menggunakan bahasa yang mudah ketika
menyampaikan dawah dan tidak menggunakan bahasa-bahasa bombastik atau retorik
supaya mudah terkesan apa yang kita cuba sampaikan. Dalam hal ini Rasulullah saw
telah bersabda:Bahawasanya perkataan Rasulullah saw itu selalu jelas sehingga
boleh difahami oleh semua yang mendengar. (HR. Abu Daud)

Seorang dai hendaknya memperhatikan sirah Rasulullah. Darinya kita akan


menemukan kesungguhan dan keupayaan Rasulullah SAW yang tidak pernah kenal
lelah dalam gerak dawahnya. Sebagai seorang manusia, Rasulullah sememangnya
memiliki sifat seorang manusia iaitu rasa sedih terhadap dawah beliau yang tidak
diterima oleh orang kafir, namun karena beliau dapat mengawal dirinya, maka dawah
Islam terus berjalan.
Di dalam dunaia kini, kita mempunyai pelbagai institusi keagamaan yang
boleh menyebarkan dawah dengan mudah. Hal ini, kerana institusi-intsitusi ini
mempunyai pelbagai kemudahan dan kuasa dalam menjadi medium dawah yang
berkesan. Sebagai contohnya, di peringkat individu seperti yang diterangkan di atas,
perlulah mengetahu siapa madu kita, apakah latar belakang mereka dan cara apa
yang bersesuaian. Kita juga perlulah menunjukkan gambaran bahawa islam itu mudah
dan indah melalui prbuatan, percakapan dan pergaulan kita, barulah akan ramai
tertarik dengan Islam.
Keduanya, di peringkat keluarga, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sedari
kecil lagi tentang ilmu agama, baik buruk perangai, tindak tanduk anak-anak
cerminan ibu bapa. Jika indah perangai orang tuanya, insyaAllah segalanya pasti
diberkati kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan anak-anak ibarat kain
putih yang mana ibu bapalah yang akan mencorakkan mereka kerana asas kukuhnya
sesebuah institusi islam di dunia bermulanya daripada rumah yang teguh asasnya
kerana tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, sendi ummah ialah
agama, runtuh ummah runtuhlah agama.
Seterusnya, di peringkat masyarakat, masyarakat sekeliling perlulah jua
menunjukkan perbuatan, percakapn nan indah dan baik belaka selari dengan maqasid
syariah sekaligus dapat membedung segalagejala sosial yang semakin menular dalam
kalangan masyarakat sendiri. Yang tua dihormati dan yang muda disayangi.
Selain itu, di peringkat institusi-instutitsi yang ada, bagi yang punya jawatan
tinggi yakni punya kuasa, perlulah mendidik anak buah untuk bekerja dalam susasan
Islam, sentiasa memudahkan orang lain, mencontohi Rasulullah dalam menjadi
pemimpin, mengadakan program-program Islami dan mengajak semua pekerja untuk

menyertai kerana manusia ini asalnya daripada perkataan nasia yakni pelupa maka
perlu sentiasa diingatkan dan mengingatkan. Selain itu, bagi institusi-institusi ini
bolehlah mengadakan aktiviti yang berbentuk ilmiah yang praktikal seperti cara
melakukan korban mengikut syariat, forum mengenai cinta visa seperti yang telah
diadakan di Kuliyyah undang-undang UIAM baru-baru ini, agar semua sedar akan
maslahat yang semua mengambil enteng perihal perkahwinan lari ataupun elope ini.

Anda mungkin juga menyukai