Anda di halaman 1dari 1

BEKERJA

Strategi Kerjaya (Tip-Tip) Episod 6


Sebelum hari pertama
Dapatkan rehat dan tidur yang cukup sebelum hari pertama bekerja bagi
menampilkan perwatakan yang segar, kemas dan bergaya di hadapan
majikan dan rakan sekerja.
Rancang perjalanan ke tempat kerja. Perkara-perkara seperti kesesakan
jalan raya boleh melambatkan perjalanan tetapi tidak wajar dijadikan
alasan tiba lewat ke tempat kerja.
Sediakan dokumen-dokumen penting, seperti kad pengenalan diri, sijil
peperiksaan dan salinan resume. Lazimnya dokumen-dokumen tersebut
diperlukan untuk melapor diri pada hari pertama kerja.

Menambah pemahaman tentang syarikat anda


Buat sedikit kaji selidik tentang latar belakang syarikat dan carta organisasi.
Layari laman web rasmi, baca brosur syarikat, atau apa jua medium yang
mengandungi informasi syarikat.

Menyesuaikan diri dalam tempat kerja


Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk menyesuaikan diri dalam
tempat kerja baru termasuk:
Memupuk semangat semangat berpasukan dan bekerjasama dalam diri
anda untuk memudahkan lagi kerja anda di pejabat.
Rajin bertanya dan tunjukkan minat terhadap kerja. Sebagai orang baru,
gunakan peluang ini untuk memperkenalkan diri dengan mengajukan
soalan-soalan berkenaan kerja.
Tuliskan input yang diterima dalam bentuk nota supaya ia boleh dirujuk
dan digunapakai kelak.
Jika menghadapi masalah, cuba selesaikannya sendiri. Jika tidak mampu
menyelesaikannya, jangan menambah kepada masalah itu.
Hulurkan bantuan jika diperlukan. Tegur dan sapa rakan sekerja dengan
berhemah dan jangan berlagak sombong atau menunjuk-nunjuk.

Channel 603 #TutorTV


Setiap Jumaat, 7.15 mlm

Anda mungkin juga menyukai