Anda di halaman 1dari 1

Cuci kipas laptop dan tukar thermal paste yang baru sebaiknya setiap 6 bulan.

Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan
masalah motherboard.
Dari masalah motherboard, 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah
cecair dan terjatuh.
Kebanyakan kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop.
APA ITU 'SERVIS LAPTOP'?
Servis laptop adalah proses di mana laptop akan dibuka dan segala habuk yang berkumpul di
kipas laptop dan laluan peredaran haba laptop akan dibersihkan. Thermal paste yang lama juga
akan digantikan dengan yang baru.
APA ITU 'THERMAL PASTE'?
Thermal paste adalah sejenis lapisaan bahan konduktif haba yang sangat baik yang terletak di
antara komponen panas laptop dan sistem penyejukan.
Lama-kelamaan, thermal paste ini akan menjadi keras dan tidak mampu mengalirkan haba
dengan baik. Maka, ianya perlu ditukar kepada yang baru.
Tujuan penggantian thermal paste ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien
dan optimum sepanjang masa.
MENGAPA PERLUNYA SERVIS LAPTOP?
Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak. Komponen yang bergerak
memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor (CPU), pemproses grafik (GPU)
dan chipset menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah Calcius.
Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah terdiri daripada kipas
yang bersambung dengan plat besi tembaga (heat sink).
Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen-komponen panas ini.
Kipas yang berada dalam sistem penyejukan ini lama-kelamaan akan memerangkap habuk.
Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem penyejukan laptop menjadi tidak efisien kerana ianya
menghalang udara panas dari keluar.
Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor (CPU), pemproses grafik (GPU)
dan chipset ini akan mudah rosak kerana masalah terlebih panas (overheating).
Apabila masalah kerosakan berlaku, kos membaikinya adalah sangat mahal sehingga ada yang
hampir menyamai harga laptop baru!
Sebagai contoh, kos untuk tukar motherboard laptop brand Acer sahaja mencecah RM700,
manakala untuk motherboard laptop Apple Macbook Pro adalah RM2000.
KAMI MENYEDIAKAN SERVIS LAPTOP YANG TERBAIK!

Anda mungkin juga menyukai