Anda di halaman 1dari 5

BAGAIMANA KAUNSELING MEMBANTU MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Pendahuluan

Dalam kehidupan ini manusia memerlukan diantara satu lain. Samada apa bentuk
rupa, kepercayaan, warna kulit, dan adat budaya berlainan, namun secara fitrahnya
manusia berinteraksi diantara mereka dalam berbagai cara. Komunikasi adalah cara
mudah bagi mengeratkan lagi hubungan sesama manusia. Banyak perkara dapat
diselesaikan melalui komunikasi, segala persepsi yang salah dapat dihuraikan dan
seterusnya dapat membantu membina prasarana dan persekitaran yang kondusif
bagi membolehkan kehidupan diteruskan dengan aman dan saksama.

Modal insan dalam sesebuah negara adalah penting bagi memastikan kejayaannya.
Setiap negara yang bertanggungjawab mahu melihat setiap rakyat dapat
memaksimakan potensi diri mereka dalam mengharungi cabaran-cabaran semasa.
Peluang diterokai dan dibuka seluas-luaskan kepada rakyat dalam mengisi ilmu
serta menggunakannya pengetahuan dalam membina kehidupan yang lebih baik.
Dalam masa yang sama, mereka mampu menjadikan masyarakat yang
menghormati serta membantu diantara satu sama lain dan yakin akan kedaulatan
negara dengan mematuhi undang-undang negara.

Bagaimana ianya berkaitan dengan kaunseling? Menurut definasi mudah kaunseling


ialah Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan
dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga
definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan
James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses
untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan
bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977)
sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien
diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan
masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling
sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses
membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi
yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses
pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya
dan alam sekelilingnya.

Ianya bukan bentuk nasihat, ianya memerlukan komunikasi dua hala. Komunikasi
bentuk inilah yang memberi ruang untuk individu tertentu dapat melihat aspek

kelemahan dan mencari jalan terbaik untuk dirinya melakukan perubahan. Namun
demikian kita, tidak boleh lari dari perubahan yang berlaku disekitar kita. Perubahan
yang dibentuk dari arus globalisasi dan persaingan yang semakin mencabar. Ianya
juga mengugat nilai, adat budaya dan pegangan agama kita. Perubahan ini
sebenarnya memerlukan kita menggunakan segenap kekuatan pemikiran, emosi,
spiritual, semangat bagi menghadapinya.

Cabaran
Dalam abad ini kita dihadapi dengan berbagai cabaran-cabaran yang menggugat
tingkahlaku manusia. Cabaran-cabaran mungkin datang dari luar dalam dalam,
tetapi oleh kerana kelemahan yang ada pada kita, ianya mudah mempengaruhi
kehidupan semasa kita. Cabaran-cabaran seperti;

Peningkatan kualiti hidup secara keseluruhannya mempengaruhi pemikiran dan


perubahan sikap. Kita didorong dengan persaingan yang kadangkala memenatkan.
Apatahlagi persediaan kita dahulu tidak lagi relevan dalam persaingan sekarang,
dan ianya memerlukan tambahan ilmu, perkongsian maklumat dan persefahaman
dalam melakukan kerja kita. Kita dilengkapi dengan teknologi yang semakin
memberi peluang kepada semua orang (stakeholders) menilai prestasi dan kualiti
perkhidmatan dan kerja yang diperlukan. Dan kita seharusnya peka dengan kerja
dan perkhidmatan yang berkualiti.

Peningkatan bebanan kerja dipejabat atau tempat bekerja disebabkan persaingan


dan perkembanga ekonomi.. Peningkatan kualiti di tempat kerja yang perlu dipatuhi
oleh semua pekerja. Permintaan kepada perkhidmatan dan barangan yang berkualiti
telah merubah gaya kerja yang sistematik. Kerja yang semakin banyak, dan diikuti
pengurangan kos termasuk mengambil pekerja, menyebabkan masa yang
diperuntukkan lebih dari biasa. Kita semakin terhimpit diantara rehat dan bekerja.

Dalam masa yang sama, perubahan masa juga mengubah gaya hidup semasa.
Generasi baru berbeza cara mereka dibesarkan dengan generasi dahulu. Mereka
didedahkan dengan teknologi baru, fast fesyen, fast food, internet, cyber games,
handphone dan lain-lain. Mereka juga dipengaruhi oleh iklan dan peer group yang
sentiasa bersaing mempamerkan kemewahan. Gaya hidup ini sentiasa memberi
tekanan kepada generasi muda untuk melawan nafsu, kebebasan, keterbatasan
nilai. Ada diantara mereka yang cuba mendapatkan tempat bersama golongan ini
akan sedaya upaya melakukan apa sahaja termasuk jenayah, pelacuran, menjual
dadah serta mencuri. Akhirnya tabiat tersebut menjadi kelakuan menjadi lumrah dan
kesannya kepada mereka cukup mendalam di jiwa dan pemikiran mereka. Generasi
baru ini bukan sahaja terlibat dengan perbuatan tersebut malah perubahan sikap
dan penukaran jantina, homoseksual juga semakin bertambah dan kerosakan ini
meruntuhkan nilai-nilai dalam masyarakat di negara ini.

Masalah rumahtangga dan keruntuhan institusi keluarga. Ianya disebabkan


perubahan gaya hidup, persaingan, serta kos kehidupan yang semakin tinggi. Sifat
dan nilai kekeluargaan semakin terhakis. Ibu bapa yang mengejar rezeki sehingga
hilang tangggungjawab terhadap anak-anak, suami kepada steri dan sebaliknya.
Akhirnya penceraian ibu bapa turut melibatkan psikologi yang besar kepada
pembesaran anak-anak. Sebanyak 75,299 Kes Penceraian Rumahtangga yang
direkodkan sepanjang tahun 2008 dan 2007 termasuk kes tertunggak tahun-tahun
sebelumnya. Rosaknya institusi keluarga juga memberi kesan kepada masyarakat
secara keseluruhannya.

Dengan mudahnya generasi muda terjebak dalam gejala sosial juga merugikan
modal insan dalam sesebuah negara tersebut. Keterlibatan mereka dalam gejala
sosial, dadah, pergaulan bebas dan lain-lain turut memusnahkan nilai-nilai murni
dalam masyarakat tersebut. Sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah
dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes
kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.
Penglibatan mereka dalam jenayah dalam awal tahun akan merumitkan lagi proses
pembesaran dan kesan sosial yang lebih merbahaya.

Kaunseling dan Peranannya

Bagaimana kaunseling dapat memainkan peranannya dalam membina modal insan


dalam negara;
1) Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan
dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
2) Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada
pada diri sendiri.
3) Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di
dalam dan di luar pejabat.
4) Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk
meningkatkan konsep kendiri.
5) Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat
keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi.
6) Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.
7) Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.
8) Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.

Kesemua peranan kaunseling yang digariskan diatas, memberi impak besar dalam
mengembalikan kekuatan modal insan dalam negara. Dengan permasalahan yang
timbul berkaitan dengan cabaran-cabaran tersebut perlu diatasi dengan sebaik
mungkin. Kerajaan tidak lagi dapat mengawal rakyat secara autokratik tetapi dengan
mendidik serta memandu kehidupan mereka dengan displin nilai kehidupan yang
sebenar.Sifat dan nilai yang mulia seperti bertanggungjawab, bekerjasama, bertolak
-ansur, hormat-menghormati, bertimbangrasa, maaf-memaafi, tolong-menolong,
berbudi bahasa mestilah dijadikan budaya dalam masyarakat kita. Nilai seumpama
akan hilang sekiranya kita tidak memahami erti kehidupan dalam sesebuah negara
yang bebas dan berdaulat.

Satu Malaysia yang telah digagaskan oleh YAB Perdana Menteri, memberi lonjakan
baru dalam menangani perubahan negara. Dari individu, masyarakat, perkhidmatan
kerajaan dan liberalisasi ekonomi, akan membawa dimensi baru dalam mencorak
masyarakat Malaysia menghadapi cabaran yang semakin mencabar. Pendekatan
yang di ambil oleh YAB Perdana Menteri dalam kaedah pentadbirannya, merupakan
pendekatan rakyat, merasai denyut nadi rakyat dan mengamalkan konsep listening
gorverment. Teringat kita akan kisah Nabi Sulaiman (a.s), yang mendengar suara
semut sewaktu tenteranya sedang berjalan, dan meminta mereka berhati-hati agar
jangan terpijak akan semut itu. Ini menunjukan bahawa makhluk yang sekecil itu,
didengari suaranya oleh Nabi Sulaiman (a.s). Itulah harapan YAB Perdana Menteri
agar pemimpin dapat menghayati prinsip ini dan menjadi jurubicara suara nurani
rakyat bagi memudahkan kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya.

Kepekaan kerajaan dalam menangani permasalahan manusia melalui menubuhkan


pusat kaunseling atau pakar kaunseling di bahagian sumber manusia sebagai
langkah yang bijak dalam mendidik dan membimbing mereka. Mereka ditempattempat yang strategik dan menjalankan aktiviti mereka mengesan individu yang
memerlukan kaunseling. Mereka tidak lagi menunjukkan prestasi yang baik, sering
melakukan kesilapan, cepat berputus asa, sering menyalah orang lain, tiada
semangat yang tinggi, sentiasa merasa rendah diri, kesemuanya tanda-tanda
mereka mereka memerlukan bimbingan. Mereka tidak seharusnya dihukum secara
total tetapi diberi peluang memperbaiki diri dan melakukan perubahan. Dengan itu,
ianya dapat mengurangkan permasalahan secara keseluruhan dan mampu
meningkatkan keupayaan mereka dalam membina kekuatan modal insan itu.

Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh persatuan dan NGO, banyak
menyediakan ruang-ruang komunikasi dan motivasi yang boleh sedikit membantu
permasalahan masyarakat dalam negara. Peranan persatuan dan NGO ini sebanyak
sedikit dapat meringankan beban kerajaan mengatasi permasalahan dalam
masyarakat. Dengan bantuan mereka menyalurkan mendengar permasalahan,
memberi bimbingan, dan juga meningkatkan motivasi serta menyalurkan saluran

bantuan yang diperlukan akan mengurangkan tekanan dalam masyarakat


keseluruhanya.

Penutup
Kita yakin dan percaya permulaan yang baik akan mendatangkan hasil yang baik.
Pendekatan dari kepimpinan bermula dengan langkah yang baik dan harus dituruti
dengan penuh dedikasi bagi membudayakan intergriti dalam segala sudut
kehidupan. Sekiranya kita mampu mengubah diri kita, kita akan dapat melihat impian
sebuah negara yang makmur, aman, stabil, bersatu dan penuh intergriti. Kaedah
kaunseling berorientasikan kognitif, efektif dan tingkahlaku sekiranya dijadikan cara
untuk menyelesaikan permasalahan rakyat, mendengar dengan baik keluh resah
mereka, membuka peluang kepada mereka, membimbing kaedah terbaik untuk
mengurus masalah, kita yakin dan pasti kita mampu mempertingkatkan potensi dan
motivasi rakyat dan seterusnya menjadi modal insan yang terbaik untuk
pembangunan negara.

Kita harus berani berubah sikap negatif kepada positif. Tidak ada sesuatu yang kekal
melainkan amal baik. Setiap amalan yang baik akan sentiasa dikenang orang.
Walaupun ianya tidak mendatangkan keuntungan dalam bentuk kebendaan, tetapi
ianya akan memberi kepuasan dan ketenangan dalam kehidupan kita. Ianya akan
menjadi paksi pada kekuatan bangsa Malaysia.
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai