Anda di halaman 1dari 20

Soalan 1

1. Mengapa bahasa ibunda tidak dihargai etnik itu sendiri?


Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam penggunaan
bahasa ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal
dalam diri penutur kerana menggunakan bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan
terkubur. Oleh yang demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak
pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Jadi , abad ke-21 telah memperlihatkan
kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa
kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan
lebih selesa bercakap bahasa Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu
menggunakannya telah membentuk satu sikap tidak kisah terhadap bahasa ibunda.
Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa
Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam
bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau pembentangan walaupun di dalam
dewan ada seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa
Inggeris. Justeru, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu
ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak dipandang rendah
oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei
Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan, bahawa bahasa Melayu, cabaran yang
sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat
dinafikan ialah hakikat kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa. Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingannya dan
kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.
Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi persaingan
dengan bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga
menggugat kedudukan bahasa Melayu. Oleh yang demikian sikap rakyat Malaysia mesti
yakin dengan keupayaan dan kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa
bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap
bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan keadaan apabila

hendak menggunakan bahasa Inggeris. Ironisnya, langkah ini tidak akan timbul keadaan
bahasa Melayu tergugat oleh bahasa Inggeris.
Antara halangan utama yang dilihat pada hari ini adalah persepsi masyarakat yang
melihat bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak maju dan tidak berdaya saing. Mereka
sentiasa memandang enteng kepentingan bahasa ini dan lebih cenderung untuk
menghormati penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris sebagai penanda aras
kehebatan sesebuah negara. Memang tidak dinafikan bahasa Inggeris yang merupakan
bahasa antarabangsa penting dan banyak kebaikannya terutama dalam hal komunikasi
dan perhubungan luar serta pendidikan tinggi. Akan tetapi jika kita melihatnya dalam
konteks dalam negara, bahasa Melayu ternyata mempunyai kepentingan yang lebih tinggi
memandangkan ia adalah bahasa rasmi negara dan penggunaannya sentiasa diutamakan.

Bagi sesetengah institusi kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
rasmiseperti Universiti Islam Antarabangsa disebabkan kepentingan lain yang boleh
menyumbang kepada kemenjadian pelajar dan sumbangan terhadap negara. Mana-mana
pihak yang fasih berbahasa asing tetapi tidak arif berbahasa Melayu sepatutnya berasa
malu dengan keadaan diri mereka kerana bahasa Melayu merupakan identiti penting bagi
seorang warganegara sebagaimana yang sering kita katakan sebagai bahasa jiwa bangsa.
Tuntasnya, setiap usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu memandang aspek
masyarakat ini kerana segala usaha tersebut tidak akan mencapai kejayaan jika
masyarakat masih memandang bahasa Melayu menurut perspektif yang rendah.

Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun
lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16.
Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara
dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas
merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub
dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa
Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang
merupakan bahasa kebangsaan.

Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan
bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada
sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang
berkuasa telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan.
Mereka tidak mahu menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika
keadaan ini dibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal
dalam arus kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya
terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa
Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asing itu, mereka sukar mendapat
pekerjaan.
Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa
Malaysia dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman,
tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak
untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli dari
dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniru atau
pengguna. Kita janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Malaysia
dipinggirkan kerana kita sendiri yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa
Malaysia sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau
bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris
sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih
berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita
tidaklah sebaik mana.
Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan
bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajarpelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas
itu, mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan
pelajaran mereka ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam pengajiannya.

Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan
badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan
usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan
dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi,
ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya bukubuku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang
tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa
Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus
dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.
Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa
kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis
perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga
menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa
kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor
Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa
menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau
media elektronik supaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan
rasmi.
Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai
tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian
dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus
menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen
penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan
begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan
penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan.
Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama
memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang
proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa
perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang
ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau
mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan
menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan
kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa
Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa
selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut
diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat
mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia
dalam kalangan generasi masa ini.
Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk
memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia.
Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa
Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana
mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para
pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum
pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya
menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks
sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu diterapkan melalui
pendidikan bahasa.

Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia
amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak
kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masingmasing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang
merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan
teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah

menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan
cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja
di negara kita malah di pentas dunia.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan
kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika tidak
siapakah lagi yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa
Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu pertemuan
raksasa antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik,
cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan
segala masalah yang mengancam bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya kebanyakan
orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia haruslah bangun menjadi
penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak bangsa.
Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan
pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan
demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu
disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat
dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk
mempelajari dan menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk
memartabatkan bahasa Malaysia yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada
perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan
ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing.
Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

Soalan 2

2. Mengapakah seakan-akan kurang political will oleh pemerintah negara?


CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG POLITIK
Syed Husin Ali ( 1996; 164-171 ) pernah mengulas kenapa berlakunya fenomena
peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang ditekankan adalah faktor politik
seperti berikut :

Cita-cita untuk mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini menyebabkan


mereka menekankan perkembangan ekonomi serta kemajuan industri dan
menggalakkan sikap go global lebih daripada yang lain yang mempunyai
implikasi juga terhadap bahasa.

Golongan korporat peringkat tinggi dan pertengahan mempunyai pengaruh


yang besar dalam politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan
guru-guru Melayu, tetapi golongan korporat inilah yang berpengaruh dalam
politik. Sikap mereka terhadap bahasa Inggeris memang serius.

Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin politik


lebih terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa dasar
ekonomi, budaya serta bahasa yang liberal adalah popular dan dapat
memperluas pengaruh politik mereka.
Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa telah mengubah dasar
pendidikan dengan mengarahkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa
Inggeris. Alasannya agar rakyat Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat
teknologi moden dewasa ini.
Payung terbesar dari segi perundangan ialah peruntukan yang terdapat di dalam
perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengkanun kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia.
Peruntukan ini menegaskan bahasa Melayu digunakan di semua peringkat rasmi,
khasnya di dalam pemerintahan dan pentadbiran bagi semua negeri di dalam
Persekutuan. Ini juga meliputi seluruh saluran komunikasi serta penyiaran rasmi
kerajaan, sama ada radio, televisyen dan apa jua rangkaian yang sehubungan
dengannya. Oleh kerana itu, setiap penyiaran dan pengumuman rasmi oleh semua
peringkat kepimpinan eksekutif dan birokrasi mestilah di dalam bahasa Melayu.
Sehubungan dengan peruntukan Perkara 152, terdapat juga Akta 32, Akta
Bahasa Kebangsaan 1963, yang disemak dalam 1971 kemudian dikenali Akta
A554, Akta Bahasa Kebangsaan ( Pindaan dan Perluasan 1983 ), yang
mengandungi undang-undang terpinda sebagaimana berkuat-kuasa pada 15 Julai
1983. Akta ini menegaskan bahasa kebangsaan digunakan bagi maksud rasmi.
Akta ini di dalam Perkara 9, memperuntukan tulisan bahasa kebangsaan adalah
tulisan rumi, tetapi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi. Melalui pindaan dan
perluasan 1983, segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Tinggi atau mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau
bahasa Inggeris.
Di awal Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) telah dicatatkan bahawa dasar
pendidikan kebangsaan memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa

pengantar utama. Akta yang sama di dalam Perkara 17 menegaskan bahawa


bahasa kebangsaan sebagai bahasa-bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 18 atau mana-mana institusi
pendidikan yang dikecualikan oleh menteri daripada subseksyen ini.
Sementara itu, bidang pengajian tinggi awam juga tidak boleh bercanggah
dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, setelah 52 tahun
Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran
yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan,
maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003,
penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua
peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan
bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam
Perlembagaan negara, perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa
Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.
Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin
mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Pada tahun
2010, Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan
bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam
bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan
dan diperkasa.
Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi
kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada
yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau
orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan
bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara
lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan
bahasa ibunda mereka telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju
daripada negara barat. Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan
pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa
pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari
dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim ( 1993 ),
Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari
perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan
dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia.
Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul
pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang
masih diperlukan untuk melestarikan ( mengekalkan atau menetapkan ) sekali gus
mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak
perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar
cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem

pendidikan atau pentadbiran.

http://nazarinappgupm2012.blogspot.my/2012/12/bahasa-melayu-diperingkatantarabangsa.html

Soalan 3
3. Mengapakah tekad budaya mencintai bahasa cepat ditelan arus globalisasi?
Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat
impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia
maklum, bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris.
Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam
teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat
supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu
diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran
positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah
negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap
mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.
Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak daripada
menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi
dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat
menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti
Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di
institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa
Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.
Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga


menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi,
telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah
meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan
diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.
Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan
kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara Malaysia yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu
menghadapi cabaran ini dan menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus
pembangunan negara. Bagaimana dengan Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi
maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita
renung dan fikir bersama.
Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi
bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat
dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi
kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan
pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard
yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran
ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era
ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat
bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat
penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?
Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan
kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan
pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu
masih lagi muda atau setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi
berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era
siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan

kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita
percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap
terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita
boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.
Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus
meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku
Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang
tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan
faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara
menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara
itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran
serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa
kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.
Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa
Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan,
pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia
ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk
menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran
yang cukup penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa
Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut
bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan
sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal
ini.

Soalan 4
4. Adakah akta dalam Perlembagaan Negara tidak mencukupi?
Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu berwibawa,
dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan sebagainya.[Kamus Dewan Edisi
Ke-4,2005] Justeru, pemerkasaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang hebat, terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi
kandungan ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya dan
keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009] Pada masa ini, sistem pendidikan
negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat dalam Perkara 152
Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dalam abad ke-21,
bahasa Melayu telah menghadapi cabaran apabila pada tahun 2003, sains dan matematik
dalam semua peringkat diajar dalam bahasa Inggeris. Senario ini telah memberi impak
kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-pejuang
bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu,
Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja dan sebagainya telah diadakan bukan sahaja
di dalam negara malahan di luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan
NGO turut bersama-sama untuk memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan dalam
mata pelajaran sains dan matematik.
Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan matematik akan diajar
dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu kembali dominan
dan diperkasa.
Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap
bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati,
negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda

dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka, telah menjadikan negara
mereka maju malah lebih maju daripada negara barat.
Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya,
masyarakat sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi
yang mahu mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik
Safiah Karim[1993], Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya
jika dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem
pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat
Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain
timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang
masih diperlukan untuk melestarikan (mengekalkan atau menetapkan) sekali gus
mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu
bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau
pentadbiran.

Soalan 5
5. Bagaimanakah maju dengan meminggirkan bahasa ibunda sendiri?
Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat
impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Sedia
maklum, bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris.
Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam
teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat
supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu
diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran
positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah
negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap

mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.


Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak daripada
menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi
dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat
menengah dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti
Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di
institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa
Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.
Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh
perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga
menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi,
telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah
meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan
diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.
Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan
kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara Malaysia yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu
menghadapi cabaran ini dan menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus
pembangunan negara. Bagaimana dengan Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi
maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita
renung dan fikir bersama.
Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi
bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat
dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi
kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan
pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard
yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran

ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era
ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat
bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat
penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?
Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan
kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan
pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu
masih lagi muda atau setahun jagung dari sudut peristilahan sains dan teknologi
berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era
siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan
kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita
percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap
terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita
boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.
Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus
meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam buku
Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan teknologi yang
tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan
faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara
menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara
itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran
serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa
kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.
Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa
Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan,
pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia
ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk
menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran

yang cukup penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa
Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut
bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan
sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal
ini.
Soalan 6
6. Adakah ini disebabkan oleh faktor pasaran atau kelemahan pasaran?
Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan
dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan
penggunaan bahasa Melayu dari segi pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan
sebagainya. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah
golongan remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan
remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup membimbangkan dan jika
tidak ditangani dengan segera, sudah pasti keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran
atau berkumandang lagi.
Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis atau program
di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban
untuk mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau
rancangan, pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun,
perkara yang sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir,
pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penontonnya majoritinya
berbangsa Melayu.
Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan mereka.
Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu
ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah Saya
mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Begitulah

dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu Dalam hal ini you paling best. How are
you today..harap OKlah.Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan
atau program televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung,
sudah tentu memberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di
negara ini.
Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka cukup
membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan
kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit.
Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan, mereka menggunakan bahasa rojak dan
berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa
ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis,
morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan
dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata
dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa
menghantar sms.
Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), wlam
(waalaikumsalam),

dowang

(mereka),

tipon

(telefon)

dan

persal

(mengapa).

Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia)
dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila),
camner (bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21
merupakan

satu

cabaran

yang

boleh

merosakkan

keteraturan,kehalusan

dan

keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang


menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan martabat dan
kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa
ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi
sedikit oleh pengguna bahasanya.

http://nazarinappgupm2012.blogspot.my/2012/12/bahasa-melayu-diperingkatantarabangsa.html

Soalan 7
7. Apakah strategi terbaik menangani dan memperkasa bahasa ibunda?
Status atau kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini
makin tercabar di negara kita kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh
terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekali gus meminggirkan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam konteks negara bangsa.
Kedudukan bahasa kini mula mengalami perubahan yang ketara apabila bahasa Inggeris
mula digunakan dalam kehidupan seharian. Pelbagai usaha telah, sedang, dan akan
dijalankan bagi mempertahankan dan memantapkan kedudukan penggunaan bahasa
Melayu agar tidak lenyap di telan zaman.
Antara cadangan yang boleh diambil dan dilakukan oleh semua pihak adalah seperti
mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata
pelajaran di sekolah rendah, menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali
kepada dasar PPSMI. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa
Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman
yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan
inovatif. Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan
kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa
Melayu yang tinggi. Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi
merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.
Peribahasa ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Peribahasa ini jelas
menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai sesuatu. Begitu juga
dengan bahasa kita. Apabila mengenali bahasa kebangsaan kita, kita akan sentiasa dapat
menyemai sikap cintakan negara walau ke mana pun kita pergi. Sebagai contoh, jika kita
berpeluang untuk ke negara luar, kita seharusnya memperkenalkan bahasa Melayu dan
berbangga apabila bertutur dalam bahasa ini. Jika sudah terbiasa, maka semakin tinggilah
penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan ini.
Selain itu, Malaysia juga sedang berusaha untuk merealisasikan Wawasan 2020.

Dalam menjayakan wawasan ini, kita seharusnya mempunyai identiti sendiri yang
mampu menaikkan nama negara di mata dunia. Rakyat Malaysia yang memasuki
pertandingan atau perlawanan sukan hingga ke peringkat antarabangsa seharusnya
mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.
Langkah seterusnya ialah dengan melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. Dalam mengejar era
globalisasi ini, elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ialah
sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.
Dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, peranan guru amatlah mustahak kerana
melalui pendidikan murid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di
Malaysia. Selain itu, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru
adalah untuk menyemai semangat cintakan bahasa kepada generasi muda Malaysia
supaya mereka fasih berbahasa Melayu, menghormati dan berbangga dengan bahasa
Melayu yang menjadi cerminan sebagai identiti rakyat Malaysia.
Antara lain, penghayatan, pemahaman dan kepekaan dalam bahasa Melayu harus
diperjuangkan sebagai bahasa kebangsaan yang moden dan bahasa ilmu dalam usaha
pembinaan negara bangsa menjadi arus yang selaras dengan arus globalisasi itu sendiri.
Kerjasama seluruh lapisan masyarakat amat diperlukan bagi menjaya dan mewujudkan
negara bangsa yang unggul ini. Bagi mencapai tahap ketinggian, keindahan bahasa
sebagai lambang estetika dalam berbahasa memerlukan pengorbanan dan pengabdian
terhadap seni bahasa itu atau perasaan cinta terhadap seni bahasa tersebut. Seiring dengan
wawasan ini, kita harus bersedia untuk menguasai bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain.
Kesimpulannya, jelas sudah kita lihat betapa pentingnya peranan bahasa dalam
membina tradisi keilmuan. Oleh itu, bahasa Melayu harus diperjuangkan dan diletakkan
sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem pendidikan, pentadbiran
malahan dalam semua agenda negara. Kita juga harus ingat bahawa bahasa Melayu ini
bukan sahaja berperanan sebagai bahasa saintifik malah sebagai satu wahana buat
masyarakat Malaysia bagi menyatupadukan pelbagai kaum dalam usaha mencapai
perpaduan nasional seperti yang diharapkan dahulu. Oleh yang demikian, kita sebagai
penutur asli bahasa ini seharusny berusaha untuk mengekalkan bahasa ibunda kita supaya

tidak lapuk dek zaman dan terus menjadi bahasa yang dihormati oleh orang lain.

http://nota-budak-ipg.blogspot.my/2014/06/cadangan-langkah-memartabatkanbahasa.html

Anda mungkin juga menyukai