Anda di halaman 1dari 1

Petua Untuk Memagar Diri Sendiri :Diperturunkan ilmu memagar diri dari ancaman sihir dan pencuri yang

diamalkan dari sejak dahulu


oleh para ambiya.
Waktunya: Selepas solat maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri dan hari Jumaat
bagi memagar rumah.
Caranya::- Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
:- Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.
:- Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul,
seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan
bahawa di hadapan anda ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi,
hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
:- Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di
belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna
perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga anda berada dalam satu tembok empat
persegi yang sempurna.
:- Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi yang lebuh afdal jika diamalkan
seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah
berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan anda semua. Jadikannya amalan dan yang
lainnya berserah sahaja pada Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai