Anda di halaman 1dari 5

2.

3 Ciri Sosial
a)
Semasa zaman gelap di Eropah, kehidupan masyarakat kucar kacir dan
tidak menentu. Hal ini disebabkan kemerosotan dalam pelbagai bidang seperti
ilmu pengetahuan menyebabkan segelintir masyarakat terjebak dalam pelbagai
masalah sosial atau kegiatan jenayah. Pada ketika itu, masyarakat Rom hidup
dalam kemiskinan dan mengalami kehidupan yang

porak peranda seperti

keadaan hidup yang tidak teratur dan tidak selamat. Buktinya, pembunuhan,
rompakan dan aktiviti jenayah berlaku dengan begitu berleluasa. Kemerosotan
perdagangan juga menyebabkan berlaku konsenstrasi kepada tanah dan petani
bebas emnajdi semi-scarf. Keadaan ini memusnahkan kelas petani bebas yang
menajdi tulang belakang empayar Rom. 1 Golongan petani dilayan seperti hamba
malah rasuah, kejahilan dan ketidakstabilan mempakan sebahagian daripada
kehidupan harian.

Sebelum abad ke-15 Masihi, rata-rata kehidupan masyarakat Eropah berada


dalam

lingkungan

sistem

pemerintahan

bercorak

feudal.

Gereja

Katolik

mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan sosial masyarakat di Eropah


pada Zaman Gelap. Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa
selain memiliki hartanah yang banyak. Institusi ini lebih mementingkan kegiatan
amalan agama dan pembelajaran ilmu kerakhiratan namun kurang memberi
fokus kepada aspek duniawi. Gereja juga berperanan sebagai penasihat raja
dalam pentadbiran serta menjalankan urusan keagamaan seperti amalan agama
1 Sivachandralingam Sundara raja
2 Mohamad Kamal Bin kamaruddin, Khairi bin Ariffin. (2013). Sejarah Peradaban Eropah
Dari Zaman Pertengahan hingga zaman moden. Emeritus Publications. Perak. Tanjung
Malim

dan ilmu akhirat. Institusi gereja banyak mempengaruhi aspek kehidupan


masyarakat Eropah pada ketika itu malah dianggap telah menyeleweng kerana
gagal memenuhi dan memuskan tuntutan serta harapan rakyat masyarakat
Eropah yang mana tidak memberi peluang kepada usaha, bakat, kemahuan dan
nilai individu untuk berkembang mengikut landasan yang boleh memberi
manfaat kepada individu itu sendiri.

Kesannya, wujud jurang perbezaan yang

agak ketara antara golongan paderi dengan orang awam. Perbezaan ini seolaholah mewujudkan diskriminasi sosial apabila orang awam tidak diberikan hak dan
peluang untuk turut sama terlibat dalam urusan gereja dan hal ehwal agama
Kristian. Selain itu, Kitab Bible juga dikekalkan dalam bahasa Latin yang mana
orang awam tidak dapat membaca dan memahaminya atas alasan untuk
memelihara kemutlakannya. Tambahan daripada itu, orang awam juga tidak
diberikan kebebasan untuk melaksanakan upacara peribadatan terhadap Tuhan
secara individu melainkan dengan kehadiran golongan paderi. Dalam hal ini,
hanya

golongan

paderi

dan

pihak

gereja

sahaja

yang

berhak

untuk

mengendalikan upacara-upacara keagamaan misalnya pengampunan dosa,


baptism, dan peringatan. Keadaan ini menyebabkan kedudukan dan pengaruh
institusi kegerejaan menjadi semakin kukuh dan bersifat mutlak sehinggakan
mereka memainkan peranan yang penting dalam menentukan corak politik dan
pentadbiran di istana.

Gereja Katolik juga mengatur kehidupan masyarakat yang mana masyarakat


dikehendaki mematuhi arahan Gereja. Gereja menjadi institusi yang menyatukan
masyarakat pada ketika itu selain melindungi masyarakatnya dari anasir yang
3 Muhd. Yusof Ibrahim. (1990). Satu Tinjauan Tentang Bentuk dan
Perkembangan falsafah Sejarah Zaman Kesedaran di Eropah.Jebat 18. Hlm. 38.
4 Mohd Zariat Ab Rani. (2001). Gerakan Reformasi Gereja Di Eropah Dan
Kesannya Terhadap Pegangan Seksualiti Masyarakat Barat. Jurnal Usuluddin, Hlm.
33-54

tidak baik. Gereja pada ketika itu bersifat mengongkong dan mempengaruhi
kelembapan perkembangan ilmu. Sebelum berlaku proses pemindahan ilmu dari
tamadun Islam ke tamadun barat, masyarakat Eropah berada pada zaman
kegelapan5. Selain itu, masyarakat Rom juga dikatakan mundur dalam segala
aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah daripada sudut ilmu dan
intelek (Wan Fuad Wan Hassan 1996) 6. Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan
merosot dan dunia Eropah dilihat lebih banyak ilmu mendapatkan ilmu daripada
dunia Islam demi meningkatkan pencapaian masyarakat.
Selepas empayar Rom barat jatuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah
turut musnah. Keadaan tidak stabil ini membawa kepada kemunculan golongan
baron atau lebih dikenali sebagai tuan tanah. Kehidupan pada ketika itu tidak
tenteram malah para petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah
malah terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah sebagai
balasan mendapatkan perlindungan. Namun, bagi petani yang tidak mampu
membayar cukai, mereka terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada golongan
tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba. Para petani mendapatkan perlindungan
daripada golongan tuan tanah manakala tuan tanah mendapatkan perlindungan
daripada golongan raja. Sebagai balasannya, golongan tuan tanah perlu
memberikan perkhidmatan atau membayar cukai kepada raja. Hubungan yang
berlangsung anarra rakyat dan tuan tanah ini pada akhirnya membawa kepada
pembentukan sistem feudal di Eropah.7

5 Mohd Roslan Mohd Nor. (2009). Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan


Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan. Kertas Kerja Seminar
Baldatun Toyyibah: Model Andalusia. Anjuran Persatuan Ulama Malaysia dan
Masjid Negeri Shah Alam. Shah Alam, 24 Januari.
6 Wan Fuad Wan Hassan. 1996. Ringkasan Sejarah Sains: Bagaimana Sains
Sampai ke Eropah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walaubagaimanapun, perubahan ekonomi yang melanda benua Eropah ini,


akhirnya membawa perubahan yang sangat besar terhadap institusi gereja yang
tidak melepaskan peluang bagi mengumpul kekayaan material. Benua Eropah
pada pertengahan kurun ke-14 mengalami proses perubahan inteletektual yang
sangat ketara hasil bermulanya gerakan Renaissance yang berlaku selepas
Zaman Gelap.

RUJUKAN
Bell, B. (1971). The Dark ages in Ancient History. I. The First dark Age in Egypt.
American Journal of Archaelogy, 75(1): 1-26.
Mohd

Roslan

Mohd

Pemerintahan Islam

Nor.

(2009).

Sejarah

Perkembangan

dan

Kejatuhan

di Andalusia: Teladan dan Sempadan. Kertas Kerja

Seminar Baldatun Toyyibah: Model

Andalusia.

Anjuran

Persatuan

Ulama

Malaysia dan Masjid Negeri Shah Alam. Shah Alam, 24 Januari.


Mohd Zariat Ab Rani. (2001). Gerakan Reformasi Gereja Di Eropah Dan Kesannya
Terhadap

Pegangan Seksualiti Masyarakat Barat, Jurnal Usuluddin, 33-54.

Sivachandralingam Sundara Raja sama dgn DAYE


Wan Fuad Wan Hassan. (1996). Ringkasan Sejarah Sains: Bagaimana Sains
Sampai ke Eropah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7 Bell, B.. (1971). The Dark ages in Ancient History. I. The First dark Age in Egypt.
American Journal of Archaelogy. 75(1). Hlm. 2

Mohamad Kamal Bin Kamaruddinn & Khairi bin Ariffin. (2013). Sejarah
Peradaban Eropah Dari Zaman Pertengahan Hingga Zaman Moden. Tanjung
Malim : Emeritus Publications.

Anda mungkin juga menyukai