Anda di halaman 1dari 1

Masalah-masalah yang timbul di dalam pengajaran kelas

Dapat dinyatakan bahawa masalah di dalam bilik darjah sememangnya tidak


dapat dielakkan. Malah salah satu masalah yang dibincangkan yang sering
timbul di dalam kelas ialah masalah emosi guru. Ada kalanya disebabkan oleh
sesuatu hal yang tidak disukai oleh guru, maka guru akan mula stres dan pelajar
menjadi mangsa dengan memarahi mereka. Contoh situasi yang pernah berlaku
seperti hanya disebabkan oleh seorang pelajar yang membuat bising dan tidak
mengendahkan arahan guru, maka guru tersebut bertindak mengejar pelajar
tersebut sehingga ke bawah meja dan mengetuk meja tersebut kerana terlalu
marah.

Cadangan untuk menyelesaikan masalah

-Seorang guru perlu mewujudkan suasana yang ceria bagi menarik perhatian
pelajar kepada sesi pembelajaran.

-Seseorang itu perlulah mengatur masa dengan teliti (Nurhaimi Abdul Rahman,
2014). Begitu juga dengan pendapat Bunsie Anak Tunton (1998), konsep
pengurusan masa didefinisikan sebagai pengurusan sumber diri dengan cekap
dan sistematik terutamanya penggunaan masa yang efektif untuk mencapai
matlamat yang penting. Oleh itu, merancang, mengurus, mengelola, melaksana
dan mengawal pengurusan masa yang baik dapat membantu mengurangkan
stres semasa melaksanakan kerja yang banyak.

Anda mungkin juga menyukai