Anda di halaman 1dari 12

Perancangan Akademik

JTW 480/4
PROJEK
PENGURUSAN
Sidang Akademik 2016/2017
KELAS SIDANG VIDEO
SIDANG VIDEO

TARIKH

MASA

24/9/2016

10:00 11:00 pagi

2
3
4
5
6

- 1-

JTW 480/4 PROJEK PENGURUSAN


PENGURUS-PENGURUS KURSUS
Bidang Pemasaran
Dr. Azli @ Meor Azli Ayub (PENYELARAS PROJEK) azli@usm.my
Dr. Mohd Faiz Hilmi faiz@usm.my
Dr. Siti Haslina Md Harizan sitihaslina@usm.my
Bidang Organisasi
Prof. Madya Dr. Issham Ismail issham@usm.my
Dr. Norziani Dahalan @ Omar norziani@usm.my
Dr. Wan Afezah Wan Abdul Rahman afezah@usm.my
Dr. Muhammad Hasmi Abu Hassan Asaari hasmi@usm.my
Dr. Che Supian Mohamad Nor supian@usm.my
Dr. Nasina Mat Desa nasina@usm.my
Bidang Kewangan
Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob zulnaidi@usm.my
Dr. Rafisah Mat Radzi rafisah@usm.my
Dr. Foong Swee Sim foongss@usm.my
Dr. Zarina Md Nor zarina.nor@usm.my

1. TUJUAN KURSUS
Kursus ini bertujan membolehkan pelajar mendalami sesuatu aspek pengurusan yang
diminati. Di samping itu kursus ini juga memberi mereka pengetahuan dan pengalaman
mengendalikan kajian ilmiah sebagai persedian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
sarjana atau menyediakan laporan kajian pengurusan yang lengkap. Pelajar juga akan
mempelajari penggunaan perisian statistik untuk membantu mereka menganalisa data
kajian.

- 2-

2. KELAS SIDANG VIDEO


Pelajar wajib menghadiri kelas sidang video atau teletutorial webex. Kelas ini hanya
diadakan sekali sahaja. Kelas sidang video atau webex ini diadakan dalam bentuk
perbincangan dua hala antara pelajar dan pensyarah.
3. TAJUK
Setiap pelajar dikehendaki memilih tajuk kajian mengikut pengkhususan (major) yang
diambil. Untuk mendapatkan tajuk yang bersesuaian dengan pengkhususan, pelajar
digalakkan untuk membuat pembacaan atau pencarian maklumat lanjut. Pelajar perlu
membuat lintasan kesusasteraan (literature review) untuk mendapat maklumat awal
tentang tajuk yang dikaji. Pelajar boleh berhubung terus dengan bakal penyelia untuk
mendapatkan bimbingan.
4. KERTAS CADANGAN (Research Proposal)
Kertas cadangan ini dibahagi pada dua bahagian iaitu; kertas cadangan awal dan deraf
pertama kajian.
(a)

Kertas cadangan awal

Pelajar dikehendaki menghantar kertas cadangan awal (5-10 mukasurat) yang


mengandungi perkara-perkara berikut sebelum/pada 31 Oktober 2016.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Pengenalan
Objektif Kajian
Lintasan Susastera/tinjauan literatur
Kerangka teoritikal
SILA NYATAKAN NAMA PENYELIA. Anda WAJIB mempunyai penyelia semasa
menghantar kertas cadangan anda.
(b)

Deraf Pertama Kajian

Berdasarkan maklumbalas penyelia ke atas kertas cadangan, Pelajar DIWAJIBKAN


menghantar deraf pertama kajian sebelum atau pada 30 Disember 2016. Pelajar yang
tidak menghantar draf pertama mengikut jadual akan dikenakan penalti dari segi gred.
Deraf pertama kajian merupakan perincian kepada kertas cadangan awal. Perkara -perkara
dalam kertas cadangan ialah;
(i)
Pengenalan
(ii)
Lintasan Susastera/tinjauan literatur
(iii)
Kerangka teoritikal
(iv)
Metodologi
- 3-

(v)

Soalan kaji selidik (jika perlu)


Pelajar perlu menyiapkan soal selidik kajian (jika perlu) sebelum kursus intensif sebagai
persiapan mengikut kelas latihan perisian statistik yang akan diadakan semasa kursus
intensif.
5. PENYELIAAN
Pengerusi Rancangan Pengurusan, Dr. Meor Azli Ayub adalah Penyelaras untuk kursus
JTW 480 Projek Pengurusan ini.
Setiap pelajar mempunyai penyelia masing-masing yang terdiri daripada semua pensyarah
bahagian pengurusan.
Pelajar perlu kerap berhubung dengan penyelia masing-masing untuk memastikan
keberkesanan dan kelancaran kajian yang dijalankan.
Semua pelajar mesti sentiasa melayari portal e-pembelajaran kursus JTW 480.
6. PENILAIAN
Penilaian untuk kursus ini bergantung 100 peratus berdasarkan laporan akhir pelajar.
Pelajar yang gagal menghantar laporan akhir akan mendapat gred F dan tidak boleh
BERGRADUAT.
Pelajar dikehendaki menyediakan DUA (2) salinan laporan akhir. (SATU hard copy dan
SATU soft copy) diserahkan kepada penyelia kursus masing-maing dan tidak akan
dikembalikan ATAU penyerahan laporan akhir Projek Pengurusan bergantung kepada
arahan penyelia pelajar berkenaan dari semasa ke semasa.
Markah untuk laporan akhir pelajar akan dinilai berasaskan kepada perkara-perkara
berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Abstrak/Pengenalan
Ulasan kesusatera/tinjauan literatur
Kerangka teoritikal/ Metodologi Kajian
Hasil kajian
Perbincangan dan Kesimpulan
Kesinambungan idea keseluruhan teks
Keaslian laporan

PERINGATAN: Jika panel pemeriksa mendapati pelajar sama ada meniru, menyedut,
menciplak atau menyalin ayat dari pihak lain sama ada daripada buku, laporan,
artikel, tesis sehinggakan tiada keaslian dalam kajian pelajar, secara automatik anda
akan diberi markah gagal untuk kursus ini.
- 4-

7. TARIKH AKHIR PENYERAHAN LAPORAN AKHIR PROJEK PENGURUSAN


Laporan akhir kajian Projek Pengurusan, Sidang Akademik 2016/2017 ini perlu diserahkan
kepada pusat pengajian sebelum atau pada 12 Mei 2017.

8. CADANGAN JADUAL AKTIVITI DAN KERJA PENYELIDIKAN


TARIKH

AKTIVITI/KERJA YANG PERLU DILAKSANAKAN

Sept dan Okt 2016

Pemilihan tajuk dan cadangan awal kajian


Membuat tinjauan literatur berkait dengan tajuk kajian
Berhubung dengan penyelia untuk berbincang tentang tajuk
kajian
Menyedia dan menghantar cadangan awal kajian kepada
PPPJJ sebelum 31 Oktober 2016.
Perbincangan dengan Penyelia diteruskan dari semasa ke semasa
tinjauan literatur; kerangka kajian; soalan soal selidik;
merangka kerja lapangan
Mula menulis rangka laporan mengikut bab (bab 1, 2 dan 3)
Menghantar deraf pertama kajian kepada penyelia (tarikh
akhir penerimaan deraf awal 30 Disember 2016)
Aturkan pertemuan dengan penyelia semasa minggu intensif
Perbincangan intensif bersama penyelia
Kelas latihan penggunaan perisian SPSS
Pengutipan data
Analisis data
Analisis data mengikut kerangka kajian
Berbincang dengan penyelia tentang dapatan kajian
Penulisan bab 4 dan bab 5
Mendapat maklumbalas daripada penyelia
Menyediakan laporan akhir
Pembetulan dan ubah suai
Kemaskini semua bab
Serahan laporan akhir kajian sebelum atau pada 12 Mei 2017

19 Januari 2017
9 Feb 2017
Februari 2017
Mac 2017

Mac April 2017

9. FORMAT LAPORAN
(a) Untuk cetakan gunakan kertas bersaiz A4 sahaja dan ditaip atau dicetak pada
sebelah muka sahaja.

- 5-

(b) Saiz huruf (font) ialah 12. Gunakan Font Arial atau Times New Roman dan langkau
dua baris.
(c) Birai (margin) yang ditetapkan ialah tepi sebelah atas 2.5cm, tepi sebelah kanan 2.5
cm, tepi sebelah kiri 3.5 cm dan tepi sebelah bawah 3.5 cm.
(d) Catatan Bibliografi mestilah mengikut gaya APA.
(e)

Rujukan untuk teks, bibliografi dan apendiks hendaklah diberi nombor berurutan
dalam angka Arab.

10. GARIS PANDUAN LAPORAN AKHIR KAJIAN


Pelajar digalakkan menyediakan laporan akhir kajian dengan berpandukan garis panduan
seperti berikut: (sila rujuk pada penyelia masing-masing untuk panduan muktamad
terutama tentang isi kandungan laporan)
1. PENGENALAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6

Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
Persoalan kajian
Skop kajian
Kepentingan kajian
Ringkasan dan Aturan keseluruhan laporan

2. LINTASAN SUSASTERA/TINJAUAN LITERATUR


2.1 Ulasan literatur untuk topik dikaji
2.2 Ringkasan
3. KERANGKA TEORITIKAL DAN METODOLOGI
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6

Kerangka teoritikal
Pendekatan Penyelidikan
Subjek penyelidikan
Soalan kaji selidik
Kaedah Statistik yang digunakan
Ringkasan

4. HASIL KAJIAN
4.1 Gambaran keseluruhan bagaimana data dikutip
4.2 ujian hipotesis dan dapatan
- 6-

4.3 Ringkasan
5. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5

Perbincangan
Implikasi
limitasi kajian
Cadangan untuk kajian masa hadapan
Kesimpulan

BAB 1 : PENGENALAN
PENGENALAN
Pengenalan terhadap sabjek atau masalah dikaji
Dalam pengenalan ini anda perlu kenalpasti perkara utama yang perlu diberi
perhatian, teori, perundangan, peraturan kerajaan, peristiwa atau perubahan sosial,
isu semasa persekitaran yang menjadikan kajian itu kritikal, berkait dan bernilai
untuk dijadikan kajian
Persoalan yang perlu dijawab;
Apakah tajukyang hendak dikaji?
Apakah latar belakang tajuk dikaji
Kenapa tajuk tersebut penting dan bernilai untuk dikaji
1.1 Pernyataan Masalah
Pernyataan masalah ini perlu seiring dengan latar belakang kajian yang dinyatakan
dalam pengenalan
Anda perlu nyatakan kenapa perlu mengkaji tajuk ini dengan berdasarkan daripada
tinjauan literatur
Nyatakan dengan jelas tetapi ringkas soalan utama penyelidikan
Apakah pernyataan untuk masalah tersebut?
1.2 Objektif Kajian
Nyatakan objektif spesifik bagi menjawab soalan penyelidikan
1.3 Persoalan kajian
- 7-

Persoalan kajian perlu seiring dengan pernyataan masalah dan objektif kajian
Daripada pernyataan masalah anda mungkin ingin menjawab beberapa persoalan
dalam kajian tersebut
Persoalan kajian akan membantu anda dalam pembentukan hipotesis
1.4 Kepentingan kajian
Nyatakan kepentingan kajian
Kenal pasti sumbangan utama/signifikan topik penyelidikan anda
Persoalan perlu dijawab
Nyatakan sumbangan kajian anda terhadap;
Amalan pengurusan
Polisi dan peraturan kerajaan
Implikasi teoritikal dan metodologi
1.5 Ringkasan dan aturan keseluruhan laporan
Sediakan sipnosis untuk aturan keseluruhan laporan.
BAB 2 : LINTASAN SUSASTERA/TINJAUAN LITERATUR
PENGENALAN
2.1 Ulasan literatur untuk topik dikaji
Kenalpasti ulasan literatur untuk setiap pembolehubah dikaji
Kenalpasti ulasan literatur yang mempunyai hubungan dengan topik kajian
Anda perlu membuat penilaian terhadap ulasan literatur tentang penemuanpenemuan kajian lepas
2.2 Kesimpulan
Ringkaskan isi kandungan bab ini.
BAB 3 : KERANGKA TEORITIKAL DAN METODOLOGI
PENGENALAN
3.1 Kerangka Teoritikal
- 8-

Kenalpasti pembolehubah yang dikaji


Jelaskan perhubungan pembolehubah tersebut dengan rajah
Huraikan hipotesis kajian
3.2 Pendekatan Penyelidikan
Jelaskan pendekatan penyelidikan anda sama ada kajian deskriptif, penerokaan
atau sebab akibat.
3.3 Subjek penyelidikan
Jelaskan tentang populasi dan sampel yang digunakan dalam kajian
Unit analisis samada individu atau organisasi
Jenis pensampelan yang digunakan
3.4 Soalan kaji selidik (jika kajian anda menggunakan soal selidik)

Jelaskan soalan kaji selidik yang digunakan dalam kajian


Jelaskan proses pembinaan soal selidik
Jenis Skala yang digunakan
Edaran soal selidik

3.5 Kaedah Statistik


Jelaskan kaedah statistik yang digunakan (SPSS, AMOS, SAS)
Ujian yang digunakan untuk menguji hipotesis
3.6 Ringkasan
Ringkaskan isi bab ini.

BAB 4 : HASIL KAJIAN


4.1 Gambaran keseluruhan bagaimana data dikutip
Jelaskan secara ringkas proses kutipan data
4.2 Ujian hipotesis dan dapatan/hasil
Nyatakan dapatan ujian hipotesis
- 9-

Nyatakan sama ada hipotesis kajian disokong atau sebaliknya


Persembahkan data dalam bentuk jadual atau illustrasi lain yang berkaitan
4.3 Ringkasan
Nyatakan kesimpulan daripada hasil dapatan
BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Perbincangan
Bincangkan dapatan kajian daripada bab 4 dan kaitkan dapatan anda dengan
ulasan literatur dalam bab 2
Terangkan hasil dapatan anda iaitu signifikan atau tidak signifikan mengunakan
teori atau sumber-sumber daripada artikel
5.2 Implikasi
Apakah implikasi dapatan kajian anda kepada;
Literatur
Amalan pengurusan
5.3 limitasi kajian
Nyatakan limitasi kajian anda
5.4 cadangan untuk kajian masa hadapan
Sediakan cadangan untuk kajian masa hadapan
5.5 Kesimpulan
Bincangkan bagaimana objektif dan soalan penyelidikan telah dicapai dalam kajian
ini.
Nyatakan dapatan utama kajian dan implikasi.

- 10 -

JTW 480
Projek Pengurusan
Sidang Akademik 2016/2017
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh,Universiti Sains Malaysia

KERTAS CADANGAN
Nama
No. Pendaftaran
No. K/P
Pusat Wilayah

Tajuk Kajian:
____________________________________________________________________
_______

______________________________________________________________________
________________________

Nama Cadangan Penyelia


Cadangan 1:
Cadangan 2:
PERHATIAN
1.

Lengkapkan maklumat di atas.


- 11 -

2.

Kertas Cadangan mesti TIBA DI PPPJJ tidak lewat dari 31


Oktober 2016

- 12 -

Anda mungkin juga menyukai