Anda di halaman 1dari 2

Pembantu akaun PIBG didakwa guna cek palsu

Hari ini, 3:35 petang Hari ini, 3:38 petang

Seorang pembantu akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah didakwa di
Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas 28 pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah
RM20,800.

Ew Bee Hoon, 38, yang juga seorang suri rumah, mengaku tidak bersalah atas kesemua
pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, wanita itu didakwa dengan curangnya telah menggunakan
suatu dokumen cagaran berharga palsu sebagai tulen iaitu 28 keping cek CIMB berjumlah
RM20,800.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bank CIMB Taman Putra, Ampang, Public
Bank, Taman Pandan Indah dan PI Auto Service Centre, No 75, Jalan 2M Pandan Industri,
Ampang Jaya, antara Julai 2013 hingga Disember 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 467 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum
20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene dan Noor Fadzlin Abd Zawawi tidak menawarkan
sebarang jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Wanita itu, yang diwakili peguam Kelvinder Singh Sidhu, memohon mahkamah membenarkan
jaminan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik semasa siasatan polis dan tidak
mempunyai kebarangkalian untuk melarikan diri.

"Tertuduh juga telah berkahwin dan mempunyai tiga anak berusia 10, 14 dan 16 tahun.
Suaminya pula bekerja di pusat cuci kereta dengan pendapatan RM2,500 sebulan," katanya.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk semua pertuduhan
dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes.

Bernama
57

Anda mungkin juga menyukai