Anda di halaman 1dari 1

PULAU PINANG, 23 Mac: Penggiat seni perlu memikirkan cara untuk mempelbagaikan dan

memperluaskan jangkauan produk kesenian yang mampu disalurkan dan dimanafaatkan oleh
masyarakat terkebawah.
Prof. Susie See Ching Mey, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat),
Universiti Sains Malaysia berkata, konsep seni sebagai sesuatu yang ekslusif hanya kepada
pihak-pihak tertentu yang memahami bidang tersebut semata-mata harus diubah kerana seni
perlu bergerak lebih jauh ke dalam masyarakat khususnya dalam dunia global hari ini.
Kita harus mula memikirkan bagaimana seni dunia seni dapat disebarluaskan kepada
masyarakat dan lebih penting dari itu, memberikan manafaat kepada masyarakat terkebawah
menerusi penghasilan produk-produk tertentu yang boleh dizahirkan dalam bentuk falsafah,
produk tampak, polisi atau pun idea ke arah penambahbaikan nilai kehidupan masa kini, kata
beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Seni Persembahan Sebagai Industri
Kreatif di Asia 2011 (Performing Arts as Creative Industry in Asia PACIA) di Dewan Budaya
hari ini.
Tambah beliau lagi, dalam dunia global berlandaskan internet, dunia seni bukan lagi menjadi
milik satu displin pengajian semata-mata tetapi harus merentasi bidang-bidang lain yang sebelum
ini jarang sekali dikaitkan dengan aspek kesenian.
Idea rentas bidang ini ini harus dipertimbangkan secara serius oleh setiap penulis, intelek, artis,
pereka, pengarah, cendekiawan dan pengamal kesenian kerana aspek kesenian dalam dunia
global harus mula meninjau potensi-potensi baru untuk berkembang, tegas beliau lagi.
PACIA dianjurkan oleh Pusat Pengajian Seni USM bagi menyediakan medan perbincangan ke
arah pembangunan seni persembahan sebagai sebuah industri kreatif yang berupaya
menyumbang kea rah pembangunan sesebuah negara.
Menurut Dr. A.S. Hardy Shafii, yang juga Pengerusi PACIA, persidangan dua hari ini turut
menganalisa bentuk karya baru, kesinambungan seni persembahan dan seni kreatif yang
melibatkan fesyen, seni bina, seni halus, filem, muzik, pengiklanan, televisyen, radio serta genregenre penulisan kreatif antarabangsa dengan penglibatan lebih 200 peserta dari Australia, Poland,
India, Indonesia, Hong Kong, Mesir dan juga Malaysia.
Selain pembentangan lebih 50 kertas kerja, dua tokoh terkemuka, Prof. David Knight dari
Middlesex University, United Kingdom dan penggiat seni teater, Dato Faridah Merican turut
berkongsi pengalaman menerusi pembentangan ucap utama di persidangan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai