Anda di halaman 1dari 19

BIMBINGAN & KAUNSELING

KANAK-KANAK
KONSEP, MATLAMAT
DAN PRINSIP
PERKHIDMATAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

KONSEP ASAS
BIMBINGAN,
KAUNSELING DAN
PSIKOTERAPI

BIMBINGAN
Satu pola perkhidmatan yang merangkumi
orientasi, maklumat pendidikan, kerjaya, inventori,
kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.
~ McDaniel dan Shaftel, 1957 ~
Suatu proses yang membantu individu
memahami diri mereka dan dunia mereka.
~ Shertzer dan Stone, 1981 ~
Proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan
bersistem yang boleh membantu individu
melalui daya usahanya sendiri
~ D.W. Lefever ~

Sambungan

Bantuan yang diberikan kepada seseorang individu


untuk menentukan matlamat-matlamat jangka
pendek dan jangka panjang, merancang cara
bertindak, memperbaiki sikap dan tingkah laku dari
aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu
~ Alice Crow, 1964 ~
Proses memberi bantuan kepada murid
untuk memperkembangkan potensi
dirinya secara maksimum, membimbing ke arah
pemahaman,pengetahuan dan kemahiran

KAUNSELING

Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika


yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk
membantu klien menunjukkan tingkah laku yang
mendorong kepada penyelesaian masalah klien.
~ Krumboltz, 1965 ~

Sambungan

Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling


dan bidang lain yang berkaitan dengan sains
tingkah laku untuk membantu mempelajari
bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah,
membuat keputusan berkenaan dengan pemilihan
kerjaya, pertumbuhan kendiri, perkahwinan,
keluarga, atau perkara interpersonal lain.
~ Persatuan Kaunseling Amerika, 1980 ~

Sambungan

Kaunseling merujuk kepada perhubungan


profesional antara seorang kaunselor terlatih
dan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat
person-to-person, walaupun kadang-kadang
melibatkan lebih dari dua orang. Perhubungan
ini dibentuk untuk membantu klien memahami
dan menyatakan pandangan mereka
tentang ruang hidupnya, dan mempelajari
mencapai matlamat pilihan kendiri melalui
pilihan yang bermakna dan bermaklumat
setelah menyelesaikan masalah yang bersifat
emosional dan interpersonal.
~ Burks dan Stefflre, 1979 ~

Sambungan

Kaunseling adalah satu perbincangan antara


seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang
individu atau kelompok kecil yang mengalami
kekeliruan dan memerlukan bantuan,
bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa
alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan
dan seterusnya melaksanakan
alternatif yang dipilih.
~ Zainal Abidin, 2002 ~

PSIKOTERAPI

Sejenis rawatan psikologi yang dijalankan oleh


pakar dalam bidang kejiwaan seperti
psikiatri

MATLAMAT
BIMBINGAN
DAN
KAUNSELING

Matlamat antara seorang klien dengan klien


adalah berbeza. Hal ini bergantung kepada
perspektif yang dibincangkan. Kaunselor perlu
bantu klien mencapai matlamatnya.
Segalanya bergantung kepada pesetujuan
antara klien dengan kaunselor. Kedua-duanya
yang akan menentukan arah perbincangan
yang akan dilakukan.

BIMBINGAN
Matlamat bimbingan adalah memberi nasihat,
panduan, pengajaran dan pertolongan
kepada murid yang memerlukan.
Hal ini boleh dilakukan di dalam kumpulan, kelas,
surau, dewan dan seumpamanya. Hubungan boleh
sehala atau dua hala. Sesiapa sahaja boleh
memberikan bimbingan seperti guru, imam,
ibu bapa, rakan dan seumpamanya.

KAUNSELING
Mengatasi dan menangani kebuntuan fikiran
dan perasaan klien seperti masalah
pertumbuhan kendiri, peribadi, keluarga,
kewangan, hubungan interpersonal dan lain-lain.
Hal ini boleh ditangani dengan menggunakan
pendekatan dan strategi kaunseling.
Dilakukan oleh kaunselor yang mempunyai
kemahiran, kelayakan dan bertauliah.

Secara Khusus Terdapat 5 Matlamat Kaunseling :


1.
2.
3.
4.
5.

Memudahkan perubahan tingkah laku klien.


Meningkatkan keupayaan klien untuk
memulakan dan meneruskan perhubungan.
(Intepersonal communication)
Membantu keberkesanan klien mengurus diri
(coping)
Menggalakkan proses membuat keputusan.
Membantu perkembangan dan pencapaian
potensi klien.

PSIKOTERAPI
Pemulihan kekeliruan atau penyakit mental
yang berat seperti skizofrenia, psikotik, neurosis,
paranoid, psikoseksual dan seumpamanya. Klien
menghadapi masalah perubahan
pembentukan semula jiwa.
Dirawat secara psikoterapi dan ubat-ubatan di
bawah seliaan pakar psikiatri.

PRINSIP
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN & KAUNSELING

Perkhidmatan adalah untuk semua murid

Matlamat perkhidmatan ialah membina sikap


positif dan berdikari dalam kalangan murid
Perkhidmatan bimbingan dan pelajaran perlu
saling menyokong
Kepimpinan personalia perlu mantap dan berkesan
Perlu ada perkongsian tanggungjawab dengan
personalia lain, namun tanggungjawab utama
diletakkan di bahu kaunselor

Sambungan

Aktiviti bimbingan perlu berterusan


Mengendalikan data murid secara saintifik dan
profesional
Kaunselor perlu melaksanakan perkhidmatan
dengan cekap, profesional, beretika dan
menunjukkan personaliti yang berketerampilan

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai