Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera

Terima kasih saudari pengacara majlis


Yang Berusaha Pn. Jalita bt Hj Ali (Guru Besar SKBL), Yang dihormati :
Encik ____________________________________________
Pn. Nor Shiha bt Mat Nayan (PK HEM)
En. Mohd Zamri bin Abu Bakar (PK Kokurikulum)
En. Hashim bin Abdul Razak (Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf)
Rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Saya, Cikgu Azlina bt Abu Bakar bersama Ustaz Md Zahir bin Khashim ialah guru
bertugas pada minggu ini. Sekiranya murid-murid menghadapi sebarang masalah
bolehlah merujuk kepada saya atau Ustaz Md Zahir. Tajuk yang diberikan kpd saya
ialah peranan pelajar menepati masa.
Menepati masa bermaksud melakukan sesuatu kerja tepat pada waktu yang telah
ditetapkan. Kita perlu menghargai masa kerana masa itu emas. Sikap suka
menepati masa dapat menanam disiplin. Murid yang sentiasa menepati masa juga
tidak akan terlambat ke sekolah dan akan sentiasa disenangi oleh guru. Selain
itu,seseorang yang menepati masa pasti akan berjaya dalam hidup.Setiap saat yang
akan digunakan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.
Seseorang yang menepati masa akan segerakan tindakan , rancang masa dan tugas
dan menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan.
Seseorang yang menepati masa juga akan dipercayai orang.Dia mudah diberi
peluang untuk melakukan kerja penting kerana dia dapat menjalankan sesuatu
kerja

dalam

tempoh

masa

yang

diberikan.

Masa yang sudah berlalu tidak akan kembali.Oleh itu,kita mesti pandai
memanfaatkan masa. Seseorang yang menepati masa tidak akan kerugian.

Saya juga ingin mengingatkan murid-murid dengan ATAM. Apa itu ATAM?
ATAM ialah amalan terbaik asasi manusia di sekolah.
Pendidikan hak asasi manusia dianggap sebagai sesuatu yang penting
bagi hak setiap kanak-kanak kepada pendidikan yang berkualiti, sesuatu
yang tidak hanya mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira,
tetapi juga memantapkan keupayaan kanak-kanak untuk menikmati hak
asasi manusia sepenuhnya di samping menggalakkan budaya yang
menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama United Nations
Educational,

Scientific

and

Cultural

Organization

(UNESCO)

telah

menubuhkan satu pelan tindakan iaitu Pelan Tindakan bagi Program


Pendidikan Hak Asasi Manusia Sedunia (Plan of Action: World Programme
for Human Rights Education). Pelan ini menyatakan bahawa Kementerian
Pelajaran,

sekolah

dan

badan-badan

lain

yang

berkaitan

dengan

pendidikan negara untuk bekerjasama bagi mengintegrasikan pendidikan


hak asasi manusia secara efektif dalam sistem persekolahan negara.
Malaysia, sebagai Negara Anggota bertanggungjawab bagi melaksanakan
Pelan Tindakan ini.
Untuk

memupuk

kesedaran

dan

menyediakan

pendidikan

yang

berhubungan dengan hak asasi manusia, SUHAKAM telah menjalankan


beberapa program pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bagi menanam kesedaran dan amalan Hak Asasi Manusia
di kalangan guru dan pelajar sekolah.
Matlamat program ini adalah untuk :1.

Menggalakkan pelajar dan warga sekolah untuk memberi perhatian


dan mengambil langkah-langkah untuk mengamalkan hak asasi
manusia dan hak kanak-kanak.

2.

Memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab


berkaitan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

3.

Meningkatkan pemahaman dan amalan hak asasi manusia dan hak


kanak-kanak untuk kesejahteraan hidup.

4.

Menggalakkan pelajar dan guru untuk memberi perhatian kepada


aspek-aspek hak asasi dan hak kanak-kanak dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti di sekolah.

5.

Berkongsi pengalaman tentang hak asasi manusia dan hak kanakkanak yang telah diamalkan di sekolah dengan masyarakat setempat.

6.

Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar


tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

Dalam usaha untuk memantau pelaksanaan program ini, SUHAKAM


menjalankan lawatan berkala ke sekolah-sekolah yang terlibat untuk
memerhatikan perkembangan dan, jika perlu, memberi bimbingan dan
nasihat kepada sekolah-sekolah berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai