Anda di halaman 1dari 8

2016 BeritaHarian.

sg Peraduan Menulis Cerpen

Mencari Kristal Syarat dan


Peraturan
Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk menuruti dan mematuhi
syarat dan peraturan yang dinyatakan di bawah ini (Syarat dan Peraturan Khusus) serta
syarat dan peraturan am Singapore Press Holdings Limited (SPH)s yang tersedia di
http://sph.com.sg/terms-and-conditions/online-contests/ (Syarat dan Peraturan Am)
(Syarat dan Peraturan Khusus dan Am, di mana kedua-duanya disebut sebagai Syarat
dan Peraturan), dan apa jua pembetulan, tambahan, pengubahan dan ubah-suai yang
dilakukan, yang diputuskan dan ditetapkan perlu dituruti setiap peserta.

1. KELAYAKAN
1.1 Peraduan ini terbuka kepada Warganegara dan Penduduk Tetap Singapura.
1.2 Tidak ada had umur tetapi peserta di bawah usia 18 tahun mesti melengkapkan dan
mendapatkan persetujuan ibu bapa seperti yang disediakan di bawah.

2. KEASLIAN
2.1 Setiap karya haruslah asli. Tindakan meniru atau plagiat, termasuk menggunakan
idea orang lain tanpa kebenaran bertulis atau pengiktirafan sewajarnya akan
menyebabkan penyertaan dibatalkan secara automatik.
2.2 Karya yang telah disiarkan (sama ada di dalam talian ataupun menerusi media
cetak), diterima untuk penerbitan, atau disiarkan menerusi penyiaran awam
(contohnya, Internet, radio, televisyen, suratkhabar atau makalah) tidak akan diterima.
2.3 Karya yang telah memenangi hadiah sama ada dalam peraduan setempat atau luar
negara tidak akan diterima.
2.4 Karya tidak harus dikemukakan untuk peraduan lain, diterbitkan atau disiarkan
sehingga keputusan bagi peraduan ini diumumkan.

3. KATEGORI
3.1 Peraduan ini khusus untuk satu kategori sahaja Cerpen
3.2 Peserta harus menulis berdasarkan tema Debar Cinta (Love Thriller).

4. PANDUAN UNTUK PENGHANTARAN KARYA


4.1 Peserta hanya dibenarkan menghantar tidak lebih dari dua karya sahaja, dan
penyertaan mestilah dalam Bahasa Melayu.
4.2 Karya yang diterjemah tidak diterima.
4.3 Karya bersama tidak diterima.
4.4 Peserta yang terpilih ke peringkat akhir atau Final, mesti menghantar satu karya lagi
berdasarkan tema yang sama dan menuruti Syarat dan Peraturan yang telah
ditetapkan.
4.5 Kesemua karya yang dikemukakan kepada penganjur adalah muktamad; tiada
semakan diterima oleh panel pengadil
4.6 Kegagalan untuk menuruti atau pelanggaran mana-mana Syarat dan Peraturan akan
membatalkan penyertaan peserta tanpa mengira peringkat, dan sebarang hadiah yang
dimenangi akan dibatalkan, ditarik balik, disekat atau dituntut semula oleh penganjur.
4.7 Kakitangan Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan dan ahli keluarga terdekat
tidak layak menyertai peraduan ini.

5. HAD PERKATAAN
5.1 Setiap cerpen tidak boleh melebihi 2,500 perkataan (tiada had minima)
*Tajuk dan tanda baca tidak termasuk dalam kiraan perkataan. Karya yang melebihi
had perkataan akan ditolak.
5.2 Pemeriksaan Wajib Format Manuskrip:
Kaedah Penyertaan
1. Manuskrip mesti disiapkan menurut huruf jenis Arial, saiz 11.
2. Manuskrip mesti ditaip.
3. Semua manuskrip mesti ditaip dalam jarak dua langkau, dengan jarak satu inci di
kesemua sisi.

4. Setiap manuskrip mesti ditaip di satu halaman; dicetak pada satu bahagian kertas A4
sahaja.
5. Tajuk cerpen dan nombor kad pengenalan peserta mesti dinyatakan di bahagian atas
sebelah kanan setiap halaman manuskrip.
6. Nama, alamat atau tanda pengenalan lain tidak harus kelihatan di mana-mana
bahagian lain kecuali di muka depan manuskrip.
7. Jumlah perkataan harus dinyatakan di akhir cerpen.
8. Setiap muka surat mesti bernombor. Karya dengan muka surat yang hilang akan
ditolak.
9. Manuskrip mesti dalam Bahasa Melayu.
10. Manuskrip mesti menuruti tema yang diberikan: Debar Cinta

6. PENILAIAN
6.1 Di pusingan kelayakan, satu panel tiga pengadil akan memilih 35 karya terbaik.
6.2 Di pusingan akhir, satu panel tiga pengadil berbeza, akan memilih lapan karya
pemenang.
6.3 Panel pengadil berhak untuk memberi kemenangan, atau tidak menawarkan
sebarang hadiah menurut kewajaran mereka.
6.4 Keputusan panel pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau
perbincangan tidak akan dilayan.

7. ANUGERAH
7.1 Hadiah-hadiah berikut akan ditawarkan kepada lapan pemenang.
Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Lima Hadiah Merit

:
:
:
:

Wang
Wang
Wang
Wang

tunai
tunai
tunai
tunai

$5,000 dan piala


$2,000 dan piala
$1,000 dan piala
$200 dan plak

7.2 SPH mengekalkan haknya pada setiap masa menurut pertimbangan dan budi
bicaranya, untuk menggantikan, menarik keluar atau merubah apa jua hadiah yang
ditawarkannya tanpa memberi sebarang notis kepada peserta. SPH tidak

bertanggungjawab bagi sebarang cukai atau apa jua keperluan lain yang perlu
ditanggung yang dikenakan terhadap hadiah yang dimenangi.

8. KEPUTUSAN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK PEMENANG


8.1 Majlis Penyampaian akan diadakan pada Disember 2016.
8.2 Kesemua pemenang perlu hadir untuk majlis penyampaian hadiah. Para pemenang
akan dimaklumkan tentang perincian acara berdekatan tarikh. Pemenang harus
memberikan nama dan nombor telefon wakil sekiranya tidak dapat menghadiri majlis
penyampaian hadiah.
8.3 Senarai pemenang diumumkan dan akan dipaparkan di laman BeritaHarian.sg
sebelum majlis penyampaian hadiah diadakan.
8.4 Jika seseorang pemenang didapati meniru atau plagiat karya, kemenangannya akan
dibatalkan.

9. TATACARA PENYERTAAN
9.1 Karya mesti dihantar menerusi e-mel ke alamat mencarikristal@sph.com.sg sahaja
dan ia harus diterima Berita Harian pada atau sebelum hari Jumaat, 22 Julai 2016, 5
petang. Semua penyertaan harus disertai dengan boring yang lengkap diisi, bersamasama dengan keizinan daripada pihak ibu/bapa (jika perlu). Penyertaan yang tidak
lengkap/atau tidak ditandatangani akan ditolak.
9.2 Peserta mesti menyatakan dengan jelas butiran berikut di muka depan manuskrip:

Peraduan Menulis Cerpen Mencari Kristal


Tajuk Cerpen
Nama Penuh (Seperti tertera dalam Kad Pengenalan)
Usia
Jantina (L/P)
Alamat Rumah
Pekerjaan (untuk pelajar, sila nyatakan taraf
sekolah/institusi pengajian)
Nombor Telefon (Rumah & Telefon Bimbit)
Alamat E-Mel

pendidikan

dan

nama

9.3 Borang untuk butiran peribadi sebagai muka depan manuskrip telah disediakan. Sila
salin dan tampal (copy and paste) pada manuskrip anda dan isikan sepenuhnya.
Nota: Untuk salin borang, sila tekan kedua-dua butang Ctrl dan butang A sekaligus,
anda akan lihat segalanya diselaputi warna kelabu. Kemudian, tekan butang Ctrl dan
butang C sekaligus untuk melengkapi proses salinan. Anda kemudiannya boleh
membuka Dokumen Baru untuk Manuskrip anda dengan mengetik tetikus di File dan

New. Setelah dokumen baru dibuka, sila tampal borang yang telah disalin dengan
menekan butang Ctrl dan butang V sekaligus. Cerpen seharusnya bermula di muka
surat selanjutnya.
9.4 Yuran Penyertaan tidak dikenakan.
9.5 Penyertaan berganda tidak dilayan.
9.6 Manuskrip tidak akan dikembalikan kepada peserta. Oleh itu, peserta dinasihatkan
untuk menyimpan salinan karya mereka. Berita Harian tidak bertanggungjawab ke atas
kehilangan manuskrip atau rosak semasa dalam proses penghantaran.
9.7 Karya yang lewat dikirimkan, sukar dibaca atau tidak selesai ditulis tidak akan
dipertimbangkan dan rayuan tidak dilayan.

10. HAK CIPTA / ROYALTI


10.1 Kesemua hakcipta, termasuk hak pertama untuk diterbitkan, menjadi hak
pemenang. Ini tidak termasuk pengarkiban karya-karya pemenang di laman rasmi
Berita Harian (http://beritaharian.sg).
10.2 Sekiranya Berita Harian menyiarkan karya pemenang dalam akhbar, tiada royalti
akan dibayar untuk penerbitan pertama.
10.3 Penerbitan pertama merujuk kepada penerbitan dan penjualan kali pertama
(seperti yang ditentukan oleh SPH) mana-mana buku, makalah berjadual atau
penerbitan dalam bentuk cetak atau elektronik.
10.4 SPH juga mempunyai hak untuk mengadakan perjanjian penerbitan dengan manamana penerbit untuk menerbitkan karya-karya pemenang.
10.5 Pemenang Mencari Kristal akan memaklumkan kepada SPH (Berita Harian)
[beritaharian@sph.com.sg] sekiranya karya-karya pemenang diterbitkan dalam apa jua
bentuk.
10.6 Para pemenang harus mengiktiraf kemenangan karya mereka dalam peraduan
cerpen Mencari Kristal anjuran Berita Harian, dengan menyatakannya sebagai berikut:
"[Tajuk cerpen] oleh [Pengarang] adalah pemenang pertama/kedua/ketiga/merit
Peraduan Mencari Kristal Berita Harian 2016. Pengiktirafan ini harus ditempatkan di
muka surat yang memaparkan notis hakcipta bagi sesebuah penerbitan, bersama-sama
penghargaan lainnya dan nombor ISBN.
11. SYARAT DAN PERATURAN LAIN UNTUK PENYERTAAN

11.1 Para pemenang mungkin diundang untuk membacakan karya kemenangan mereka
di depan umum, untuk siaran televisyen, radio dan/atau menghadiri sesi wawancara
berkaitan peraduan tanpa sebarang pembayaran.
11.2 SPH berhak merakamkan sebahagian atau sepenuhnya kegiatan berkaitan
peraduan cerpen bagi tujuan penyiaran atau promosi tanpa memberikan sebarang
bayaran kepada peserta. SPH mengekalkan hak ciptanya terhadap semua bahan
rakaman.
11.3 Mana-mana peserta yang memberikan maklumat palsu atau mengelirukan akan
dibatalkan
11.4 Butiran peribadi kesemua peserta akan dirahsiakan dan hanya diketahui oleh SPH
(pasukan Berita Harian) dan pihak pengadil yang terlibat dalam peraduan ini.
11.5 Sekiranya ada pertikaian, keputusan SPH, ataupun keputusan panel pengadil yang
bertindak bagi pihak SPH, merupakan keputusan muktamad dan tiada perbincangan
atau surat-menyurat yang akan dilayan. Peserta harus menerima dan mematuhi setiap
dan kesemua keputusan SPH berkenaan dengannya, tanpa dibataskan, pada Syarat dan
Peraturan, undang-undang, tatacara dan peraturan peraduan, pemberian hadiah dan
apa jua berkaitan dengan peraduan.
11.6 SPH mengekalkan hak untuk merubah Syarat dan Peraturan peraduan ini pada
bila-bila masa. Pindaan kepada Syarat dan Peraturan akan dimuatnaikkan ke laman
Berita Harian.
11.7 Dengan menyertai peraduan ini, setiap peserta bersejutu bahawa:
a

Mana-mana dan kesemua butiran peribadi mungkin dikumpulkan, digunakan


dan/atau didedahkan kepada SPH dan badan-badan berkaitan (secara kolektif
Kumpulan SPH) untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk berhubung dengan
peserta bagi tujuan yang berkaitan dengan peraduan, untuk menilai penyertaan,
dan tujuan lain yang dirasakan sesuai oleh Kumpulan SPH, atau berkaitan dengan
peserta di mana ia telah memberi kebenaran kepada Kumpulan SPH;

Kumpulan SPH boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan mengongsi


di kalangan mereka dan Majlis Seni Kebangsaan dan penyedia khidmat masingmasing, butiran peribadi peserta, termasuk gambar atau audio-video atau
rakaman lain peserta (Bahan) untuk pablisiti dan/atau digunakan dalam iklan,
merentasi kesemua media, termasuk dan tidak terbatas, untuk penerbitan,
persembahan, bahan promosi di laman Kumpulan SPH, dalam bentuk asli atau
telah disunting, dan sama ada untuk mempromosikan peraduan atau perkara lain
tanpa memaklumkan terlebih dahulu, diberi ganjaran atau pampasan; dan

hak cipta dan kesemua hak milik intelektual dalam dan di kesemua Bahan adalah
kepunyaan dan milik mutlak SPH tanpa ada pampasan lanjut.

PENGISYTIHARAN PESERTA

Saya, (Nama)
,
dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah membaca, memahami dan menerima
Syarat dan Peraturan peraduan ini seperti yang dinyatakan di atas. Saya akur bahawa
dengan menyertai pertandingan ini, saya menerima Syarat dan Peraturan dan untuk
Kumpulan SPH dan Majlis Seni Kebangsaan dan penyedia khidmat mereka untuk
mengumpulkan, menggunakan dan/atau mendedahkan butiran peribadi saya bagi
tujuan yang telah dinyatakan dalam Syarat dan Peraturan.

Pengesahan Peserta: Akui benar


Tarikh:
*Sila tandakan sebagai ganti tanda tangan:

IBU BAPA / WARIS PESERTA DI BAWAH USIA 18 TAHUN


Saya, (Nama)
, No Kad
Pengenalan:
yang menetap di (Alamat):
dengan ini menyatakan bahawa saya telah membaca dan menerima Syarat dan
Peraturan peraduan yang dinyatakan di atas dan memberi izin kepada anak/jagaan saya
untuk menyertai peraduan ini seperti yang terkandung dalam Syarat dan Peraturan.

Pengesahan Ibu/Bapa/Waris: Izin


Tarikh:
*Sila tandakan sebagai ganti tanda tangan

TARIKH PENTING PERADUAN CERPEN MENCARI KRISTAL 2016


Tarikh
Acara
1 Jun
Peraduan dibuka
22 Julai,
5ptg
Peraduan ditutup
6 Ogos
Pengumuman 35 karya terbaik
13 Ogos
Bengkel 1 untuk 35 peserta
27 Ogos
Bengkel 2 untuk 35 peserta
3
September Bengkel 3 untuk 35 peserta
10
September Bengkel 4 untuk 35 peserta

17
September
24
September

Bengkel 5 untuk 35 peserta

Bengkel 6 untuk 35 peserta


Penyertaan akhir oleh 35
15 Oktober peserta
1 November Pengumuman 8 finalis
10
Majlis penyampaian Hadiah
Disember untuk Pemenang

Anda mungkin juga menyukai