Anda di halaman 1dari 14

NOVEL SILIR DAKSINA BAB 3: SEBUAH MANUSKRIP LAMA

BAB 3 SENASHKAH MANUSKRIP LAMA


SINOPSIS
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.
Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu.
Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai
Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.
Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa
lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke
Lim.
Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga
kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan
motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari
kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi.
Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang
digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah
rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu
sepenuhnya.
Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee
sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya
perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang
Melayu.
Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering
membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman.
Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku
menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri..
Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara
Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap
belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar
dengan rajin.
Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu
ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-bayang Aiman di
dalam pakaian sekolahnya.
Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah
meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah
memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat

beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam.


Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku
sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah
ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.
II
Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke
Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman.
Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku
kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah
dahulu.
Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke
Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim
meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar
dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti.
Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat
sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi
popular.
III
Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri
akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu
rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu.
Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut.
Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang
dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak
lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri
sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya
sendiri.

IV
Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di
dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling
memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai
Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada
petang itu.
Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti
sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara
mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak.
Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut
nama Aiman di bibirnya,
V
Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk
kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung
Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji
bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya
seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku
mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali
berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka.
Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat.
Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda
berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan samasama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan.
Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan
kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang
keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya.
Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika
Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku
menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
VI
Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam
itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula

mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman


mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap
Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin DPurnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung.
Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan
tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat
tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan DPurnama akan dapat
membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan DPurnama terus hidup.
VII
Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan
penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung.
Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah
terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu.
Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai
Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati
akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku
terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
VIII
Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak.
Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh-sungguh
menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat
berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh
Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa
Allah memberikan kekuatan kepadanya .
Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbuabual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku
tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti.
Aku amat gembira dan menghargai saat bersama-sama bersama-sama Ai Ling.
Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku
yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.

IX
Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi..
Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya
berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan
sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya
semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman.
Aku menangis .

PERSOALAN
1. ________________________________________________________________________

Aku sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil menyeru
nama Aiman pada suatu malam.

Aku amat rapat dengan Ai Ling anak Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai Ling
banyak mengingatkannya kepada Aiman.
2. _______________________________________________________________________

Tauke Lim sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti di Kampung Seri
Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu bagi malam puisi sekampung nanti.
3. ________________________________________________________________________

Penduduk Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan sambutan


program Malam Sekampung Puisi.
4. ________________________________________________________________________

Aku bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Aku menyemak


atur cara majlis yang disediakan Mazli. Aku sendiri berusaha mencipta puisi untuk
dideklamasi oleh Ai Ling . Aku mengetepikan sakitnya demi kejayaan program itu.
5. _________________________________________________________________________

Akibat perpecahan Kumpulan Zapin DPurmana , tarian zapin jincat yang menjadi
identiti kampung Sri Purnama terkubur.
6. _________________________________________________________________________

YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung Sri Purnma menghadiri sendiri


menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan melaporkan hasil lawatannya kepada
Menteri Besar nanti.
7. _________________________________________________________________________

Aku bertanggungjawab melatih Ai Ling mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling


memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu.
8. _________________________________________________________________________

Cikgu Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan Matematik bagi
pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.
9._________________________________________________________________________

Akibat sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh abangnya
yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke bandar Parit Raja
sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.
10. ________________________________________________________________________

Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah aku. Tauke Lim juga meraih
hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di bandar.

Akhirnya tauke Lim mampu membeli sebidang tanah milik ayah aku dan
membina
sebuah rumah separuh papan.

11.________________________________________________________________________

Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan hasil
pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.
12. ________________________________________________________________________

Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif, Wak Parmin dan
Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula Kumpulan Zapin DPurnama
sehingga anak-anak muda kampung DPurnama yang diketuai oleh Abang Bakir menjadi
berminat dengan tarian zapin.
13. ________________________________________________________________________

Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana budaya Melayu di Kampung Seri Purnama amat
meminati tarian zapin dan ikut serta melihat penduduk kampung berlatih menari zapin.
14. ________________________________________________________________________

Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang goreng,
keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. ______________________________________

Guru Bahasa Melayu di Sekolah Sri Purnama

Mempunyai seorang anak lelaki bernama Aiman

Berpisah dengan isteri dan Aiman sejak Aiman berusia setahun

Banyak memendam perasaan/perahsia

Meminati bidang sastera Melayu


PERWATAKAN
____________________________

Terlalu menyayangi Aiman dan sering menyebut-nyebut nama Aiman


____________________________

Membimbing Ai Ling belajar mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling berjaya

menjuarai pertandingan deklamasi pusi Tahap Satu di Sekolah Seri Purnama

______________________________

Aku membantu Tauke Lim membeli bateri keretanya yang rosak di pekan.
______________________________

Tidak memberitahu kepada sesiapapun tentang sakit yang dihidapi. Sebaliknya hanya
memakan ubat untuk sakit kepala yang menyucuk-nyucuk yang dibekalkan oleh hospital.
_______________________________

Menjalani hidup keseorangan tanpa anaknya Aiman selepas berpisah dengan isterinya

Dia juga hidup sendiri selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia di rumah pusaka
ayahnya bersebelahan rumah Tauke Lim

Dia tidak pernah menceritakan kepedihan hatinya menanggung rindu terhadap anaknya.
2. ___________________________________

Anak bongsu Tauke Lim

Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama

Meminati tarian zapin

Berbakat mendeklamasi sajak Melayu

Sangat rapat dengan arwah ayah aku

Sangat rapat dengan aku


PERWATAKAN
____________________________________

Prihatin akan wajah aku yang pucat dan risau aku mungkin sedang sakit lalu
menyarankannya ke hospital
____________________________________

Ai Ling gigih berlatih mendeklamsi sajak dengan aku. Waktu petang dia ke rumah aku
untuk menjalani latihan.

Semasa program Malam Sekampung Puisi ,Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak
ciptaan aku
_____________________________________

Memuji teh tarik yang aku sediakan


_____________________________________

Bertanya kepada aku tentang Aiman dengan berterus terang tanpa ada rasa prejudis.
Secara jujur Ai Ling menyatakan hasrat untuk berkawan dengan Aiman

______________________________________

Sabar menunggu aku yang berbincang lama dengan Cikgu Zanariah tentang program
deklamasi puisi Tahap Satu selepas sesi persekolahan
______________________________________

Ai Ling membaca buku semasa menunggu aku berbincang dengan Cikgu Zanariah
selepas sesi persekolahan
______________________________________

Tidak membuat sendiri keputusan untuk menaiki kereta aku ke sekolah sebaliknya
kebenaran daripada mama dan papanya terlebih dahulu.
3. _______________________________

Bapa kepada Ai Ling Ai Ching dan Ah Chong

Suami kepada Puan Kim

Jiran aku

Penoreh getah ketika mula berhijrah ke kampung itu

Peraih hasil tanaman penduduk kampung


PERWATAKAN
_______________________________

Rajin berkerja menoreh getah di waktu pagi dan meraih hasil tanaman penduduk
kampung pada waktu petang
_______________________________

Sangat menjaga tanggungjawab perbelanjaan persekolahan anaknya sehingga tidak mahu


menukar kereta baharu sedang kereta lamanya rosak
_______________________________

Membeli pakaian baharu hanya semasa perayaan Tahun Baru Cina

Balik menziarahi ibu di Kuala Kangsar dengan menaiki bas sahaja.


_______________________________

Amat peramah dan mesra dengan orang-orang kampung walaupun berlainan bangsa.
Berbual tanpa segan silu dengan kawan-kawan Melayu di Warung Abang Dolah.

Aku ketawa apabila Tauke Lim mengatakan orang boleh pengsan jika melihat dia menari
zapin kerana perutnya yang buncit.
________________________________

Membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah bagi meraikan kemenangan Ai


Ling dalam pertandingan Mendeklamasi Sajak sekolahnya

Menaja jamuan makan tetamu sempena lawatan YB Samsuri pada malam persembahan
zapin jincat.
__________________________________

Tauke Lim sentiasa ingat akan kebaikan arwah ayah aku. Arwah ayah aku sering
membantu Tauke Lim sesama dia mula-mula sampai ke kampung dahulu. Arwah ayah
aku kadang kala tidak mengambil wang bahagiannya daripada kerja menoreh getah yang
dibuat oleh Tauke Lim.

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN
1. ____________________________

Aku mencurahkan ________________________ seorang bapa kepada Ai Ling kerana


rindu akan anak kandungnya Aiman yang berada jauh di Terengganu.
2. ____________________________

Ai Ling _____________ berlatih mendeklamasi sajak di balai raya bersama-sama dua


orang pelajar sekolah menengah sempena program Malam Sekampung Puisi
3. ______________________________

Ai Ling berasa _______________ melihat aku tinggal seorang diri sejak kematian
ayahnya maka dia menemani aku berbual-buaal di pantai atau di rumah aku.
4. ______________________________

Aku dengan sukarela dan ______________ membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak


5. ______________________________

Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak Aruf, Wak Parmin dan aku ____________________
berlatih menari zapin jincat di balai raya kerana akan membuat persembahan di hadapan
YB Samsuri .
6. _______________________________

Aku ____________ menjalani hidup keseorangan selepas berpisah dengan isteri dan
anaknya Aiman. Aku _______________ menahan kerinduan terhadap anaknya yang
sudah bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika berusia 6 tahun.

Aku ______________ melawan penyakit di kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.

NILAI KEMASYARAKATAN
1. ______________________

Penduduk Kampung Seri Purnama______________________ dan bergotong royong


membuat persiapan bagi Malam Sekampung Puisi.

Ada yang menyiapkan balai raya dan pentas persembahan.

Mazli menyiapkan aturcara majlis bersama-sama aku

Tauke Lim menaja makanan tetamu

Nazim mengurus pakaian penari-penari zapin.


2. _____________________

Tauke Lim _________________ aku agar menjaga kesihatan kerana dia mendapati aku
bekerja tanpa rehat, siang mengajar di sekolah , malam pula sering berjaga hingga lewat
malam

Ai Ling ________________ melihat wajah aku yang pucat lantas bertanya tentang
kesihatan aku ketika mereka minum petang di rumah aku
3. _________________________

Ai Ling memberi ______________________ kepada aku apabila sampai di hadapan


rumah aku sebelum naik ke rumah aku.
4. _________________________

Cikgu Latifah sering pulang lewat untuk ____________________ Tahun Enam yang
lemah dalam subjek matematik.
NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN
1. ________________________

Pada waktu malam aku sering melakukan solat sunat sebelum tidur untuk mendapatkan
ketenangan daripada Allah.

Pak Haji Dollah bersolat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit (AJKKK)

PENGAJARAN
1. _________________________________________________________________________

Cikgu Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar Tahun Enam
yang lemah dalam subjek Matematik.
2. ________________________________________________________________________

Pak Haji Salim amat menghargai tarian zapin jincat sehingga berusaha memperkenalkan
dan mempersembahkannya di hadapan YB Samsuri..

YB Samsuri berjanji akan mempersembahkan zapin jincat kepada Menteri Besar untuk
diwartakan sebagai sala satuh rentak asli zapin dan dipopularkan.
3. _________________________________________________________________________

Ai Ling bersungguh-sungguh berlatih apabila dipilih menyertai Pertandingan Deklamasi


Sajak Tahap Satu di sekolahnya

Ai Ling membaca buku sajak ketika menunggku aku berbincang dengan Cikgu Zanariah
selepas waktu sekolah

Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak di rumah aku pada waktu petang

4. _________________________________________________________________________

Abang Bakir dan Pak Haji Jamal bersungguh-sungguh berlatih tarian zapin jincat untuk
ditunjukkan kepada YB Samsuri kerana menyedari itu ialah peluang untuk
mengembalikan zaman kegemilanganl kumpulan zapin DPurnama yang popular dengan
zapin jincat suatu masa dahulu.

Aku menggunakan persetujuan Tauke Lim membenarkan Ai Ling menumpang keretanya


ke sekolah untuk mendekati Ai Ling kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada
anaknya Aiman.

Aku mendekati Ai Ling dengan menjadi pembimbing kepada Ai Ling yang amat
berminat dalam bidang sajak sebagai melepaskan rindunya akan Aiman.
5. _________________________________________________________________________

Tauke Lim amat mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan di Kampung
Seri Purnama. Tauke Lim menaja makanan tetamu semasa majlis persembahan zapin di
hadapan YB Samsuri.

Tauke Lim dan Ai Ling turut serta menyaksikan latihan zapin di balai raya kampung.
6. _________________________________________________________________________

YB Samsuri peka akan hasrat penduduk kampung Seri Prunama yang mahu
mengembalikan kegemilanagn zapin jincat. YB Samsuri datang menyaksikan
persembahan zapin jincat dengan membawa bersama-sama pegawai Yayasan Warisan
negeri untuk tujuan penyelidikan.

YB Samsuri berjanji akan membawa seni zapin jincat ke pengetahuna Menteri besar
untuk digazetkan sebagai salah satu rentak asli zapin
7. _________________________________________________________________________

Ong Swee Hwa menunaikan amanah aku untuk mengirimkan manuskrip yang ditulisnya
kepada Haikal
8. _________________________________________________________________________

Aku melakukan solat sunat sebelum tidur untuk menenangkan diri kerana aku berasa
Allah amat hampir dengannya apabila dia bersolat sunat sebelum tidur.

LATAR
LATAR MASA
1. MALAM

Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan DPurnama

Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama

Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku

Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di
hadapan YB Samsuri

Aku mendakap gambar Aiman yang masih kecil kerana terlalu merindui anaknya itu
2. PETANG

Ai Ling datang membawa sebungkus apam balik yang dibeli tauke Lim untuk minum
petang bersama-sama aku

Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur

Aku dan Ai Ling berbual-bual tentang Aiman


3. BULAN OGOS

Kampung Seri Purnama dipilih sebagi tuan rumah acara sambutan kemerdekaan
peringkat mukim

Malam Sekampung Puisi diadakan pada bulan Ogos


LATAR TEMPAT
1. BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA

Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan DPurnama

Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama

Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku

Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di
hadapan YB Samsuri

YB Samsuri mengucapkan tahniah kerana kejayaan aku kerana usahanya mengemudi


persembahan pada majlis pertunjukan zapin.

YB Samsuri meminta aku mencungkil bakat anak muda dalam tarian zapin.
2. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PURNAMA

Aku berbincang dengan Cikgu Zanariah tentang pertandingan Deklamasi Sajak Tahap
Satu sekolahnya yang disertai Ai Ling
3. RUMAH AKU

Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak bagi menyertai pertandingan itu di Sekolah
Seri Purnama

Ai Ling bertanya tentang kesihatan aku kerana kelihatan pucat

Tauke Lim meminta bantuan aku menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching menaiki
keretanya kerana keretanya rosak
4. RESTORAN MAMAK DI PEKAN

Tauke Lim membelanja aku minum petang kerana menumpankan anak-anaknya ke


sekolah dengan kereta aku

Tauke Lim mengingat kembali kebaikan arwah ayah aku yang selalu menolongnya ketika
dia susah

Tauke Lim bersetuju membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku untuk ke sekolah

5. WARUNG PAK DOLAH

Tauke Lim membelaanja semua orang kerana meraikan kemenangan Ai Ling dalam
pertandingan mendeklamasi sajak Sekolah Kebangsaan Sri Purnama

Tauke Lim dan meminta aku aktif semula dalam aktiviti bersajak, dan menulis cerpen

Pak Dolah menyatakan kegembiraannya melihat aktiviti khazanah bangsa seperti


berkompang, bergurindam, berseloka dan berpuisi hidup semula di kampung Seri
Purnama dan disertai oleh anak-anak muda

Tauke Lim menyampaikan pujian Ai Ling kepada aku iaitu aku seorang guru yang hebat
6. PANTAI PUNGGUR

Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur

Ai Ling bertanya tentang anak aku, Aiman

Ai Ling memberitahu Aku bahawa ayah aku memberitahunya bahawa dia amat sayang
akan aku.

Ai Ling berjanji akan sentiasa menemani aku kerana kasihan akan keadaan aku yang
hidup sebatang kara

Aku teringat bahwa di Pantai Punggur itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang
penulisan

Aku terkenang rumahtangganya yang hancur kerana darjat dan cita-cita yang berbeza
antara aku dan bekas isterinya.
LATAR MASYARAKAT
1. Pelajar

Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama

Ai Ching pelajar sekolah menengah dan akan mengambil peperiksaan SPM


2. Golongan Pendidik

Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama

Cikgu Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu

Cikgu Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam


3. Penduduk Pelbagai Kaum

Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina sudah hampir 10 tahun tinggal di Kampung Sri
Purnama

Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti Kampung Sri purnama

Kaum mamak menjalankan perniagaan restoran di pekan


4. Golongan Petani/Usahawan Tani

Ayah aku mengusahakan kebungetaah dan kelapa sawit

Tauke Lim menraih hasil tani penduduk kaampung untuk dijual di pekan
5. Golongan Peniaga

Pak Dollah mengusahakan warung makanan di kampung Sri Purnama

Anda mungkin juga menyukai