Anda di halaman 1dari 17

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]

MUNIRAH BINTI MOKHTAR

Isi Kandungan
1.0

PENGENALAN KEPADA GEOMETRI.................................................................2

2.0 DEFINISI TESELASI.......................................................................................... 3


3.0

JENIS-JENIS TESELASI................................................................................... 4

4.0

TESELASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN......................................................6

5.0

MEREKA TESELASI DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN GSP........................8

6.0

APLIKASI TESELASI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN..............13

7.0

REFLEKSI.................................................................................................... 15

8.0

BIBLIOGRAFI............................................................................................... 17

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

1.0 PENGENALAN KEPADA GEOMETRI


Geometri di dalam bahasa Greek bermaksud geo ialah bumi dan
metribermaksud ukuran. Geometri adalah sebahagian daripada matematik yang
mengambilberat persoalan mengenai saiz, bentuk dan kedudukan relatif dari rajah
dan sifat ruang.Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Pada mulanya ia
hanyalahsebahagian jasad dari pengetahuan praktikal yang mengambil berak jarak.
Luas danisipadu tetapi pada abad ketiga S.M. Geometri telah diletakkan di dalam
bentuk aksiomoleh Euclid membentuk Geometri Euclid, yang hasilnya menetapkan
piawai untukbeberapa abad berikutnya. Bidang astronomi, khususnya memetakan
bintang-bintangdan planet-planet pada sfera cakerawala, bertindak sebagai sumbersumber geometriterpenting dari semasa satu sentengah alaf berikutnya. Secara
umumnya, geometri merupakan salah satu daripada cabang matematik yang
berhubung kait tentang ciri-ciri ruang, termasuklah titik, garisan, lengkungan, satah
dan permukaan ruang serta bentuk-bentuk poligan.

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

2.0 DEFINISI TESELASI.


Teselasi merupakan satu bentuk pola yang melitupi sesuatu permukaan yang
sepenuhnya, dengan tiada celah di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan
bentuk yang berlaku. Selain itu ia juga membawa maksud suatu corak yang
terhasildaripada proses penyusunan poligon sekata pada sesebuah satah
permukaan tanpa berlakunya pertindihan secara berulang-ulang.
Definisi Teselasi Kata teselasi berasal dari kata bahasa Inggeris iaitu
Tesselation. Namun menurut Math Forum, kata tessellate berasal dari bahasa
Yunani,Tesseres yang dalam bahasa Inggeris ertinya adalah empat. Secara
mudahnya,ia boleh diertikan sebagai corak yang mencakupi permukaan satah
dengan memasang bersama-sama dari bentuk asas yang sama yang telah
diciptakan oleh Alam dan bentuk. Contoh-contoh susunan dari corak heksagonal
mudah seperti sarang madu lebah,jubin rumah,dan sebagainya. Dalam terminologi
geometri,teselasi adalah satu bentuk pola yang meliputi sesuatu permukaan
sepenuhnya, dengan tiada ruang di antara bentuk dan tanpa sebarang pertindihan
bentuk digunakan. Contoh teselasi yang paling asas termasuklah jubin rumah.
Bentuk-bentuk teselasi yang lebih menarik termasuklah teselasi Islam berbentuk
bintang. Corak ini biasanya berulang.
Teselasi merupakan konsep matematik yang digunakan oleh guru-guru
misalnya untuk pelajaran seni dan matematik. Dalam pembelajaran matematik,
teselasi dapat digunakan untuk membantu para pelajar mempelajari konsep-konsep
matematik secara lebih mendalam misalnya poligon, regular poligon, nonregular/irregular polygon, kongruen, sudut dalam, jumlah sudut dalam dari
segibanyak yang saling bertemu pada titik sudut (vertex) tesselasi, translasi, refleksi,
dan pusingan.Tesselasi adalah suatu konsep matematik yang digunakan oleh guruguru misalnya untuk pelajaran seni dan matematik.

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

3.0 JENIS-JENIS TESELASI.


Terdapat tiga bentuk teselasi seperti rajah di bawah.

Teselasi Sekata
Teselasi Terhasil daripada teselasi satu sekata jenis poligan sekata yang
kongruen.Hanya terdapat tiga jenis poligon sekata yang kongruen Teselasi sekata
yang yang terdapat diteselasi iaitu berbentuk segi tiga sama segi tiga sama sisi, segi
empat sisi sama dan heksagon. Teselasi sekata yang berbentuk segi tiga sama sisi.

Teselasi sekata yang berbentuk segi tiga sama sisi.


Separa Sekata
Terhasil daripada teselasi dua separa sekata jenis atau lebih poligon sekata
yang kongruen yang disusun secara cyclic order.Terdapat enam jenis corak
teselasi separa sekata iaitu Teselasi separa sekata yang kombinasi oleh poligonpoligon terhasil daripada bentuk segi tiga sama sisi. Segi empat heksagon dan segi
empat sama, heksagon, oktogon dan nonagon.

Teselasi separa sekata yang terhasil daripada bentuk heksagon dan segi 4
empat sama sisi.

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

Teselasi Tidak Sekata


Teselasi yang melibatkan sekata poligon yang tidak sekata. Terdapat banyak
jenis teselasi tidak sekata.

Teselasi tidak sekata yang berbentuk bintang

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

4.0 TESELASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.


Dalam kehidupan seharian kita, terdapat pelbagai corak teselasi yang dapat
kita lihat. Corak-corak teselasi ini mempunyai corak yang menarik. Berikut
merupakan contoh teselasi dalam kehidupan seharian kita.

Kulit ular sawa

Buah nenas

Sarang lebah

Sisik ikan ,

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

Lantai karpet
Kesimpulannya, teselasi merupakan sebahagian daripada kehidupan
manusia, teselasi telah banyak memberikan sumbangan kepada manusia sejak
zaman berzaman lagi terutamanya dalam pembinaan. Teselasi merupakan
gabungan corak geometri yang terdiri daripada segi empat, segi tiga, bulat dan
banyak lagi. Ciptaan teselasi yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh matematik banyak
memberikan ihlam kepada wujudnya corak teselasi yang ada pada masa sekarang.

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

5.0 MEREKA TESELASI DENGAN MENGGUNAKAN


PERISIAN GSP
Mereka bentuk teselasi dengan menggunakan perisian GSP, Pada kali ini,
saya telah diberikan tugasan mereka bentuk teselasi denganmenggunakan sistem
GSP. Berikut adalah langkah-langkah yang telah saya jalankanuntuk menghasilkan
bentuk teselasi saya dengan menggunakan GSP.

1.Bukakan sistem The Geometers sketchpad.

2.Klik ikon File dan pilih New Sketch

3.klik kanan, pilih Square Grid atau Polar Grid

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

4. Proses mereka dan membina teselasi dimulakan, saya memilih segi empat dan
poligon lapan sisi iaitu oktagon.

5.

Kemudian,

saya

menambah segi tiga di


setiap

sisi

segi

empat

sama yang telah dibina


seperti gambar di atas.

6. Setelah selesai, saya membuat satu segi empat sama sisi, dan menambah satu
segi tiga kecil di titik paksi Axis Point, dan terakhir membuat patulan lalu
membentuk 2 segi tiga berpatulan di titik pusat bulatan tersebut.

7. langkah terakhir bagi mereka teselasi ialah sembunyikan garisan grid dengan cara
klik kanan , kemudian Hide Grid.
9

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

8. Proses mewarna dimulakan, saya memilih warna yang terang bagi menarik minat
murid dalam pembelajaran bentuk teselasi ini

9. Setelah diwarnakan,proses sususnan teselasi dimulakan.

10

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

10. Apabila berpuas hati dengan karya teselasi ,proses mencetak boleh dibuat.

11

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

11. Saya memilih untuk menukar ke perisian Microsoft Word bagi mendapatkan hasil
teselasi yang lebih jelas.

12

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

6.0

APLIKASI TESELASI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Matematik adalah salah satu bidang ilmu yang sangat menyeluruh sifatnya. Ia
merangkumi semua aspek kehidupan, seperti membuat perhitungan, membuat
penilaian dan seterusnya membuat keputusan. Melalui proses penyelesaian
masalah seharian, manusia dikerah untuk mengeluarkan pendapat seterusnya
memberikan hujah terhadap keputusan atau langkah penyelesaian yang diambil.
Disinilah peranan berfikir secara matematik dapat membantu manusia membuat
pertimbangan yang wajar sebelum memilih sesuatu jalan penyelesaian.
Bagi memperkembangkan potensi pemikiran matematik di dalam akal
manusia, ia seharusnya bermula dari peringkat kanak-kanak. Konsep matematik
terhadap alam sekeliling sebenarnya telah wujud di dalam akal kanak-kanak sejak
dari peringkat bayi lagi. Ini merujuk kepada sifat ingin tahu kanak-kanak terhadap
objek, terutama melalui deria sentuhan. Pendedahan awal kepada banyak bentuk
konkrit di sekeliling kanak-kanak sebenarnya mencetuskan pelbagai persepsi
terhadap alam sekeliling. Pelbagai konsep terbentuk di dalam minda kanak-kanak,
yang boleh bersifat betul dari segi konsepnya, ataupun yang bersifat miskonsepsi.
Konsep Geometri dan teselasi serta hubungannya dengan kanak-kanak tidak
dapat dipisahkan. Seperti yang telah dijelaskan, penerokaan kanak-kanak terhadap
bentuk, terutama bentuk 2 atau 3 dimensi telah berlaku sejak bayi. Mereka
didedahkan dengan pelbagai objek permainan yang mempunyai pelbagai bentuk,
saiz, warna dan tekstur. Pendedahan awal inilah yang membantu kanak-kanak
membentuk pemikiran terhadap geometri. Apabila kanak-kanak memasuki alam
persekolahan, rancangan pengajaran dan pembelajaran kemahiran geometri
mestilah berdasarkan prakonsep yang telah terbentuk di dalam pemikiran kanakkanak ini.

13

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

Selain itu juga, guru harus menelitian terhadap konsep-konsep asas yang
terlibat dalam sesuatu topik dan mengenalpasti serta menyenaraikan objektif
pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit. Peranan guru adalah sangat kritikal
supaya konsep-konsep yang terbentuk dapat dikembangkan atau diperbetulkan bagi
membolehkan kanak-kanak memahami serta dapat menyelesaikan masalah yang
berkait dengan geometri, seterusnya menghargai keindahan yang terdapat di dalam
unsur-unsur geometri.
Dalam teselasi di atas, guru dapat mengaplikasi bentuk bentuk yang terdapat
dalam teselasi contohnya gabungan segi tiga, segi empat sama sisi ,rombus dan
polygon lapan sisi iaitu oktagon. Guru dapat menerangkan kepada murid mengenai
bentuk-bentuk yang terdapat dalam teselasi berdasarkan warna yang berbeza.
Selain itu juga guru perlu mendapatkan tindak balas pemahaman murid dengan
membuat pengamatan berdasarkan aktiviti atau latihan yang diberi.Sebagai contoh,
katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar memahami konsep segitiga. Kita
boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku yang boleh menjadi bukti bahawa
pelajar telah memahami konsep segitiga, antaranya mengarahkan murid melukis
segitiga. Misalnya pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas
sekeping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris.

14

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

7.0

REFLEKSI
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya tugasan ini telah berjaya

disiapkan. Semasa menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang dapat diperolehi
sama ada untuk perkembangan ilmu pengetahuan, afektif, emosi atau secara
keseluruhannya. Dalam proses menyiapkan tugasan WAJ 3105 [Literasi Nombor],
saya

dapat

mempelajari

pelbagai

pengetahuan

baharu

iaitu

pengenalan

penyelesaian masalah dalam literasi nombor adalah merangkumi pendekatan


heuristik (bukan mekanikal), memahami masalah, membincangkan alat atau strategi
penyelesaian yang sesuai, menilai kewajaran penyelesaian untuk dianalisis
lanjutandan
penyelesaian

contoh-contoh
yang

masalah

ditugaskan

dalam

kepada

kami

kehidupan
di

dalam

seharian.
tugasan

Kaedah
iniadalah

menggunakan model penyelesaian masalah Polya. Model ini terdiri daripada empat
langkah iaitu memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi dan
menyemak semula penyelesaian masalah.

Sehubungan dengan itu, saya dapat memahami dan mempelajari model


polya ini adalah salah satu kaedah guru mengajar pelajar cara untuk menyelesaikan
masalah matematik. Pendekatan Heuristik merupakan semua bidang penyelesaian
masalah sama ada masalah rutin atau pun masalah bukan rutin. Selain itu juga,
saya mempelajari bagaimana mereka teselasi dengan menggunakan perisian GSP
yang pernah saya mempelajari pada semester yang lalu. Dengan menggunakan
perisian tersebut saya dapat membina teselasi yang sekata merangkumi beberapa
bentuk geometri iaitu segi tiga, segi empat sama sisi, dan oktagon. Pada semester
ini saya mempelajari teselasi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sekata, separa sekata
dan tidak sekata. Selain itu juga saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut dengan
membuat tugasan

ini bagaimana teselasi dapat diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.


Dalam aspek lain, tugasan ini memberikan ilmu yang amat berharga dimana
ianya dapat menambahkan keyakinan diri saya untuk berinteraksi dengan orang lain
seperti berinteraksi dengan rakan sekelas dan berkoloberasi dengan pensyarah
pembimbing yang sentiasa membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu
juga, melalui tugasan ini, saya telah dapat memahami dan mempelajari bagaimana
15

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

menggunakan perisian Publisher untuk membuat brosher bagi memuatkan kit


pempelajaran matematik. Selain itu juga saya dapat mempelajari pengetahuan
baharu bagaimana mengiklankan atau memperkenalkan produk kit pembelajaran
yang telah rangka. Banyak bahan serta dapatan dan bacaan yang berguna untuk
saya sebagai guru, saya harus mendalami dan mengetahui kaedah dan strategi
pengajaran khususnya matematik untuk mempertimbangkan kaedah serta instrumen
untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah
Selain itu saya dapat menjalankan tanggungjawab menyiapkan tugasan pada
tarikh yang ditetapkan walaupun terdapat kekangan-kekangan seperti kurangnya
kekerapan

berkolaborasi

dengan

pensyarah,

ketidakcukupan

waktu

untuk

menyiapkan tugasan, kurang bahan rujukan malah ketidak fahaman terhadap soalan
juga menjadi salah satu kekangan yang ada semasa menyiapkan tugasan

ini.

Namun semuanya berjaya diatasi dengan baik. Salah satu caranya ialah dengan
berusaha untuk berkolaborasi dengan pensyarah sehingga berjaya serta pandai
mengurus masa dengan baik.

Mengenai bahan rujukan pula, walaupun bahan

rujukan agak kurang tetapi dengan usaha yang berterusan seperti bertanya dengan
rakan, melayari internet, kekurangan bahan rujukan seterusnya tidak menjadi
penghalang kepada proses menyiapkan tugasan ini.
Secara ringkasnya, bagi membantu dalam tugasan ini saya mempelajari
bagaimana

menggunakan

perisian

Microsoft

Powerpoint

bagi

membuat

pembelajaran ICT bagi memudahkan murid menguasai pembelajaran interaktif serta


meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Selain itu juga, murid dapat
melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dialam
kalangan murid.
Saya juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah kelak. Melalui tugasan ini, saya mendapati kit
pembelajaran merupakan kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk
mengembangkan sesuatu konsep khusunya matematik asas bagi murid sekolah.
Sebagai guru yang berkualiti, saya harus mempertimbangkan kaedah serta
instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekian ,terima kasih

16

WAJ 3105 [LITERASI NOMBOR]


MUNIRAH BINTI MOKHTAR

8.0

BIBLIOGRAFI

Man Ah Keow, (2013) . Literasi Nombor. Kuala Lumpur : Bs Print (M) Sdn. Bhd
Mok Soon Sang (1997). Pedagogi 2-Pelaksanaan Pengajaran, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR
dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sukatan Pelajaran
Diploma Perguruan Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian
Pendidikan Malaysia,

http://www.mathsisfun.com/geometry/tessellation.html - diakses pada 12 Februari 2014


http://www.coolmath4kids.com/tesspag1.htm- diakses pada 20 Februari 2014
http://mathworld.wolfram.com/Tessellation.html - diakses pada 23 Februari 2014

17

Anda mungkin juga menyukai