Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN TUTORIAL 2 SJH 3123 SEJARAH ISLAM DAULAH ABBASIYAH

NAMA PELATIH : MUHAMAD NUR ARIF BIN ZAINURI


NO. KAD PENGENALAN : 950723-01-5011
KURSUS : SEJARAH ISLAM SEHINGGA DAULAH ABBASIYAH
TAJUK TUGASAN : ZAMAN JAHILIAH DI MAKKAH
TARIKH : 13 JANUARI 2017

1. Tamadun Islam yang dapat dicatatkan sejarahnya dipercayai bermula di kawasan


padang pasir terpencil yang kering kontang bernama Hijjaz. Kawasan Hijaz ini terdiri daripada
3 kota iaitu Makkah, Madinah dan Taif. Hal ini sangat berlawanan dengan tamadun-tamadun
terawal dunia lain yang bermula di kawasan-kawasan subur di lembah-lembah sungai seperti
Tamadun Mesir di Sungai Nil dan Tamadun Indus di Sungai Indus. Lembah sungai dipilih kerana
wujudnya keadaan-keadaan yang sesuai untuk kegiatan pertanian dan sungai penting untuk
kegiatan harian manusia. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan bahawa permulaan
Tamadun Islam amat unik yang telah diatur oleh Allah dan pembentukannya bukan
menglibatkan kawasan subur untuk kehidupan seharian malah lebih tertumpu kepada ajaran
agama dan pemikiran baru di kalangan manusia.

2.(i) Jahiliah merupakan perkataan dari Bahasa Arab iaitu Jahala. Jahala ini bermaksud jahil,
tidak tahu, bodoh, ataupun tidak mempunyai pengetahuan. Kejahilan ini bukanlah secara
menyeluruh, tetapi kejahilan ini dilihat dari sudut corak hidup masyarakat pada ketika itu yang
mengamalkan budaya-budaya buruk dan sehingga melampaui batas norma kemanusiaan
seperti membunuh, merogol, berjudi dan minum arak. Akhlak masyarakat pada ketika ini begitu
teruk disebabkan oleh ketiadaan nabi dan kitab suci sebagai petunjuk kepada mereka.
Kejahilan ini juga merujuk kepada tahap pemikiran dan pengetahuan masyarakat arab pada
ketika itu yang tidak tahu membaca dan menulis.

(ii) Masyarakat arab yang mengamalkan ciri-ciri jahiliah ini telah digelar sebagai Masyarakat
Arab Jahiliah yang dengan bongkak dan sombongnya menolak ajaran yang ditunjukkan dari
tuhan kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul
sebelumnya seperti Nabi Sulaiman. Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa dan
sebagainya. Masyarakat Arab Jahiliah ini dikategorikan kepada dua kelompok iaitu masyarakat
Badwi dan masyarakat Hadari mengikut tempat tinggal mereka. Ciri-ciri masyarakat jahiliah ini
sangat teruk dan tidak bermoral tidak mengira aspek termasuklah dari aspek politik, ekonomi,
sosial, kepercayaan, pegangan dan nilai-nilai kehidupan seharian. Pembunuhan terhadap bayi
perempuan dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan membawa nasib malang.
Perniagaan pula dipenuhi dengan riba dan penindasan. Pelanggan sering ditipu dari segi kualiti
dan kuantiti barang yang dibeli. Aktiviti merompak antara kabilah juga sudah menjadi satu
kemestian bagi Masyarakat Arab Jahiliah. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama dalam
masyarakat Arab Jahiliah, iaitu agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam
seperti pokok), samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan
mempercayai roh orang mati menjadi burung). Namun ajaran agama pada zaman ini telah
diseleweng oleh manusia mengikut nafsu mereka.

3. Sistem kabilah berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok yang telah
diamalkan oleh Masyarakat Arab Jahiliah telah memberikan beberapa kesan negatif kepada
masyarakat. Antaranya ialah, wujudnya semangat assabiah atau kekitaan di kalangan
masyarakat.kerana setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri. Semangat
assabiah ini telah mengakibatkan peperangan berlaku antara kabilah. Semangat kesukuan ini
wujud disebabkan sistem kabilah mengikut keturunan dan penempatan kabilah yang panas dan
kering kontang. Mereka bersama-sama bergerak dalam satu kabilah dan sanggup berperang
dengan kabilah lain walaupun hal yang remeh temeh. Masalah sistem kabilah ini jika di amalkan
oleh masyarakat masa kini akan menyebabkan berlakunya kucar-kacir kerana masyarakat
Malaysia terutamanya merupakan masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum. Perkara ini
boleh dilihat dari sudut perkauman. Masyarakat yang berbilang kaum perlulah sentiasa hormat-
menghormati antara satu sama lain. Semangat asabiah itu boleh dikurangkan apabila
masyarakat saling memahami antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai