Anda di halaman 1dari 34
JURNAL REFLEKTIF 1 Murid Bising Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Masalah Pada minggu pertama saya telah mengajar di kelas 3 Cerdik bagi subjek Bahasa Arab, Saya mengenal pasti masalah murid yang paling serius ialah berbuat bising di dalam kelas. Masalah ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) saya terganggu dan terpaksa menghentikan proses p&p semata-mata kerana ada beberapa murid membuat bising dan tidak memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan guru. Murid juga kelihatan mempunyai sikap yang agak aktif dan suka bercakap. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), menyatakan beberapa tingkah laku disruptif ialah suka membuat bising dan menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya terpanggil untuk menyelesaikan masalah ini supaya tidak memberikan kesan negatif tethadap keberkesanan p&p saya. Analisis Masalah Mengikut Garner dan Hill (1995), kesan-kesan tingkah laku disruptif adalah seperti menjejas konsentrasi murid-murid dan pembelajaran mereka dan menghalang penglibatan murid-murid dalam aktiviti pendidikan. Sikap yang ditunjukkan oleh murid yang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasat masalah yang saya hadapi oleh murid berkenaan. Antara soalan-soalan yang timbul di dalam pemikiran saya ialah: - Adakah murid tidak berminat terhadap mata pelajaran yang saya ajar? = Mangapa murid ini bersikap sedemikian? - Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini? - Bagaimana penglibatan murid ini dalam di dalam kelas sebelum ini? - Bagaimana penglibatan murid ini di dalam mata pelajaran lain? Daripada tinjauan awal yang saya lakukan melalui tenn bual dengan guru-gnru dan rakan sekelas yang lain, saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor penyebab kepada permasalaan ini, iaitu: = Murid ini dari kumpulan yang lemah - Tiada sebarang kecacatan diri - Sentias memerlukan tunjuk ajar + Tidak yakin dengan diri - Pendapat mereka bahawa Bahasa Arab mata pelajaran yang susah untuk belajar Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, murid-murid ini menghadapi masalah disebabkan faktor persekitaran iaitu lebih merujuk kepada suasana di dalam kelas. Selain itu, faktor susun atur bilik darjah juga menycbabkan murid-murid ini tidak memberi tumpuan semasa proses p&p. Hal ini kerana kebanyakan murid-murid yang suka membuat bising adalah daripada kalangan murid yang berada dalam barisan belakang, Cadangan Bagi mengubah masalah dan sikap murid-murid supaya tidak membuat bising, saya telah membuat beberapa cadangan yang bolch digunakan bagi mengatasi masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Antara cadangan saya ialah: - Mengubah susun atur meja sesuai dengan bilangan murid di dalam kelas - Meletakkan murid yang suka membuat bising di barisan hadapan - Saya perlu sentiasa memerhati keadaan murid ini - Memaklumkan kepada murid tentang peraturan semasa proses p&p - Melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka Tempoh Penyelesaian Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa lima hari persekolahan, iaitu dari 27 Januari hingga 31 Januari 2014 Tindakan Susulan Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar. Selain itu, saya juga perlu belajar bagaimana cara pengurusan bilik darjah yang baik dan cara memotivasi murid-murid sebelum memulakan proses pengajaran dan 2 pembelajaran. Hasil daripada pembacaan dan kajian yang dibuat, bagi menangani_ murid- murid sebegini saya telah mengambil tegas yang mana guru perlu menetapkan peraturan dan undang-undang di dalam bilik darjah supaya murid-murid berada dalam keadaan berdisiplin dan teratur semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu berperanan untuk mengawal tingkah laku murid semasa berada dalam kelas kerana faktor ini sangat penting dan kritikal. Menurut Maskowitz dan Hayman (1976) sckali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menetapkan peraturan dan undang-undang semasa di dalam bilik darjah dan semasa sesi p&p. Murid akan diberi motivasi serta memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan kondusif. Susun atur meja murid dalam keadaan teratur dan memastikan semua murid memberi tumpuan xetika guru mengajar. Peranan ketua darjah dan pengawas di dalam kelas juga penting. Mereka juga perlu memberi sokongan dan melarang murid-murid supaya tidak membuat ising ketika guru mengajar. Kesimpulan Pendekatan yang saya ambil telah menampakkan hasilnya apabila tingkah laku bising telah dapat dikurangkan. Saya juga telah dapat menjalankan proses p&p dengan ‘ebih berkesan dan menyeronokkan. Sckiranya seseorang murid ingin berjaya, dia zeadaklah berasakan dirinya sebagai seorang murid yang berkebolehan dan mempunyai diri yang tinggi. Di samping itu, murid-murid juga perlu sentiasa bermotivasi dan cnemastikan diri mereka senti mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah Jitetapkan oleh guru. Guru juga perlu memastikan keadaan murid dan bilik darjah yang xondusif sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menraik minat murid untuk belajar dan pengurusan bilik darjah dalam keaadn teratur. Rujukan Ragbir Kaur Joginder Singh (2010).Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI (Sekolah Rendah).Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Moskowitz, G., & Hayman, J. L. (1976). Success strategies of inner - city teachers: A year -long study. Journal of Educational Research, 69, 283-289 3 JURNAL REFLEKTIF 2 Masalah Pengurusan Masa Yang Tidak Cekap Masalah Pada minggu kedua, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa, iaitu tidak dapat menepati seperti mana yang dirancangkan semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Arab di kelas 2 Cerdik. Masalah ini menyebabkan penggunaan masa untuk melakukan aktviti yang dirancang tidak mencukupi. Hal ini juga menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang terakhir dalam proses p&p pada hari itu. Masalah ini jika tidak diselesaikan dengan segera sudah pasti akan menjejaskan p&p, terutama apabila pensyarah penyelia datang untuk membuat pemantauan. Ketidakcekapan menguruskan masa ini menggambarkan kelemahan saya dalam membuat perancangan dan pelaksanaan p&p. Kelemahan ini juga akan menyebabkan pelajar tidak akan memahami isi kandungan pelajaran yang diikuti. Mengikut Carroll (1989), sikap pelajar terhadap pelajaran adalah tinggi, jika ia mudah untuk memahami pengajaran, pelajar akan tekun belajar dan akhimya mudah untuk memahami sesuatu konsep dan kemahiran, Begitu juga jika pengajaran guru itu baik maka pelajar akan belajar dengan mudah. Analisis Masalah Masalah ini timbul disebabkan oleh pertukaran jadual yang mana pada minggu ini merupakan pertama kali saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab bagi kelas 2 Cerdik. Sebelum ini saya mengajar di kelas tahun 2 yang lain, namun disebabkan pertukaran jadual saya telah diberikan jadual untuk mengajar kelas 2 Cerdik. Masalah ini juga menyebabkan pengurusan masa ketika proses p&p terganggu kerana saya masih belum mengenali murid 2 Cerdik dan masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan mercka. Masalah ini juga timbul kerana aktiviti permainan secara berkumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan aktiviti tersebut. Ini mungkin disebabkan perancangan masa saya yang tidak scsuai dengan tahap kelas yang saya mengajar. Kelas 2 4 cerdik merupakan kelas yang kedua dan pelajamya juga terdiri daripada beberapa murid yang kurang aktif. Di samping itu, masalah ini juga wujud kerana gangguan aktiviti sekolah seperti perhimpunan pagi yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancang. Cadangan Bagi mengatasi masalah penggunaan dan pengurusan masa yang tepat ketika proses pengaaran dan pembelajaran, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Antara cadangan saya ialah: - Memandangkan waktu mata pelajaran Bahasa Arab tahun 2 Cerdik bermula pada waktu pertama, saya akan menyediakan plan A dan plan B supaya proses p&p dapat dilakasanakan pada waktu dan masa yang telah dirancang. - Bagi memastikan aktiviti perbincangan atau aktiviti permainan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang diperuntukkan dan menyiapkan tugasan tepat pada masa yang ditetapkan kepada mereka. - Saya perlu sentiasa memerhati keadaan pelajar ketika menjalankan aktiviti berkumpulan. = Melakukan aktiviti yang sesuai dengan tahap dan kemampuan murid. Tempoh Penyelesaian Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses p&p. Jadi saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini pada minggu hadapan, iaitu dari 9 Feb 2014 hingga 13 Feb 2014. Tindakan Susulan Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk membnat persediaan yang terancang an teliti supaya dapat menghasilkan p&p yang berkesan, Watson (1998) menasihatkan 1" guru-guru pelatih membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan sesi >engajaran di dalam bilik darjah agar guru mengetahui apa yang akan diajar kepada pelajar sentiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar. 5 Sebelum memulakan sesi p&p, guru perlu menetapkan peraturan dan undang- undang semasa di dalam bilik darjah dan semasa sesi p&p. Murid akan diberi motivasi serta memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan kondusif. Guru juga akan memaklumkan peruntukan masa kepada murid apabila diberi tugasan berkumpulan. Selain itu saya juga perlu belajar bagaimana cara pengurusan mesa yang berkesan ketika melaksanakan proses p&p. Semasa membuat persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperutukkan. Kebiasaan pada setiap hari waktu pagi, murid-murid akan terlibat dengan perhimpunan pagi dan kadang-kadang perhimpunan pagi mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa belajar. Jadi saya perlu bersedia dengan pelan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang tepat ini. Kesimpulan Pengurusan masa yang tepat amat penting dalam merancang dan melaksanakan proses p&p. Guru harus merancang aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan supaya objektif pembelajaran tercapai. Menurut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuaian aras pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa (time), adi, faktor masa turut mempengaruhi keberkesanan p&p seseorang guru. Rujukan Carroll J. (1989). The Carroll model: A25 years restrospective and prospective view. Educational Reseacher, 18, 26-31. Slavin, R. (1987). A theory of school and classroom organization. Eduational Psychologist, 22, 89-108. Watson, G. (1998). Classroom Discipline Problem Solver : Ready-to-Use Techniques & Materials for Managing All Kinds of Behavior Problems. New York : The Center For Applied Research In Education. JURNAL REFLEKTIF 3 Masalah Pelajar Tidak Membawa Buku Teks Ke Sekolah Masalah Pada minggu ketiga, saya telah menghadapi masalah dengan pelajar yang sama dan sering kali tidak membawa buku teks ketika saya mengajar. Penggunaan buku teks merupakan salah satu bahan bantu mengajar dan ia amat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah telah membekalkan pinjaman buku teks kepada para pelajar, namun setiap kali waktu saya mengajar saya dapati pelajar yang sama sering kali tidak membawa buku teks ke sckolah. Setelah 3 minggu saya menjalani praktikum dan setiap kali saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di kelas 3 Cerdik, saya dapati murid ini selalu tidak membawa buku teks Bahasa Arab. Peraturan Menteri Pendidikan Nasional Nomor 11 Tahun 2005 menjelaskan >ahawa buku teks adalah buku acuan wajib untuk digunakan di sekolah yang mengandungi :si pembelajaran dalam rangka peningkatan keimanan dan ketakwaan, budi pekerti dan szpribadian, kemampuan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi, kepckaan dan «:mampuan estetis, serta potensi fizik dan kesihatan yang disusun berdasarkan standard -asional pendidikan, Berdasarkan hal tersebut, buku teks merupakan buku standard yang disusun olch zexar dalam bidangnya, boleh dilengkapi sarana pembelajaran (seperti rakaman) dan “inakan sebagai penunjang program pembelajaran. Jadi saya berasakan masalah ini perlu scsi dengan segera agalisis Masalah Berdasarkan soal selidik saya terhadap murid tersebut, saya dapati murid ini dak membawa buku teks atas alasan tidak mahu memikul beban membawa buku maze Senyak ke sekolah. Murid ini juga merupakan murid yang bersifat introvert yang k banyak bercakap dan kadang-kadang tidak memberi tumpuan ketika guru Selain itu, berdasarkan hasil temu bual saya dengan guru mata pelajaran lain, meszixt ema juga berlaku sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Murid ini juga 7 sering kali tidak membawa buku teks ke sekolah. Hal ini menyebabkan masalah proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan murid ini juga akan ketinggalan dari segi maklumat yang disampaikan oleh guru berdasarkan penggunaan buku teks. Namun, saya bersikap positif sebagai bakal guru saya perlu menghadapi masalah ini dengan tenang dan cuba menyelesaikannya. Menurut Stone (2007), kalau tingkah laku boleh dipelajari maka sudah tentu ia boleh diubah atau diubahsuai. Oleh itu, saya juga percaya bahawa tingkah laku negatif yang ada pada murid saya dapat diubah dengan kebijaksanaan seseorang guru. Cadangan Bagi mengatasi masalah murid sebegini, guru perlu mengambil tindakan terhadap masalah murid ini yang sering kali tidak membawa buku teks ke sekolah. Masalah ini akan berterusan jika murid ini terus dibiarkan melakukan perkara yang sama. Antara cadangan saya ialah: - Guru mata pelajaran perlu memaklumkan masalah murid yang sering tidak membawa buku teks ke sekolah ini kepada pihak pentadbir. - Pihak pentadbir perlu mengambil tindakan terhadap murid yang sering kali melakukan masalah tidak membawa buku teks ke sekolah. = Guru mata pelajaran juga perlu menasihati murid ini supaya membawa buku teks dan jika murid ini masih tidak membawa buku teks maka tindakan disiplin akan di ambil. = Guru juga perlu memaklumkan hal ini kepada ibu bapa murid tersebut agar mereka mengambil perhatian terhadap masalah anak mererka ini. Tempoh Penyelesaian Memandangkan masalah yang sama ini masih berterusan schingga ke minggu ketiga, maka saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pada peringkat awal ini, saya bercadang menyelesaikan masalah ini dalam masa dua minggu. Penggunaan buku teks amat penting dalam menyampaikan maklumat isi pelajaran. Melalui penggunaan buku teks ia dapat membantu murid dalam memahami isi kandungan pelajaran. Oleh itu, saya akan memastikan masalah murid ini tidak akan berulang lagi dan tindakan disiplin akan diambil 8 sekiranya murid ini masih melakukan perkara yang sama. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang dirancang tidak tercapai sepenuhnya. Tindakan susulan Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar kepada murid-murid. Saya perlu sentiasa memastikan murid-murid yang melakukan masalah tidak membawa buku teks ini tidak akan berulang dan tidak akan berlaku kepada murid-murid lain, Guru perlu sentiasa memastikan murid membawa buku teks dan memastikan mereka menjaga buku teks dengan baik. Selain itu saya juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana pelajar yang tidak membawa buku teks sewaktu saya mengajar. Ini kerana murid akan membuat latihan aktiviti berdasarkan buku teks. Jika murid tidak mempunyai atau tidak membawa buku teks ke sekolah maka ia akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, saya mesti bersikap tegas untuk mengatasi masalah ini. Robertson :1989) menyatakan guru pelatih perlu yakin, tegas dan mengetahui tentang haknya untuk pertindak dalam menguruskan tingkah laku pelajar di bilik darjah. Kesimpulan Penggunaan buku teks adalah amat penting kepada murid dan juga guru. Melalui cenggunaan buku teks ia dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dan juga membantu guru dalam mencapai objektif pembelajaran murid- murid. Berdasarkan penggunaan buku teks ia dapat membantu murid memahami isi xandungan serta dapat membantu murid dalam menyiapkan tugasan di dalam buku aktiviti mereka. Rujukan Scone .(2007). The Effects of Token Economy System to Improve social and academic behavior with a primary aged child with disabilities. International Journal of Special Education, 6(2), 15-23 Robertson, J. (1989). Effective Classroom Control : Understanding Teacher-Pupil Relationships 2nd Edition. London : Hodder & Stoughton 10 JURNAL REFLEKTIF 4 Masalah Penampilan dan Kebersihan Diri Murid Masalah Pada minggu ini saya menghadapi masalah penampilan dan kebersihan diri murid- murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian sekolah, kasut dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Sclain itu, murid-murid akan bermain sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid-murid sekolah. Seharusnya, murid-murid menjaga penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri. Malahan, terdapat murid-murid yang mempunyai bau badan yang busuk. Masalah ‘sebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malah melibatkan murid Tahap 2 terutamanya murid tahun 4 Cekap. Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana melibatkan imej sekolah dan guru-guru. Sekiranya pihak luar atang ke sekolah dan mendapati murid-murid tidak berpakaian kemas dan kotor, mereka zkan menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah. Ini akan merosakkan imej guru dan sekolah. Saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi sczeta. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan ‘sacar sekiranya murid-murid berkeadaan bersih dan kemas. Glenn (2001) menegaskan sahawa environmen bilik darjah yang ceria dan gembira akan mendorong ke arah zembelajaran yang lebih memberangsangkan. Analisis Masalah Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur penting. Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian <=2na kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan il menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil lagi Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah, Hal ini kerana sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan. “Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.” Sementara itu, seperti yang kita scmua sedia maklum, agama Islam juga menitikberatkan soal kebersihan. Menurut Sabda Rasulullah SAW: “Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman” Kita harus sedar bahawa menjaga kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, kita bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Cadangan Dalam mengatasi masalah kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, saya berpendapat ianya menjadi tanggungjawab semua pihak di sekolah, Murid-murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri, guru pula bertanggungjawab menegur dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Pihak sekolah pula bertanggungjawab seperti mengadakan kempen kebersihan dan menguatkuasakan peraturan kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, Guru-guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid- murid menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Guru tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlaku kerana ianya melibatkan imej guru. Guru perlu sentiasa menegur dan tegas 12 terhadap kebersihan murid-murid. Teguran secara terus merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya terdapat murid-murid yang kemas dan bersih dalam penampilan diri, guru perlu memberi pujian kepada murid tersebut dan menjadikan contoh kepada murid-murid lain. Tempoh Penyelesaian Masalah ini perlulah diatasi secepat mungkin. Sckiranya masih ada murid yang tidak menjaga kebersihan diri, guru perlulah sentiasa menegur murid setiap kali sebelum memulakan waktu pengajaran dan pembelajaran, Saya berpendapat dan bercadang untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa empat minggu. Tindakan Susulan Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk sentiasa memberikan memastikan murid dalam keadaan kemas dan bersih. Ini kerana melalui penampilan yang kemas dan bersih akan mempengaruhi murid dalam menimba ilmu. Sekiranya murid dalam keadaan kemas dan bersih, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik dan tidak akan menggangu guru serta murid lain. Guru juga sepatutnya akan sentiasa dersedia untuk membantu pelajar mereka belajar melalui kesilapan yang dilakukan dan zuru sedemikian dikatakan berkebolchan menyediakan tapak pembelajaran yang sclamat dan kondusif untuk dialami pelajar semasa proses penerokaan pembelajaran (Noriah & Nor Sakinah, 2003). Tapak sedemikian digambarkan oleh Ainsworth (1989) sebagai secure ase yang menjadi penggalak kepada pelajar untuk mahu terus mencuba meneroka cengetahuan dan kemahiran baharu walaupun dalam situasi yang agak asing atau baharu Sagi pelajar. Kesimpulan Oleh itu, penampilan guru juga harus dijaga kerana murid-murid menganggap guru ~erupakan contoh yang terbaik kepada mereka, Sekiranya guru tidak menjaga kekemasan és kebersihan akan memberi kesan kepada murid-murid. Murid-murid memepertikaikan «2perluan mereka untuk menjaga kekemasan dan kebersihan diri sekiranya guru tidak ‘ukan sedemikian. 13 Rujukan Ainsworth, M.D.S. (1989). Attachment beyond infancy. American Ps ‘hologist, 44:709- 716. Glenn, R. F 2001). What Teachers Need to Be. Education Digest, 67(1), 19-21. bttp:/w Noriah Mohd Ishak dan NorSakinah Mohamad. (2003). Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan dan Komitmen. Jurnal Pendidikan. 28:91-103. 14 JURNAL REFLEKTIF 5 Masalah Murid Nakal Masalah Saya mengajar di kelas 3 Cerdik bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab kelas minggu ini saya dapati terdapat dua orang murid lelaki yang sangat nakal Hakikatnya, setiap murid dalam sesebuah bilik darjah tersebut mempunyai perbezaan dalam aspek kualiti diri, minat dan keperluan (Brophy, 2006). Mereka mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan selain gemar berdiri di atas kerusi dan duduk di atas meja. Lalu, saya telah mendenda mereka berdua dengan menolak nilai bintang yang mewakili setiap kumpulan melalui sistem token yang telah saya laksanakan. Walau bagaimanapun, dendaan tersebut tidak menyekat atau memberhentikan mereka daripada mengulangi tingkah laku yang sama. Mereka berdua tetap membuat bising dan mengusik rakan-rakan lain yang sedang melakukan tugasan yang saya berikan. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif kerana mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dan lambat menyiapkan tugasan yang saya berikan, Analisis Masalah Meskipun tingkah laku kedua-dua murid ini agak nakal, namun bukan semua murid dikelas tersebut mempunyai tingkah laku yang sama. Hanya ada segelintir daripada mereka yang hersikap agak nakal. Kedua-dua murid ini bukanlah tergolong dalam kalangan murid yang tidak tahu menulis dan membaca jika ingin dikaitkan tingkah laku mereka dengan keupayaan akademik. Saya perhatikan mereka tiada masalah pembelajaran seperti tidak tahu membaca dan menulis. Menurut guru kelas mereka juga, dua orang murid ini datang keluarga yang erpendapatan sederhana dan mempunyai adik-beradik yang lebih daripada empat orang. Berkemungkinan kedua murid ini hanya ingin mendapatkan perhatian dari saya yang merupakan guru baru yang memasuki kelas mereka sementelah lagi saya seorang guru perempuan. Selain daripada itu, permasalahan ini mungkin juga timbul kerana mereka xurang memahami pengajaran saya pada hari tersebut. 15 Cadangan a. Saya patut membaca buku-buku dan kajian-kajian yang berkaitan dengan kawalan murid dan teknik kaunseling secara individu yang berkesan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. b. Saya perlu mengaplikasikan kaedah dan teknik yang bersesuaian bagi mengawal murid dan memastikan mereka memahami segala isi pelajaran yang disampaikan. ¢. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru praktikal lain. d. Saya juga bercadang untuk mengadakan kauseling individu dengan pelajar terbabit Tempoh Penyelesaian Saya bercadang untuk menyelesaikan masalah ini dalam minggu ini juga, iaitu dari 24 Februari 2014 — 28 Februari 2014 Tindakan Susulan Bagi mengelakkan kedua murid ini mengganggu rakan sekelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan kelak, guru boleh memanggil kedua murid tersebut untuk sesi kaunseling individu. Saya akan mengaplikasikan teknik kaunseling individu secara ‘time-out’ iaitu dengan mengasingkan murid yang nakal di hadapan kelas. Hal ini membolehkan saya membina hubunyan baik dan mesra dengan pelajar terbabit. Grasha (1996), mencadangkan bahawa guru yang mengajar mewujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan pelajar masing-masing supaya mudah untuk mengawal dan mempengaruhi pelajar. Selain itu, saya juga perlu cuba membina hubungan yang baik bersama mereka dengan bertanyakan tentang diri mereka, keluarga mereka dan minat mereka ke sekolah dengan harapan makin banyak yang diketahui tentang seseorang, lebih mudah untuk memahami sikapnya. Saya akan membuat penerokaan untuk mengetahui sebab-sebab mereka selalu mengacau rakan sekelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenal pasti punca mereka berkelakuan tertentu. Olch itu, 16 saranan yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus berkelakuan yang kurang menyenangkan guru. Selain itu, selalu berinteraksi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana bertemu dengannya akan menambahkan lagi rasa senang hati di dalam diri murid. Murid akan merasakan dirinya lebih dihargai. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah laku yang kurang menyenangkan kelak akan berkurangan. Kesimpulan Kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lal menyehahkan penentuan matlamat- matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah faku masa hadapan. Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi seseorang untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Kaunseling individu boleh dilakukan dalam pelbagai kaedah dan teknik. Saya telah memilih teknik ’sime-out' kerana saya percaya, teknik ini mampu membuatkan murid mempunyai masa untuk berfikir selain belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif dalam diri mereka. Rujukan Baron, R.M. and Kenny, D.A. 1986. The Moderator-Mediator Variable Distinction in Social Psychological Research: Conceptual, Strategic, and Statistical Considerations. Journal of Personality and Social Psychology. 51(6): 1175-1182. Grasha, A.F. 1996. Teaching with styles. Cincinnati: Allience Pub. ae JURNAL REFLEKTIF 6 Murid Tidak Menyiapkan Latihan dan Kerja Rumah Masalah Pada minggu keenam, saya telah mengajar subjek Bahasa Arab bagi kelas 2 Cekap untuk kali yang kedua selepas pertukaran jadual pada minggu lepas. Kelas 2 Cekap merupakan kelas yang terakhir daripada tiga buah kelas bagi tahun 2 di sekolah ini. Semasa saya mula mengajar di kelas ini bermula pada minggu lepas. Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan memberikan latihan atau kerja rumah sebagai pengukuhan kepada mereka. Namun, saya dapati pada minggu ini masih terdapat dalam kalangan pelajar kelas ini yang masih belum menyiapkan kerja rumah yang saya berikan pada minggu lepas. Kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja rumah dan sering kali memberi alasan kerana lupa untuk menyiapkannya. Analisis Masalah Segelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepada mereka setiap hari, Pelbagai sebab dan punca masalah ini sering berlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu Ictih scmasa membuat latihan yang diberikan olch guru tcrutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid juga tidak menyiapkan kerja sckolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku latihan atau buku aktiviti apabila guru meminta mereka membuat Jatihan. Keadaan ini memberikan kesan yang tidak baik pada masa akan datang. Segelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang diberikan untuk membuat latihan untuk berbual dengan rakan atau bermain. Tindakan ini juga mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja sekolah. Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama 18 sering diberi untuk melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, dan pelbagai alasan yang tidak logik. Sclain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan aktiviti walaupun telah diberi peringatan beberapa kali. Masalah ini jarang berlaku bagi kumpulan yang pandai dan ia selalunya berlaku bagi kumpulan lemah sahaja. Dalam hal yang sedemikian, sebagai seorang guru tiada pilih kasih dalam memustikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna. Cadangan Sistem kawalan sosial berkehendakkan ganjaran dan dendaan. Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenal pasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka, Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing. Selain itu, untuk menaikkan semangat belajar murid-murid, saya akan memberikan peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka, Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi. Dalam menggambarkan jenis murid tersebut, Cooney (2012) menjelaskan guru bermotivasi untuk mengajar murid yang memberikan tumpuan penuh terhadap pengajaran guru, melengkapkan tugasan yang diberikan guru, kelihatan bertanggungjawab dan selesa dengan pengajaran guru, dan berinteraksi mesra dengan rakan-rakan, Tempoh Penyelesaian 24/2/2014 hingga 28/2/2014 (1 minggu) 19 Tindakan Susulan a. Lembaran kerja yang diberi harus diteliti dan disemak selalu bagi mengenalpasti murid-murid yang sering tidak menghantar buku-buku mercka. b. Lembaran kerja murid yang tidak sempat dijawab disediakan dengan mengantungnya di tepi kelas yang berdekatan dengan meja murid bagi memudahkan mereka mendapatkan lembaran kerja tersebut. c. Pertandingan berbentuk kuiz berkumpulan akan diberikan kepada murid-murid yang dapat menjawab dengan betul akan diberi hadiah sebagai perangsang dan motivasi. Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka, Guru perlu sabar dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid. Kesimpulan Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P. Murid- murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatusinya. Bayai saya pelajar-pelajar seperti ini perlu diberikan semangat dan motivasi. Isu motivasi ini amat penting kerana motivasi yang akan menggerakkan seseorang itu untuk bergerak maju ke hadapan tidak kira dalam apa jua yang dilakukan (Bye et al., 2007). Rujukan Bye, D., Pushkar, D. and Conway, M. (2007). Motivation, Interest and Positive Affect in Traditional and NonTraditional Undergraduate Students. Adult Education Quarterly. $1(2):141-158. 20 Cooney, T. J. (2012). A beginning teacher's view of problem solving. Journal of Research in Mathematics Education, 16(5), 324-336. Dimuat turun daripada http://www jstor.org/stable/749355 21 JURNAL REFLEKTIE 7 Masalah Komputer Rosak Masalah Penggimaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid dan memudahkan penyampaian isi pelajaran. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), Komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Olch itu, saya bersemangat untuk menggunakan komputer di dalam kelas. Namun saya menghadapi masalah untuk menggunakan peralatan ini di dalam kelas. Pada minggu ini saya menghadapi masalah komputer di dalam kelas telah rosak dan menyebabkan video dan slaid power point tidak dapat dipaparkan. Masalah ini menyebabkan masa saya banyak dibazirkan untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut. Sclain itu, masalah ini juga telah menyebabkan perancangan RPH saya terganggu dan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancangkan. Murid juga berasa bosan dan saya berasa kecewa apabila komputer dan projektor rosak. Analisis Masalah Masalah ini berlaku kerana guru-guru yang menggunakan peralatan ini tidak menutup mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kadang-kadang peralatan ini tidak tutup menyebabkan cepat rosak. Selain itu, penyelenggaraan juga tidak dilakukan dengan baik. Cadangan Dalam menyelesaikan masalah ini, saya sepatutnya memikirkan masalah sekiranya Komputer rosak dan menyediakan bahan bantu mengajar yang lain sebagai ganti. Selain itu, saya juga sepatutnya sentiasa membawa komputer bimbit sendiri untuk pengajaran. Pada masa menunggu, guru hendak memberi kerja kepada murid supaya mereka tidak akan bising. 22 Selain ita, pihak makmal juga perlu mengadakan latihan kepada guru-guru supaya menggunakan peralatan dengan betul. Notis-notis penggunaan yang betul juga perlu dilekatkan berdekatan peralatan itu scbagai panduan kepada guru. Seterusnya, penyelenggaraan yang berterusan perlu dijalankan agar peralatan itu sentiasa berada dalam keadaan baik. Tempoh Penyelesaian Dalam menyelesaikan masalah ini saya bukanlah pihak yang berautoriti secara mutlak bagi memastikan peralatan tersebut dibaiki dengan cepat. Hal ini bergantung kepada pihak pentadbiran sekolah. Bagi pihak saya, penyelesaian yang dapat dilakukan hanyalah menyediakan pelan B RPH sekiranya berlaku masalah seperti itu pada m: datang. akan Tindakan Susulan Dalam hal ini saya telah membuat laporan kerosakan kepada pihak pentadbiran. Saya juga telah mengambil inisiatif menampal cara penggunaan yang betul di dinding kelas tersebut supaya menjadi rujukan kepada guru. Selain itu, saya lebih berhati-hati semasa merancang RPH dengan mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sekiranya menggunakan peralatan komputer. Kesimpulan Guru hendak selalu membawa komputer sendiri atau menyediakan aktiviti lain untuk mengajar kalau komputer di dalam kelas rosak. Sebagai seorang guru yang cemerlang persiapan dan perancangan yang dibuat perlulah rapi, teliti dan terancang untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Watson (1998) menasihatkan agar guru-guru pelatih membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan sesi pengajaran di dalam bilik darjah agar dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran vang berkesan dan memudahkan pemahaman murid. Rujukan Rosenberg, M.J., 2000, E-Learning, New York: McGraw Hill 23 Watson, G. (1998). Classroom Discipline Problem Solver : Ready-to-Use Techniques & Materials for Managing All Kinds of Behavior Problems. New York : The Center For Applied Research In Education. 24 SJURNAL REFLEKTIF 8 Masalah Menentukan Hasil Pembelajaran Masalah Pada minggu ini, saya menghadapi masalah menentukan hasil pembelajaran yang spesifik mengikut kebolehan murid pada akhir pengajaran dan pembel fasalah hasil dembelajaran yang kurang spesifik ini sering kali menjadi persoalan dalam diri saya senditi setiap kali memilih standard pembelajaran yang dirancang dalam setiap slot pengajaran vang ingin diajar. Saya masih agak keliru untuk menentukan objektif pembelajaran yang cepat dengan standard pembelajaran yang dipilih iaita apa yang saya ingin murid dapat apabile diakhir pengajaran dan pembelajaran tersebut. Dalam hal ini, apa yang dapat saya lihat masalah ini apabila setiap kali saya menulis Rancangan Pengajaran Slot di dalam Buku Ringkasan Mengajar. Murid-murid dapat nemahami apa yang telah dipelajari pada akhir pengajaran cuma objektif pembelajaran yang ditulis terlalu umum dan tidak berfokuskan dengan apa yang murid dapat diakhir sengajaran dan pembelajaran. Analisis Masalah Masalah ini mungkin disebabkan hasil pembelajaran yang saya tulis tidak dapat erhatikan dan dinilai secara spesifik ataupun khusus. Khusus di sini dari pemahaman bermaksud satu. Judi satu objektif khusus hanya mengandungi satu pola tingkah faku sau pernyataan yang boleh dilihat dan divkur seringkali kurang jelas untuk saya senulisnya. Kelemahan saya ialah sering kali menulis basil pembelajaran yaug enunjukkan kata kerja yang kurang jelas dan tidak boleh digunakan dalam objektif khas. Deh itu, saya perlu lebih peka dan faham dengan sejelas-jelasnya objektif yang ingin saya cerolehi diakhir pengajaran dan pembelajaran itu nant. Jika tidak diambil tindakan -asalah ini akan berterusan dan pada akhir pengajaran dan pembelajaran sukar untuk saya ~enilai sama ada matlamat pengajaran tercapai atau sebaliknya pada anak murid saya 25 Cadangan Saya perlu mengenal pasti dan memilih objektif pengajaran yang boleh diukur dan dilakukan oleh murid-murid setelah mengikuti sesuatu unit pengajaran dan pembel Memastikan objektif yang diinginkan tidak terlala tinggi dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid. Menurut Gagne (1985 scbab mengapa objektif pengajaran perlu ditulis dengan je i, Objektif yang jelas dapat membimbing dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ii, Objektif yang jelas dan teliti itu akan membanty guru merencanakan langkah- langkah yang akan dilakukan murid dalam mencapai tujuan itu, begitu juga dalam pengajaran gura, iii, Membantu guru dalam menyiapkan tindakan penilaian. Tempoh Penyelesaian Masalah harus diatasi secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera. Jika perkara seperti ini berterusan guru tidak dapat menjadikan panduan yang berguna untuk proses penilaian, Saya akan meminta pandangan dari pensyarah penyelia untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penulisan objektif yang tepat dan sempurna agar dapat membantu dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang sistematik dan berkesan Tindakan Susulan Tindakan yang dapat saya buat bagi mengatasi masalah ini adaleh dengan cara menyatakan dan menulis objektif khusus yang sesuai dengan tahap penilaian dan kadar pencapaian murid, Objektif hendaklah diterangkan dalam bentuk hasil pembelajaran di akhir kelas. Objektif pengajaran terdiri daripada empat komponen iaitu: 1. Isi kandungan yang hendak diajarkan. 2. Tingkah laku yang menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku. 3. Keadaan atau situasi di mana murid akan melaksanakan tingkah laku tersebut. 4. Kriteria yang ditetapkan untuk membuat keputusan bahawa objektif telah dicapai 26 Guru yang baik scharusnya mempunyai kemahiran untuk menulis objektif yang hendak dicapai. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran diukur dengan pencapaian objektif yang ditetapkan. Namun sekiranya objektif tidak jelas maka pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya kerana tidak mempunyai tujuan yang khusus dan tepat. Menurut Clark (2003) menyatakan keberkesanan pengajaran melibatkan seseorang guru yang meraneang objektif yang dapat meningkatkan pengetahuan murid dan melebihi daripada kemampuan tersebut, Kesimpulan Pada kebiasaannya dalam pembentukan objektif atau j hasil pembelajaran yang porlu ditunjukkan bergantung kepada beberapa domain atau bidang yang diberi penelcanan, Terdapat tiga (3) domain dalam aktiviti pendidikan, iaitu Domain kognitif - melibatkan perkembangan kemahiran kebolehan intelek murid, Domain afektif - melibarkan perkembangan sikap dan nilai murid, Domain psikomotor - melibatkan perkembangan xemahiran dan kebolehan fizikal atau otot. Oleh itu, dalam menentukan objektif pembelajaran kata kerja y sesntai mengikut peringkat domain haras difahami oleh gura antuk diguna pakai bagi menunjukkan perlakuan murid dalam menentukan_ hasil pembelajaran yang boleh dinilai oleh seorang guru Rujukan Clark, D. (2003). Teacher evaluation: A review of the literature with implications for educators. Kertas kerja dibentangkan dalam Effective Teacher Seminar di California State University, Long Beach pada 2 Jun, 2003. Gagne, R.M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction (4thed.). New York : Holt, Rinehart and Winston, Inc a7 JURNAL REFLEKTIF 9 Murid Kurang Memberi Tumpuan dan Mudah Bosan Masalah Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.Sclain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan imi agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya. Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman). "Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk (pelajar) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu’ bekerja’, mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar.” Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan pendekatan bermain walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya pada hari ini, Ternyata, cara ini berkesan, Mereka tertarik dengan pengajaran saya. Analisis Masalah Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya. Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu : 28 « Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ? « Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? » Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ? + Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ? + Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ? Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan : Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang. « Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil + Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza. Jika tidak diambil tindakan masalah ini akan berterusan dan pada akhir peng: Jan pembelajaran sukar untuk saya meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid Cadangan Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar : a. Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid b. Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai c, Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati d. Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid 29 €. Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya. £ Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan. Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perlu diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai Tindakan Susulan Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid yang istimewa dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus. Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak. Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, gura mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Swank, Taylor, Brandy, dan Freiberg (2009) telah menghasilkan sebuah model keberkesanan pengajaran yang menekankan keupayaan guru meningkatkan kualiti soalan dan mengurangkan amalan pengajaran yang kurang manfaat. Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar. 30 Tempoh Penyelesaian Masalah harus diatasi secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera. Jika perkara seperti ini berterusan guru tidak dapat menjadikan panduan yang berguna untuk proses penilaian Kesimpulan Di dalam Tcori Kecerdasan, Gardner (1983) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Di peringkat sekolah, tumpuan hanya diberi untuk menguji kecerdasan kognitif seperti kecerdasan linguistik, kecerdasan logikal — matematik dan kecerdasan ruang sahaja. Penilaian bukan kognitif seperti penilaian kecerdasan muzik, tubuh kinestctik, interpersonal atau intrapersonal jarang diadakan. Sehubungan ini, kecerdasan murid dalam bidang muzik, kinestetik, interpersonal pula harus diberi perhatian untuk perkembangannya. Rujukan Gardner, H. (1983). Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intellgence. NewY ork: Basic Books. Sharifah Mohd. Nor. (2000). Keberkesanan sekolah : satu perspektif sosiologi. Universiti Putra Malaysia. Serdang, Selangor Swank, P. R., Taylor, R. D., Brady, M. P., & Freiberg, H. J. (2009). Sensitivity of lassroom observation systems: Measuring teacher effectiveness. Journal of Experimental Education, 57, 171-186. 31 JURNAL REFLEKTIF 10 Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan Masalah Pada minggu ke sepuluh ini, murid-murid di dalam kelas tidak mendengar arahan dan mereka mengambil mudah mengenai setiap arahan yang telah dikemukakan lebih-lebih lagi apabila ada pelawat atau tetamu yang datang ke sckolah. Mereka scolah-olah tidak mengendahkan arahan guru supaya berdisiplin. Hal ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberikan impak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang olch guru. Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid prasekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang telah dikemukakan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang cuba dilaksanakan. Analisis Masalah Terdapat juga sebilangan kecil murid yang menjadi punca membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Di samping itu, masalah ini juga timbul kerana murid telah biasa dengan budaya guru perlu bersuaran lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam penyampaian arahan oleh guru baru akan diberi perhatian kerana takut dimarahi guru. Melalui permasalahan ini apa yang dapat saya perhatikan ialah tindak-tanduk murid mengambil kesempatan membuat bising apabila tetamu datang kerana mereka tahu pada ketika ini guru tidak akan memarahi mereka jika membuat bising sekalipun. Jika tidak diambil tindakan masalah ini akan berterusan dan saya sebagai guru harus menggunakan pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan 32 ini adalah untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku positif dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran. Cadangan Cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah saya perlu:- a. Saya akan membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti tepuk semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing dan mendengar arahan yang akan dikemukakan oleh guru. Pergerakan juga mampu membantu saya mengawal tingkah laku mutid dan seterusnya memberikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima olch keseluruhan kelas. b. Cadangan tindakan kedua ialah menyediakan plan A dan B sewaktu mengalami masalah terbabit. Pelan B mampu memberikan peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Pelan B yang akan dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu aktiviti lain yang mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti kuiz dan sebagainya. Tempoh Penyelesaian Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengawasan kelas yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tent objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya. Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh seminggu. Tindakan susulan Cadangan aktiviti susulan ialah saya akan menggunakan pendekatan yang lebih tembut dalam memberikan arahan kepada murid-murid. Pendekatan ini mungkin akan ‘ebih sesuai dengan murid-murid prasekolah. Pendekatan ini juga memberikan kelebihan sepada saya dalam mengatasi masalah suara yang sering di alami semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun ada tetamu yang datang ke sekolah. Grasha 1996), mencadangkan bahawa guru perlu mewujudkan hubungan yang positif dan mesra 33 dengan pelajar _masing-masing. Guru sedemikian akan dapat menjalankan proses pengajaran dengan lebih berkesan kerana dapat diterima oleh pelajar dengan baik. Saya akan meminta pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta pandangan dari rakan lain. Dengan ini saya dapat memperbaiki masalah saya dari masa ke semasa. Kesimpulan Setiap perlakuan atau perbuatan yang dizahir oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Saya akan melaksanakan aktiviti yang menarik minat murid dan murid tidak akan terpengaruh dengan apa pun jua situasi walaupun jika ada temu yang datang melawat, mereka tetap akan memberi tumpuan kepada pengajaran saya. Abdul Halim dan Mohamad Khairul Azman (2010) merumuskan bahawa guru seharusnya memainkan peranan sebagai ‘mualim’ (guru) sejati dengan bukan sahaja melaksanakan pengajaran berkesan di dalam kelas, malah memberikan bimbingan berterusan di luar kelas. Rujukan Ab. Halim Tamuri dan Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’alim. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(1):43-56. Grasha, A.F. 1996. Teaching with styles. Cincinnati: Allience Pub. 34

Anda mungkin juga menyukai