Anda di halaman 1dari 7

Kau Masih Berdiri

By Haziq Safwan
Faiz tersenyum sendirian mengenangkan pertemuannya dengan Adha pada
misi bantuan yang lalu. Namun kini dia berada di atas kapal Estelle, untuk misi
bantuan kemanusiaan yang kedua bagi dirinya. Keterujaan untuk berpijak di bumi
Gaza makin terasa meskipun ianya bukan hentakan kaki yang pertama, malahan
ianya ditambah perasaan rindu yang mendalam untuk bertemu Adha. Ya tepat
sekali! Adha namanya.

----

Lihat saja?

Engkau bertanya dengan senyuman sinis tersungging. Enam lelaki berjaket


kemas cepat-cepat mengalihkan fokus lensa yang dihalakan.

Ambillah lagi gambarnya. Biar lebih ramai manusia hanya menjadi batu
menangis.

Enam lelaki tadi tersentak dipaku kata-katamu. Engkau mula terduduk. Ada
air mata di tubir mata engkau.

Pergilah, abaikan aku. Mugkin aku hanya terlalu emosi. Aku faham kerja
kamu semua.

Engkau mula melakar senyum. Kelihatan sangat terpaksa. Seorang demi


seorang lelaki berjaket itu berlalu. Ada yang sudah kembali mengahalakan lensa ke
arah bangunan yang runtuh.

Engkau menekup wajah ke lutut. Badan engkau jelas menggigil-gigil. Agak


kuat tangisan yang engkau raungkan. Jika ada telinga mendengar, jelas raungan
derita dapat dibaca.

Bahu engkau disentuh. Sabarlah

Engkau menoleh ke arah orang yang menyapa.

Ada kata lain selain sabar?


Mungkin buat masa ini tiada. Apa yang pasti, Allah sentiasa bersama orang
yang sabar.

Engkau senyum senget. baiklah syeikh!

aku bukan syeikh,, aku Faiz, dari Malaysia

Oh, aku Adha dari Gaza.

Aidil Adha? Hari raya korban? Faiz berseloroh

Ya aku akan terus berkorban, sekalipun terkorban, biarlah aku terkorban


demi Tuhan balas Adha bersahaja.

Janganlah kata begitu, aku dan satu Malaysia akan selalu bersama kamu
semua. Faiz melakar senyuman agak manis. Kamera miliknya telah ditutup lensa.
Kemas tersangkut di bahu.

Engkau cuba membalas senyum. Kelat sekali. Oh, Malaysia. Sejak kecil aku
tahu Malaysia teman baik negara kami. Terima kasih atas semua bantuan setiap
kali perang, kamu semua ada. Aman sebentar, kamu hilang semula.

----

Pertemuan singkatnya dengan Adha sedikit sebanyak menjelaskan keperitan


yang dirasai di bumi Gaza, meskipun dialognya tidak lama, namun kerut-kerut di
dahi Adha, senyum kelatnya, jelas menyimpan 1001 kepahitan yang dirasai di bumi
Anbiya itu. Apa yang pasti, kehilangan rakan handai, sanak saudara sudah menjadi
adat buat dirinya. Bahkan air matanya sudah tidak lagi mampu mengalir, suaranya
semakin lelah untuk meratap pemergian insan-insan yang terlalu dicintai.

Tak semena-mena Faiz merasakan satu goncangan yang maha dahsyat ke


atas kapal yang dinaiki. Bahkan badannya melayang ke udara lantas tercampak ke
laut.

----

Faiz mengetap giginya, matanya berbinar, dia tidak mampu mempercayai


apa yang sedang dilihat oleh mata kasarnya, namun hakikat itu perlu ditelan walau
sepahit hempedu, hatinya berteriak keras, namun mulutnya serta tubuhnya kaku.
Kapal Estelle yang dinaikinya untuk membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza
hancur berkecai. Tidak dapat dipastikan dari mana datangnya peluru tersebut
kerana yang utama pada saat itu adalah keselamatan dirinya. Kapal tersebut
membawa 17 penumpang buat bantuan kemanusiaan Palestin, letupan tersebut
memusnahkan keseluruhan kapal. Faiz sempat berpaut pada serpihan kapal Estelle
yang hancur, dia mengamati keseluruhan kawasan letupan andai masih tersisa
penumpang kapal yang masih hidup, namun dia gagal mengesan sesiapapun.

Dia pasti kawasan letupan dan Gaza tidak begitu jauh. Ianya berdasarkan
pengumuman yang dibuat oleh kapten kapal sebelum letupan berlaku. Fahmi tiada
pilihan melainkan berusaha menggerakkan serpihan tersebut menuju perairan
Gaza. Dia memerah segala kudrat yang ada, dia bernasib baik kerana serpihan
tersebut agak besar dan mampu menampung keseluruhan badannya. Dia
menggapai serpihan lain untuk dijadikan pendayung, misi kemanusiaan yang
dijangka berjalan lancar, musnah bersama amanat rakyat Malaysia. Tanpa disedari,
air mata Faiz mengalir, dia menangis bukan kerana perihal dirinya, namun 16 krew
kapal yang bersama-samanya dengan harapan memberikan sedikit sinar bantuan
kepada Gaza.

2 hari berkayuh, badan Faiz benar-benar lesu. Faiz sendiri tidak mengetahui
adakah laluan yang dilaluinya tepat kerana keadaan di tengah lautan yang sangat
berbeza dengan daratan. Namun keyakinannya kuat menyatakan dia akan sampai
di bumi Gaza sebelum jasad bercerai badan. Faiz menarik nafas lega, di hujung
pandangannya, terlihat kelibat suatu perairan. Oleh kerana hari telah larut malam,
lambaian tangannya tidak dapat dilihat, dia tidak pasti dimana perairan tersebut.
Lantas dia memberhentikan kayuhan, meletakkan dayung disisi, lalu bersujud
syukur di atas serpihan tersebut. Selesai sujud, tangannya mengangkat tangan
memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana masih memanjangkan usianya. Faiz
berehat di atas serpihan tersebut membiarkan dirinya dan serpihan tersebut hanyut
dengan sendirinya menuju ke perairan tersebut, sesampainya di perairan tersebut,
dia melabuhkan serpihan tersebut, tak semena-mena, dua biji senapang mengacu
tepat di hadapan mukanya. Dia terkedu. Faiz tidak memahami apa yang
diperkatakan oleh mereka. Dia pasrah, Faiz mengangkat kedua tangannya sebagai
tanda dia menyerah. Mereka bergegas mengikat tangan Fahmi dan membawanya
ke suatu kawasan yang agak terpencil, Faiz benar-benar keletihan. Matanya
terpejam lalu badannya rebah ke tanah.
Sesedarnya, dia terbaring di sebuah kawasan yang amat sempit, di belakang
dan atasnya binaan papan bagi menghadang jatuhan tanah. Dia seolah berada di
dalam sarang semut. Perutnya berkeroncong, seluruhnya kawasannya bergema
akan bunyi perut Fahmi, dia memberanikan diri menjengah ke luar kawasannya, ke
kanan atau kiri. Dua cabang yang berbeza, Faiz terduduk. aku mahu keluar atau
tunggu sahaja orang datang? soalan tersebut diajukan. Faiz benar-benar lapar,
sejak dari kapal yang dinaikinya hancur sehingga ke waktu itu, perutnya tidak
berpenghuni.

----

Dua orang lelaki bertubuh sasa datang menghampiri Faiz lantas menumbuk
wajahnya. Faiz yang tidak bersedia dengan tumbukan tersebut meraung kesakitan,
dia tidak punya sedikitpun tenaga untuk membalas tumbukan tersebut. Pukulan
tersebut tidak terhenti di situ. Dia diterajang dengan zalim oleh dua lelaki tersebut.

Stop! Please Stop! jerit Faiz sambil air matanya mengalir laju meminta belas ihsan
agar dihentikan pukulan tersebut. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya diperlakukan
sebegitu rupa. Matanya berbinar dan keadaan sekeliling kian pudar. Faiz pengsan
tidak sedarkan diri.

----

Faiz terjaga, dia berada di dalam sebuah sel tahanan penjara, pedih-pedih pukulan
masih terasa di badannya. Terdapat seorang lelaki lain di dalam sel tersebut. Di luar
selnya terdapat seorang pengawal penjara yang sedang berkawal.

Help me Please! jeritnya dari dalam sel sambil menggoncang jeriji sel.
Jeritannya tidak diendahkan, dia menoleh ke kiri dan ke kanan, di kanannya
terdapat dua pinggan makanan, di atas pinggan tersebut masing-masing terdapat
sekeping roti. Faiz yang kebuluran menggapai kedua-dua keeping roti lantas
memakannya dengan lahap.

Badannya melayang sedikit ke tepi akibat ditolak seorang lagi penghuni sel.
Badan lelaki tersebut sasa dipenuhi tatu. Dia memegang pinggan makanannya,
namun makanannya telah dilahap oleh Faiz, dia lantas menghayun pinggan
tersebut ke kepala Faiz. Hayunan tersebut sangat kuat sehingga menyebabkan Faiz
jatuh tersungkur tidak sedarkan diri, lelaki tersebut menendang pula perut Faiz. Di
penjara itu cuma dibekalkan sekeping roti sehari buat setiap tahanan.

----

Dia terjaga di sel yang sama namun dengan kesakitan yang berbeza. Kepalanya
sudah dua kali menjadi mangsa. Dia menyentuh bahagian kepala yang dipukul
perlahan-lahan, sakitnya tidak terperi. Dia tidak berani mendekati lelaki tersebut,
untuk beradu tenaga, pastinya dia bakal dicincang sehingga lumat.

please help me raung Faiz dengan tenaga yang berbaki. Kepalanya


terbayang Malaysia yang jauh beribu kilometer. Hatinya merintih, niatnya yang suci
membantu rakyat Gaza berakhir tragedi, dokumen pengenalan diri, dokumen
perjalanan, semuanya hancur bersama kapal Estelle, sangkanya dia tiba di Gaza,
namun dia tiba di sebuah negara yang dia sendiri tidak pasti apa. Dia meratapi
nasib dirinya, air matanya mengalir, keperitan dan penderitaan kali ini sangat
dahsyat. Ya Allah, bantulah aku dia bangun mendekati sinki penjara, perlahan
mengambil wudhuk, bersolat sunat dua rakaat ke arah kiblat yang dia yakini sendiri,
mengangkat tangan, memohon sinar, memohon bantuan atas penderitaanya.
Matanya terpejam lantas otaknya memainkan lagu yang pernah dinukilnya buat
bumi Gaza suatu masa dahulu:

Andai terjatuh sungkur ke bumi, masihkah ada yang peduli

Andainya rebah menghempas tanah, jasadmu kaku bermandi darah

Inikah kedamaian yang dicari

----

Dia cuba berkomunikasi dengan penghuni selnya. Where am I? tanyanya


kepada lelaki tersebut.

What do you mean? You cant speak greek? balas lelaki tersebut.

I cant. Is this Cyprus? tanya Faiz lagi.

Yes balasnya pendek. Soalannya terjawab, dia berada di Cyprus, dengan


lebih spesifik, di dalam penjara Cyprus. Namun dia masih buntu, bagaimana untuk
dia buktikan dia adalah rakyat Malaysia, dokumen dan segala bukti telah lesap.
Tambahan lagi, komunikasinya sangat terhad.

Pintu selnya dibuka, pengawal penjara masuk lantas merentap baju penghuni
sel Faiz, dia berbicara sesuatu dalam Bahasa Greek, namun apa jua yang dijawab
penghuni sel tersebut, mukanya akan dihinggapi baton. Setelah lima kali dipukul
dengan baton tersebut, darah kian mengalir di dahi lelaki tersebut. Faiz tidak
mampu melihat saja keganasan tersebut, meskipun kudratnya tidak kuat. dia
menggapai baton tersebut ketika hayunan yang ke enam, dia berjaya
menghentikan pukulan tersebut. Namun pengawal tersebut mengalihkan
pandangan kearahnya dan mendekatinya, dia dipukul dengan baton bertubi-tubi
tanpa belas kasihan, badannya dicampak ke lantai lalu dipijak dengan ganas.
Kepalanya diterajang dengan but pengawal tersebut. Dia dibelasah sehingga lunyai.

Faiz terasa mulutnya ditujah sesuatu, dia perlahan-lahan membuka matanya,


ternyata penghuni selnya menyuapnya roti, perlahan Faiz membuka mulut, suapan
tersebut sangat kasar. Namun Faiz lega, tangannya terasa sangat sakit. Jarinya
mungkin patah atau tergeliat.

Why are you helping me? You dont even know me. Tanya lelaki tersebut.
Faiz cuma tersenyum, dia tidak punya jawapan untuk soalan tersebut.

Can you help me? Im from Malaysia and I need to meet Malaysian embassy
here tanya Faiz.

Its not that easy mate jawab lelaki tersebut.

Just tell the guards that I am from Malaysia, then Faiz tiada pilihan.

It doesnt change anything, but I can help you with one thing jawab lelaki
tersebut.

----
Faiz tiba di Malaysia, dia disambut jutaan rakyat Malaysia dengan sorakan di
lapangan terbang KLIA, dia dianggap sebagai hero. Penghuni selnya telah memuat
naik video Faiz meminta pertolongan di Youtube. Video tersebut telah memanggil
banyak pihak untuk tampil membantu Faiz. Kerajaan Malaysia serta-merta
menggesa agar Faiz dilepaskan. Akhirnya dia dilepaskan. Dan dia masih berdiri
untuk Gaza.

Anda mungkin juga menyukai