Anda di halaman 1dari 2

Gaya hidup remaja terpengaruh oleh iklan

Iklan melalui media cetak dan lebih-lebih lagi elektronik benar-benar


memperaga gaya hidup pemuda kacak dan tampan. (AYAT TAJUK).
Peragaan ini merangkumi gaya dan jenis bahan makanan serta
minuman serta cara berpakaian. (HURAIAN). Pastinya yang
diperagakan ialah jenama yang mahal-mahal, yang ada kelas dan
berstatus tinggi lagi teristimewa. Contohnya seluar Jean dan makanan
KFC dan MacDonald CONTOH). Trend gaya hidup serta berpakaian
golongan remaja masa kini jelas terpengaruh daripada iklan berkenaan.
(KESIMPULAN KECIL).
Iklan 'sesuatu paparan melalui media cetak atau elektronik dengan
bahasa pengaruhan yang amat berkesan untuk membentuk persepsi
pengguna agar akhirnya mereka dapat mengubah dan membeli produk
atau perkhidmatan yang ditawarkan. (TAKRIFAN IKLAN). Gaya hidup
bermaksud sikap, kesukaan, dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
utama seseorang insan. (TAKRIFAN GAYA HIDUP). Gaya dianggap
sebagai penampilan dan sahsiah rupa diri yang menarik perhatian serta
tontonan. (KESIMPULAN TENTANG GAYA).
Yang diperagakan ialah bahan dan cara makan khususnya ambilan
makanan segera yang lazak sehingga menjilat jari. Begitu juga dengan
jenama pakaian dan seluar jean yang ketat-ketat dan ringkas, rata-rata
diminati oleh golongan muda-mudi kita. Akibatnya mereka kurang
berselera dengan sajian nasi lemak ataupun roti canai malah ada pula
yang langsung tidak kenal dengan makanan warisan nenek moyang ini.
Mereka lebih mengemari coca cola dan minuman bergas lain daripada
teh tarik ataupun kopi o.
Baik trend gaya hidup daripada segi jenis minuman dan makanan
mahupun cara berpakaian, kedua-duanya berasal dari barat, dianggap
sebagai budaya popular. Jenama pakaian begini terlalu kasual dan ala
cowboy seperti di Amerika sesuai untuk menunggang kuda pergi ke
ladang gandum. Tetapi remaja kita memakainya hatta ketika
menghadapi temuduga yang rasmi sifatnya, suatu trend yang
bercanggah dengan tatasusila dan budaya kita. Remaja yang hendak
menghadiri temu duga ataupun upacara rasmi sudah sewajarnya
berpakaian kemas, berkemeja lengan panjang, bertali leher, ataupun
berpakaian baju batik.
Makanan segera memang popular serta diminati oleh tiap-tiap golongan
terutama kanak-kanak. Lama kelamaan nanti, trend begini akan
menghilangkan makanan tradisi seperti nasi lemak, roti canai, lemang,
ketupat, rendang, satay, lontong, dan nasi dagang. Yang rugi bukan
sahaja mereka tidak kenal dan tidak berlesera dengan kudapan
tempatan akan tetapi turut merugikan peniaga kecil di warung-warung
tepi jalan.
Remaja perempuan pula meminati iklan yang memperagakan pakaian
seluar panjang ketat seperti Jeans sehingga menampakkan susuk
badan serta kemeja T singkat atau singlet nipis. Mereka turut boros
berbelanja untuk membeli pakaian berkenaan agar tidak ketinggalan
zaman. Mereka juga mnegemari iklan alat solek serta ubat dan alatan
bagi melangsingkan badan sehingga gaya hidup mereka sudah
semacam masyarakat barat.
Penampilan diri amat penting buat mereka untuk sentiasa kelihatan
cantik, menarik lagi memikat minat anak muda. Trend gaya hidup begini
tidak sempurna jika tidak dilengkapi dengan telefon bimbit dan beg
tangan berjenama mahal-mahal harganya.
Iklan melalui media massa serta blog.spot benar-benar mempengaruhi
trend gaya hidup dan berpakaian remaja masa kini. Kalau trend ini
berterusan tanpa kawalan nanti dikhuatiri remaja yang bakal mewarisi
kepemimpinan masa depan akan hilang keperibadian bangsa sendiri.
Oleh itu, penyiaran iklan oleh media massa perlu sesuai dengan
budaya, adat resam dan tatasusila bangsa dan negara kita.
Golongan remaja pula jangan mudah terikut-ikut dengan iklan
berkenaan tetapi sebaliknya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan
dan pakaian agar dapat mencerminkan nilai budi bahasa yang luhur lagi
santun. Makanan seimbang pastinya menjamin hidup yang sihat lagi
selesa.
Apakah maksud makanan seimbang? Piramid makanan seimbang
mengesahkan insan perlu mengambil seraf, roti,dan bijian; disusuli
sayuran dan buahan seberapa banyak yang mampu; kemudian secara
sederhana dan berpatutan mengambil daging (ayam dan
lembu/kambing); dan akhirnya sedikit lemak, minyak, gula, dan garam.

Anda mungkin juga menyukai